Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 25 Januari 2014

Panas !!! Rakan Karib @AnwarIbrahim Menggesa Kerajaan Bertindak Tegas Dalam Isu Jepun


KUALA LUMPUR 24 Jan. - Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berbohong dan menyalahkan Wisma Putra apabila dilarang memasuki Jepun, baru-baru ini.

Bekas rakan karib Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan berkata, tindakan itu perlu diambil jika Anwar enggan memohon maaf selepas menuduh Wisma Putra sebagai punca dia dihalang memasuki negara matahari terbit itu.

"Kita telah terlalu banyak berlembut dengan Anwar kerana walaupun sebelum ini banyak pembohongan dilakukan tetapi tiada apa-apa tindakan, kali ini tindakan tegas perlu diambil," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang menuding jari kepada kerajaan dengan mendakwa larangan ke atas beliau itu dikuatkuasakan kononnya selepas pihak berkuasa Jepun mendapat aduan terbaharu mengenai beliau daripada Wisma Putra.

Dakwaan Anwar bahawa Wisma Putra berkomplot dengan pihak berkuasa Jepun itu bagaimanapun dinafikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Nallakarupan berkata, taktik menyalahkan kerajaan di atas masalah yang berpunca daripada diri sendiri sudah dilakukan oleh Anwar sejak dahulu.

"Dia menuduh Wisma Putra walhal Malaysia tidak boleh mengawal Jepun, ini melucukan dan rakyat mesti tahu dia adalah pelakon yang hebat," katanya.

Beliau berkata, sepatutnya Anwar perlu terus memohon visa di Jepun kerana ia adalah peraturan negara tersebut dan bukannya serta merta pulang ke Malaysia untuk menuding jari kepada kerajaan.

"Jepun adalah negara maju yang kalau dia memohon visa di sana boleh siap dalam tempoh singkat tetapi kenapa dia tak memohon sebaliknya balik Malaysia dan menyalahkan kerajaan," katanya.

Menurutnya, Anwar melakukan pelbagai pembohongan sejak dahulu dan rakyat kini semakin jelas mahu menolak pemimpin seperti itu.

Tambahnya, jika Anwar seorang pemimpin yang hebat, sepatutnya beliau meminta penyokongnya bersabar dan bukannya membakar bendera Jepun atau mengadakan demonstrasi di Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.- Utusan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...