Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 31 Januari 2014

@MukhrizMahathir Akan Lancarkan Perang Sekiranya PAS Kedah Masih Berdegil


Kerajaan negeri tidak teragak-agak membuka fail-fail projek bawah kerajaan PR terdahulu jika terus diserang pembangkang yang seolah mahu menggambarkan kerajaan BN dipenuhi amalan korupsi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
berkata, jika pembangkang berterusan mengambil pendekatan dedah dan serang, pihaknya juga akan mempertimbang pendekatan sama pada masa akan datang.

“Kita sedang pertimbangkan perkara ini. Saya ingat dahulu tidak perlu ungkit perkara-perkara lama tetapi jika pihak sana (pembangkang) seolah mahu tunjukkan mereka bersih dan kita kotor, kita juga
akan bertindak,” katanya, selepas majlis
penyerahan buah limau kepada 14 cawangan MCA Jerlun, sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Wisma Umno Jerlun, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga bersedia mendedahkan kepincangan dalam mana-mana projek yang dirancang bawah PR sepanjang lima tahun lalu.

“Mungkin sudah tiba masa kita buka rekod fail-fail projek lama, antaranya pelaburan pembalakan di Papua New Guinea yang merugikan, projek ladang buah di Pedu serta pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin),” katanya.

Mengulas tindakan PR yang mengheret isu
penyelesaian luar mahkamah kes saman Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, pihaknya sedia memberi kerjasama yang diperlukan oleh badan itu.

“Sudah tentu kita akan beri kerjasama dalam usaha membersihkan segala tuduhan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan negeri BN. Saya alu-alukan jika SPRM beranggapan kes itu wajar disiasat kerana mereka hanya menjalankan tugas,” katanya.

Rentetan laporan SPRM itu, laporan sama turut dibuat di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), Suruhanjaya Sekuriti dan Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group), Isnin lalu.

Sejak awal Januari lalu, kerajaan BN diserang
secara berterusan oleh pembangkang, bermula dengan isu kenaikan harga barangan, isu pembelian Mercedes Benz S300 yang dikaitkan dengan kereta rasmi Menteri Besar, diikuti kes BDB yang dikaitkan dengan pembalakan di Lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway (Tekih).


# TMK Sudah Bersiap Sedia Gempur PAS Kedah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dok biar buat apa puak nokharam PAS nie, dedahkan dan heret nokharom tu ke muka pengadilan, senang cerita, dok bagi peluang, dok camtu juga , busuk hati, balun terus biaq terkangkang beruk nokharom tu kena, dedahkan segala amalan korupsi depa, dah hancoq lunyai depa buat kat kedah...dok bagi muka lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...