Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 30 September 2013

Gila !!! Penumpang Kapal Terbang Buka Pintu Kecemasan Pesawat Sebab Air Cond Tak Sejuk


JAKARTA: Seorang penumpang pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu ketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan terbang di Manado, Sulawesi Utara pada Isnin, dengan alasan penyaman udara tidak dingin.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi perjalanan Manado-Jakarta pagi ini.

Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat ke tempat letaknya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal berita kompas.com pada Isnin.

Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak ditangani.


Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu, dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu.


"Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang penumpang dilaporkan berkata.

Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat.

Sehingga jam 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat ganti atau tidak, lapor portal berita itu. - Bernama

Tentera Maya DAP Kantoi Fitnah Syarikat Milik Bumiputera #KedahAmanMakmur


Golongan pemfitnah ini (kemungkinan tentera Red Bean Army-RBA) sedaya upaya cuba untuk memburukkan roti-roti keluaran Gardenia milik sepenuhnya Bumiputera. Terbaru adalah dakwaan kononnya satu ujikaji telah dijalankan bagi menentukan tahap pengawetan roti bagi 3 jenis roti iaitu keluaran Bread History, Massimo dan Gardenia.

Ternyata, tujuan asal ujikaji ini adalah untuk menunjukkan bahawa roti keluaran Gardenia mempunyai bahan pengawet yang tinggi sehinggakan roti selepas tarikh luput masih tidak dihinggapi kulat. Mari kita baca jawapan Gardenia mengenai isu ini:

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mendapatkan penjelasan daripada kami. Kami dengan tegasnya ingin menyatakan bahawa terdapat satu analisa saintifik iaitu “Kromotografi Ion (IC)” yang boleh digunakan untuk menentukan tahap Asid Proprionat (pengawet) di dalam roti.

Apakah Asid Propionat di dalam roti? Asid Propionat adalah sejenis asid yang berfungsi sebagai pengawet di dalam pengeluaran roti. Ianya boleh berpunca dari:

• Kalsium Propionat – merupakan pengawet kimia yang biasanya digunakan oleh bakeri-bakeri sedunia untuk roti yang dijual secara “wholesale”.
• Bahan-bahan semulajadi – seperti Pekatan Jus Kismis.


Kami telah menghantar semua jenama roti terkenal di Malaysia ke beberapa makmal bebas untuk menguji tahap Asid Propionatnya dan kami dengan bangganya ingin menyatakan bahawa Gardenia menpunyai bacaan/ dos yang terendah iaitu 90% - 92% lebih rendah daripada jenama roti lain di pasaran.

Roti kami dapat mencapai bacaan yang begitu rendah hasil daripada penggunaan bahan-bahan semulajadi; cuka dan pekatan jus kismis bukan seperti bakeri-bakeri lain yang digunakan pengawet kimia, Kalsium Propionat.

Walaubagaimanapun, kami tidak dapat melanjutkan atau kongsi laporan asal daripada makmal-makmal bebas tersebut dengan anda kerana kami perlu mematuhi klausa(peraturan)daripada mereka yang menyatakan bahawa maklumat tersebut tidak boleh digunakan sebagai iklan atau dibuat salinan.

Gardenia juga berbangga dengan usaha dalam pengamalan piawai kebersihan yang tertinggi dalam kilang pengeluarannya. Selain piawai kebersihan yang “stringent”, kami juga memberi kepentingan terhadap pengurangan bacaan spora (spora menyumbang kepada pertumbuhan kulat) untuk memastikan ianya sentiasa pada tahap yang terendah.

Kami juga menjaga kualiti udara yang baik dalam kilang pengeluaran kami. Perkara-perkara inilah membolehkan Gardenia untuk menghasilkan roti Tanpa Pengawet Tiruan, Sintetik atau Bukan Semulajadi. Sekali lagi, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan perkara di atas

Sumber :- Keris 7 Lok

Hot !!! Layakkah Tun M Menyiram Air Mawar Di Pusara Allahyarham Tan Sri Azizan Razak @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur


Inilah hakikatnya taraf pemikiran penyokong Pakatan Haram yang hanya tahu mempolitikkan apa-apa saja walaupun ianya membabitkan kematian.

Apa salahnya sekiranya Tun M diberi penghormatan menyiram air mawar di pusara Allahyarham Tan Sri Azizan Razak. Lagi pun Tun M dengan Arwah sememangnya kenalan lama.

Semasa Arwah baru saja mengambil alih tampok pentadbiran kerajaan negeri Kedah daripada BN selepas PRU12, Arwah pernah berjumpa sendiri dengan Tun M selepas beberapa minggu menjawat jawatan Menteri Besar Kedah untuk meminta nasihat Tun M bagi memajukan negeri Kedah.

Arwah merupakan golongan "profesional" . Arwah sanggup ketepikan fahaman politik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai MB membangunkan Kedah.

Pisau Kedah masih ingat lagi bagaimana segelintir penyokong PAS Kedah marahkan Arwah Tan Sri Azizan Razak ketika menyambut kehadiran YAB DS Najib Razak ke Kedah.

Ada penyokong PAS Kedah mengatakan Arwah Tan Sri Azizan Razak ni orang UMNO lah.. Arwah Tan Sri Azizan Razak pengkhianat parti PAS la.. Namun bagi Arwah Tan Sri Azizan Razak yang mempunyai sikap "Profesional" menganggap kehadiran YAB DS Najib Razak sebagai seorang pemimpin yang menjadi Perdana Menteri bagi kesemua rakyat di Malaysia dan Arwah sendiri menganggap dirinya merupakan pemimpin bagi kesemua rakyat di negeri Kedah tanpa mengira fahaman politik. 

Arwah Tan Sri Azizan Razak juga pernah di maki hamun penyokong Pakatan Rakyat sendiri kerana memberi kerjasama menghadiri program peringkat nasional "My Beautyful Malaysia" yang merupakan program di bawah sukarelawan "IM4U".


Selain dari dimaki hamun penyokong Pakatan Rakyat.. Arwah juga pernah dihina oleh kumpulan penyokong kuat seorang YB PAS di Kuala Kedah sehingga sanggup menganggap Arwah Tan Sri Azizan Razak "Kafir" hanya disebabkan memakai baju berlogo "IM4U".. Perbuatan tersebut di lakukan penyokong kuat YB PAS berkenaan didalam saluran aplication "Zello" (Phone Walkie Takie) .. Keyrod@kubangrotan







Berbalik kepada "Apa salahnya Tun M diberi penghormatan menyiram air mawar di pusara Arwah Tan Sri Azizan Razak".

Kenapa marah sangat segelintir penyokong PAS kepada Tun M yang di beri penghormatan oleh segelintir penyokong PAS yang "Profesional" ?

Marah sebab Tun M merupakan bekas pemimpin UMNO dan anaknya Menteri Besar Kedah ??.

Terlupakah rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai fahaman politik akan jasa-jasa Tun M membangunkan Malaysia sehingga sekarang kesemua rakyat dapat menikmatinya ??.

Kalau dulu penyokong PAS mengatakan Tun M gila sebab melakukan sesuatu yang tidak masuk akal untuk membangunkan ekonomi Malaysia.

Sekarang ni.. ada penyokong PAS berterima kasih kepada Tun M dan mempunyai sifat bersyukur kehadrat Allah S.W.T di atas kenikmatan yang di perolehi atas daya usaha Tun M membangunkan ekonomi Malaysia ??..

Sekiranya tidak mempersetujui fahaman politik Tun M sekali pun, apa salahnya kenangkan jasa-jasanya terhadap kesemua rakyat Malaysia.

Tidak salah rasanya Tun M di beri penghormatan oleh segelintir penyokong PAS yang "Profesional" menyiram pusara Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Hot !!! Gambar Mununjukkan @MukhrizMahathir Di Biokot Penduduk Sungai Limau ?? #KedahAmanMakmur

Semalam Dato Paduka Mukhriz Mahathir turun bermesra bersama rakyat di Warung Pak Su, Bukit Besar Sungai Limau. Bukit Besar ni adalah kawasan HITAM bagi UMNO/BN. Bak kata orang, kempen sampai lunyai pun takkan menang. Namun pendekatan yang dibuat oleh MB Kedah, mengejutkan ramai pihak.

Mana ada pemimpin yang turun padang ke tempat musuh dulu betul tak?

Mai kita tengok sambutan orang Bukit Besar terhadap beliau

Kedatangan MB di sambut meriah


Penuh.

Malah Iman Masjid Bukit Besar, Ustaz Sayuti turut
bersama MB Kedah

Sambutan Hebat...

Klik Sini (Blog PRK Sungai Limau) untuk membaca selanjutnya.

Info : BRIM Secara Berperingkat Akan Di Naikkan Melebihi RM500


IPOH – Kerajaan bercadang melaksanakan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat kepada rakyat yang layak untuk pemberian seterusnya selepas pembentangan Bajet 2014.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pemberian itu dilakukan mengikut kesesuaian perbelanjaan rakyat.

Pada masa sama, beliau turut memberi gambaran jumlah BR1M yang diterima rakyat juga lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Kita telah menyediakan draf pertama Bajet 2014 dan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita masih lihat dan memperkukuhkan draf bajet berkenaan namun, jumlah sebenar BR1M masih belum ditentukan tetapi jumlahnya pasti melebihi RM500,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ihsaniah, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, di sini, hari ini.

Ahmad Husni berkata, golongan pertengahan turut diberi perhatian dengan mengambil beberapa pendekatan bagi meringankan beban mereka yang mempunyai pendapatan RM4,000 dan RM5,000.

“Kita akan terus beri bantuan dengan melihat dari semua kemungkinan walaupun pengurangan subsidi minyak dilaksanakan. Model bantuan yang akan dilaksanakan, kita tunggu pembentangan bajet.

“Dari segi jangka panjang, kita tumpu usaha mempertingkatkan pendapatan rakyat termasuk dalam Transformasi Ekonomi Negara yang dilaksanakan,” katanya.- Sinar

Jumaat, 27 September 2013

Hot !!! Penyokong Pakatan Haram Dakwa Kematian Tan Sri Azizan Adalah Di Sebabkan Di Bunuh Kerajaan UMnO


Astaghfirullah... Baru sehari pemergian Arwah Tan Sri Azizan Razak meninggalkan dunia ni, dah bermacam tanggapan yang di lakukan pelbagai pihak untuk memburuk-burukkan UMNO

Terbaru... Seorang mangkuk ayun pembangkang telah membuat satu tuduhan tidak berasas dengan mendakwa kematian Tan Sri Azizan Razak adalah di sebabkan arahan dari Kerajaan UMNO yang menyuruh Doktor menyuntik ubat yang berbahaya sehari sebelum Tan Sri Azizan Razak meninggal dunia.

Dakwaannya lagi, tujuan Kerajaan UMNO berbuat demikian adalah di sebabkan mahu mengalih isu pembayaran kakitangan KUIN.

Apalah punya bengong punya dakwaan yang di buat.. Langsung tak logik akal.


Panas !!! Ketua Penerangan PAS Pusat "Biadap" Tidak Hormat Pemergian Arwah Tan Sri Azizan Razak.

Ekoran kematian Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa supaya parti itu perlu memperkukuhkan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan tersebut. 
Menurutnya, Pas akan menghadapi PRK di Dun tersebut dalam suasana muktamar yang akan diadakan pada November depan. 
"Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau. 
"Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar. 
"Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi memastikan kejayaan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dalam facebooknya, hari ini

Apa yang ke bengap sangat Ibrahim Man ni ?. Akai letak di kepala lutut ka ??.. Arwah Tan Sri Azizan Razak masih lagi belum sempat di kebumikan kelmarin, tahlil belum sempat di lakukan lagi dah sembang bab PRK (Pilihanraya Kecil).

Ya la.. Memang la kerusi yang dipertandingi Arwah Tan Sri Azizan Razak pada PRU 13 lalu kosong dan perlu di isi dengan calon baru pada PRK yang belum tentu tarikhnya lagi.. Tapi hormat la sikit perasaan keluarga, rakyat Kedah serta penyokong-penyokong Arwah Tan Sri Azizan Razak yang masih lagi di selubungi perasaan sedih atas pemergian arwah..

Selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.. Bukankah lebih elok Ibrahim Man mengesa pemimpin-pemimpin PAS serta ahli-ahli PAS mengadakan majlis
tahlil untuk Arwah Tan Sri Azizan Razak serta umat-umat Islam yang lain agar dirahmati Allah S.W.T.

Kenyataan Ibrahim Man ni memang tak beradab !!! Kurang ajar !!! .. Seperti anak yang baru kehilangan Ibu atau bapa sudah bercakap tentang harta peninggalan...


Info : Salah Laku Di Bawah Tataetika Pemilihan UMNO Yang Perlu Di Ketahui #BeraniBerubah

Salah laku di bawah Tataetika Pemilihan UMNO ( Utusan) 

1. Mengamalkan rasuah untuk mandapatkan sokongan politik : 

i. Berjanji memberi pangkat, anugerah, gelaran atau peluang perniagaan

ii. Memberi wang atau imbuhan untuk tidak menyokong atau mengundi pihak lain

iii. Menggunakan wang untuk mendapatkan undi

iv. Menerima imbuhan atau hadiah termasuk tambang percuma, kemudahan kontrak dan hiburan bagi diri sendiri atau keluarga

2. Menggunakan kekerasan dan ugutan : 

i. Terlibat dalam pergaduhan, bertumbuk atau membaling objek

ii. Mengugut tidak mahu memberi peruntukan dan projek kepada pihak tertentu

iii. Mengancam menarik balik perlantikan jawatan

3. Menggunakan media untuk menyokong, memfitnah, mencela, mengeji atau membuat kenyataan palsu terhadap mana-mana ahli parti : 

i. Menulis dalam media cetak atau elektronik tentang calon-calon yang bertanding

ii. Membuat poster atau kad nama yang menunjukkan janji-janji

4. Memfitnah mana-mana ahli lain 

5. Berkempen untuk mempengaruhi perwakilan mengundi atau tidak mengundi seseorang calon kecuali pada majlis yang dianjurkan ibu Pejabat Umno dan Badan Perhubungan Umno Negeri bagi tujuan berkempen 

6. Menghadiri atau menganjurkan majlis termasuk kenduri yang bertujuan memberi ruang kepada mana-mana ahli untuk berucap bagi meraih undi dan berkempen untuk diri sendiri atau calon-calon. 

7. Memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan undi atau sokongan atau mempenaruhi ahli lain di dalam pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain 

8. Membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara sekalipun dan/ atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa-apa dasar atau keputusan parti

UMNO Perlu Menimbangkan Rayuan @TunFaisal #TF4MT . @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Terkejut juga Pisau Kedah apabila mengetahui bahawa Tun Faisal telah di gugurkan dari senarai calon ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dengan alasan Tun Faisal tidak pernah menjadi AJK Bahagian.

Haloo.. Tun Faisal merupakan seorang "EXCO PEMUDA UMNO PERINGKAT PUSAT" atau AJK Pemuda Peringkat Pusat yang tidak boleh di nafikan jasanya membantu UMNO pada PRU 13 yang lalu. Ternyata menyandang jawatan AJK di peringkat pusat lebih tinggi statusnya berbanding menjadi AJK Bahagian.

Selain menjadi EXCO Pemuda UMNO, Tun Faisal juga merupakan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) di bawah Pergerakan UMNO Malaysia yang membantu UMNO berhadapan dengan cabaran peperangan media sosial ketika menghadapi PRU13.

Pisau Kedah bersama rakan-rakan yang bergerak di Team Media Kedah (TMK) banyak di bantu Tun Faisal didalam berjuang di Kedah sehingga TMK mampu membantu UMNO didalam alam maya merampas kembali Kedah dari tangan Pakatan Rakyat.

Dari jasa yang di lakukan Tun Faisal serta jawatan yang di sandang di peringkat pusat.. Nama Tun Faisal tidak sepatutnya di gugurkan dari calon MT.


Sebelum tindakkan yang cukup drastik di lakukan.. Pisau Kedah berharap Jawatankuasa Pengarah Pemilihan UMNO dapat menimbangkan rayuan yang dilakukan Tun Faisal

Dalam rayuan saya, saya menyatakan bahawa saya tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan menggugurkan nama saya dari senarai Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sebaliknya hanya membaca mengenainya di portal berita BERNAMA.

Melalui portal berita BERNAMA, dilaporkan bahawa “tiada calon untuk nombor 11 dan 60 disebabkan mereka yang mengambil borang pencalonan tidak menyerahkannya semasa proses pendaftaran calon Sabtu lepas.”

Saya ingin menyatakan bahawa laporan ini adalah TIDAK BENAR sama sekali dan saya mempunyai salinan Borang Pendaftaran Calon bernombor siri 0000465 yang mempunyai cop nombor calon 000060 dan penerimaan oleh Dato’ Hj Tajudin bin Harif, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia.

Melalui sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dimaklumkan bahawa penolakan pendaftaran saya adalah disebabkan saya tidak pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal. Alasan ini agak mengejutkan saya dan saya ingin merayu keputusan Jawatankuasa Pengurusan atas sebab-sebab berikut:-

1. Keputusan untuk menawarkan diri dan penyerahan Borang Pendaftaran Calon dibuat selepas saya merujuk pelbagai pihak dalam pentadbiran parti termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli bin Tan Sri Mohamed Ghazali. Hanya selepas mendapat pandangan mereka, barulah saya menyerahkan Borang Pendaftaran Calon kepada Urusetia Pendaftaran Calon di Tingkat 5, PWTC.

[Nota: Masih ada pertanyaan mengenai status saya yang belum dijawab, iaitu berkenaan hak saya untuk mengundi dalam pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara serentak di bahagian-bahagian pada 12 Oktober nanti. Jika saya masih mempunyai hak disebabkan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih belum bersidang, bagaimana dan di manakah saya harus mengundi pada tarikh itu. Maksudnya, sebelum melakukan sesuatu, saya telah bertanyakan kepada pihak-pihak tertentu mengenai kedudukan saya]

2. Pengguguran nama saya dari senarai calon agak tidak konsisten dengan semangat pindaan Perlembagaan UMNO yang diluluskan oleh perwakilan semasa Mesyuarat Agung UMNO pada tahun 2009. Keputusan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menambah syarat minimum kelayakan bertanding di peringkat Majlis Tertinggi adalah “bagi memastikan agar calon-calon dapat melalui proses kepimpinan parti di samping membolehkan mereka menghayati persekitaran politik akar umbi serta menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar sebelum menawarkan diri.”

Persoalannya hari ini, adakah jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia di peringkat Pusat mempunyai kewibawaan yang lebih rendah daripada kewibawaan jawatan Ahli Jawatankuasa peringkat Bahagian? Kedua, adakah berdasarkan rekod prestasi dan pendirian saya selama ini di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya dilihat sebagai BELUM DAPAT LAGI “menghayati persekitaran politik akar umbi serta menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar” sehingga belum layak menawarkan diri untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi parti.

3. Walaupun ada alasan bahawa ia merupakan peruntukan di dalam Perlembagaan Parti dan Peraturan Pemilihan Parti, namun saya percaya sedikit pengecualian masih boleh diberikan untuk kes-kes terpencil seperti kes ini, sama seperti pengecualian yang dibuat bagi calon-calon Pergerakan Pemuda UMNO yang lahir pada tarikh 1 Januari 1973. Pengecualian ini boleh dilakukan tanpa menjejaskan semangat dan hasrat sebenar peruntukan dan pindaan Perlembagaan.

4. Mungkin terdapat sedikit kekhilafan dalam menafsirkan semangat pindaan Perlembagaan UMNO tahun 2009. Dari sudut pandangan saya, tambahan syarat minimum sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal, seharusnya dibaca BUKAN sebagai syarat untuk MENGHALANG pemimpin yang berkelayakan untuk menawarkan diri bertanding di peringkat yang lebih tinggi, sebaliknya harus ditafsirkan sebagai syarat untuk MENGGALAKKAN lebih ramai pemimpin yang layak untuk menawarkan diri ke peringkat tertinggi sesuai dengan hasrat untuk menjadikan UMNO itu LEBIH DEMOKRATIK, LEBIH INKLUSIF DAN LEBIH TERBUKA.”

5. Penolakan pemegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda di peringkat Pusat untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi boleh mengakibatkan tafsiran bahawa jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia mempunyai merit yang lebih rendah daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian. Tindakan ini boleh dianggap sebagai rujukan atau `precedent’ dan mempunyai kesannya terhadap moral, heirarki dan mungkin pelbagai aspek lain lagi di masa hadapan.

Di atas lima sebab di atas dan juga rekod pencapaian serta perkhidmatan selama ini kepada parti dan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air, saya memohon pertimbangan Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk mengekalkan saya sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sidang 2013-2016.

Seperti yang saya nyatakan, niat dan tujuan saya membuat rayuan adalah jelas, ia bukan mengenai saya semata-mata, tetapi beberapa perkara lain yang berkaitan. Apa pun keputusan Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO, saya akan tetap menghormatinya. Saya tetap ORANG UMNO dan tetap akan istiqamah dalam perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air. - Tun Faisal Ismail Aziz.

Pendedahan !!! Benarkah Dakawaan Akhramsyah Sanusi a.k.a @AMUBAIDASH Bukan Bekas Presiden MAYC #BeraniBerubah


Sebelum ini dalam dunia maya telah riuh mengatakan Akhramsyah Sanusi yang bakal menentang KJ dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Malaysia merupakan seorang penipu yang kononnya merupakan bekas Presiden Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC).

Kenyataan yang mendakwa Akhramsyah Sanusi merupakan seorang penipu dan tidak pernah menjadi ahli serta Presiden MAYC telah dibuat oleh Mohd Hazri Mohd Hadzir yang merupakan Presiden MAYC sekarang serta merangkap calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik didalam sidang akhbar beberapa hari yang lepas (Klik Sini)


Benarkah Akhramsyah Sanusi seorang penipu atau ianya hanyalah satu tuduhan semata-mata disebabkan Akhramsyah Sanusi akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia menentang KJ ?

Di sini Pisau Kedah hendak tunjukkan bukti bahawa dakwaan Mohd Hazri adalah tuduhan semata-mata untuk menjatuhkan imej Akhramsyah Sanusi yang hendak menentang KJ di dalam merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Didalam blog rasmi MAYC pada tahun 2010 terbukti ada menunjukkan bahawa Akhramsyah Sanusi memegang jawatan Presiden kelab tersebut.


Klik Sini untuk ke laman blog rasmi MAYC

Tak cukup lagi bukti ??.. Nak lagi bukti ??..

Dokumen bersama gambar yang menunjukkan kehadiran Akhramsyah ke Mesyuarat Agung Tahunan MBM kali ke-58 pada 6 hingga 8 Januari 2010 yang mewakili MAYC selaku Presidennya.


Gambar semasa mesyuarat tersebut.


Klik Sini bagi memperkukuhkan lagi bukti.

Terbukti Akhramsyah Sanusi pernah menjadi ahli serta Presiden MAYC tahun 2010 sehingga 2012.

Kenapa Mohd Hazri hendak sangat memburukkan imej Akhramsyah Sanusi ?..

Di bawah ni Pisau Kedah nak tunjukkan satu gambar terbaru Mohd Hazri bersama penajanya untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik dan gambar itu boleh menceritakan kenapa Mohd Hazri hendak sangat menjatuhkan imej Akhramsyah Sanusi.





Info : Ayuh Kita Ke Karnival Jalur Lebar Peringkat Negeri Kedah @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan #KedahAmanMakmur


Semua rakyat Kedah terutamanya yang tinggal di Kulim dan kawasan berhampiran dijemput hadir ke program Karnival Jalur Lebar peringkat Negeri Kedah yang bakal diadakan di Padang Umum Kulim (Sebelah Pejabat Daerah Kulim) selama tiga hari.

Program yang akan bermula 27 sehingga 29 September ini mampu memberi manfaat kepada rakyat Kedah yang ingin mengetahui tentang Jalur Lebar.

Menurut EXCO ICT, YB Datin Norsabrina Mohd Noor yang bertanggungjawab ke atas program tersebut, banyak aktiviti yang akan disediakan penganjur kepada hadirin


Lebih menariknya.. YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah juga akan turut meluangkan masa di program berkenaan bersama-sama pengunjung pada 28 September, pukul 3.00 petang

Hot !!! RTM Mabuk Ketum Ka Tak Kenal Menteri Multimedia @shaberyc ?


Apa la yang ke bengong sangat RTM ni.. Selalu buat kesilapan yang tidak sepatutnya di lakukan.. Agak-agaknya masa dok buat kerja pakat-pakat dok mabuk ketum kot ?

Sebelum ni RTM membuat kesilapan yang mengaibkan pihak PDRM dengan meletakkan logo PDRM yang tertera Polis Raja Di Malaysia dan bukannya Polis Di Raja Malaysia.. Setelah di hentam oleh pelbagai pihak, RTM telah membuat pemohonan maaf secara terbuka..

Agak malangnya apabila pemohonan maaf yang di siarkan di dalam akaun facebook dan akaun twitter rasmi RTM.. Pihak RTM sekali lagi mengulangi kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan apabila menamakan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor sebagai Ketua Polis Negara.



Kali ini kesilapan yang agak serius apabila letak muka menteri multimedia , nama pulak letak nama menteri lain.. Menteri Multimedia sendiri pun tak cam muka ka ? 

Ada ka patut muka Datuk Seri Sabery Cheek di letaknya nama Datuk Seri Ismail Sabri.

Mai sini Pisau Kedah nak perkenalkan Menteri kat RTM yang bengong sangat nak kenal rupa dan nama Menteri..


Menteri yang tersenyum ni sepertimana yang duduk dalam gambar di atas.. Nama dia Datuk Shabery Cheek.. Dia ni Menteri Multimedia atau dulunya Menteri Penerangan.


Menteri dalam gambar di atas ni nama dia Datuk Seri Ismail Sabri yang merupakan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani..

Gambar-Gambar Terakhir Sebelum Arwah Tan Sri Azizan Di Kebumikan #KedahAmanMakmur















Khamis, 26 September 2013

Tahniah !!! Skuad Hoki Malaysia Menghampiri Slot Ke Final Dengan Menundukkan England


MALAYSIA semakin menghampiri slot ke final apabila menundukkan England 3-1 untuk kemenangan ketiga berturut-turut dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, di Johor Baharu, hari ini.

Kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan itu melonjakkan Malaysia di kedudukan teratas carta enam pasukan dengan maksimum sembilan mata.

India turut mengekalkan rekod tanpa kalah apabila membenam musuh tradisi Pakistan 4-0 untuk berkongsi mata dengan Malaysia.

Bagaimanapun, India menghuni tangga kedua dengan perbezaan jaringan.

Dalam pertemuan dengan England, Malaysia memperoleh kesemua gol menerusi jaringan pukulan sudut penalti oleh Mohd Shahril Saabah pada minit kesembilan dan minit ke-56 dan Izad Hakimi pada minit ke-43.

England, yang gagal mengutip sebarang mata selepas tiga perlawanan, merapatkan jurang jaringan pada minit ke-61 menerusi pukulan sudut penalti oleh
Peter Bull.

Hot !!! Senarai Penuh Nama Calon Yang Bertanding Jawatankuasa Puteri UMNO @SabrinaAzizan #Sabrina4PU3M #BeraniBerubah

Di bawah ini merupakan senarai penuh calon Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang akan bertanding pada Pemilihan UMNO kali ini.

Pengerusi Tetap

AZLIEZA BINTI AZIZAN 1 MTB

Timb. Pengerusi Tetap

SALBIAH BINTI SAARI - 1
NURUL HUDA BINTI NORDIN AHMAD – 2

Ketua

MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN - 1
JAMILAH HANIM BINTI OTHMAN - 2

Naib Ketua

NORSABRINA BINTI MOHD NOOR – 1
ZAHIDA BINTI ZARIK KHAN - 2
NAZLIAH BINTI ALI - 3

Ahli Jawatankuasa

AZURA BINTI MOHD AFANDI – 1
NORASIMAH BINTI MD NOWAR - 2
NORRULHUDA BINTI MARSIDIN - 3
NOORMADIANA BINTI KAMARUDDIN – 4
NASIBAH BINTI ISMAIL – 5
JUNE ARTISHA BINTI MOHAMAD NAZARI – 6
ASFALINDA BINTI ANUAR – 7
NORWAHIDA BINTI PATUAN – 8
MASMIRA BINTI MOHD SALLEH - 9
NOOR AEIZA BINTI HASSAN - 10
MIMIE HARIANIE BINTI ALIAS - 11
NURHUDA BINTI AB KARIM - 12
NOR HAZREENA BINTI MOHAMAD HASHIM - 14
SUZANNA BINTI SHAHROM - 15
NURHIDAYAH BINTI MOHAMAD SHAHAIMI – 16
ISFARINA BINTI MOHD BALI – 17
MARIANA BINTI AYOB - 18
NORHAYATI BINTI RAMLI - 19
WAN IZWANY BINTI ABDUL MALEK - 20
JUNAIDA BINTI MAT ISHAK – 21
NOR FARHANA BINTI ALHAM – 22
AZLINA AZMA BINTI MOHD AZMI – 23
JULIE BINTI SABRAN – 24
NOR AZRYNA BINTI MOHD JAINURI - 25
SYAKIMA NUR BINTI SABRI – 26
NORMALAH BINTI RASIK - 27
NOLEY BINTI HARUN – 28
RAZMALINA BINTI RAZALI – 29
HAZIQAH NASIRAH BINTI ZOL BAHARI - 30
SRY NORAERNI BINTI KHAIRUDIN - 31


Sejujurnya dalam pertandingan membabitkan Naib Ketua Puteri Malaysia, Pisau Kedah merasakan Norsabrina Bt Mohd Noor merupakan individu yang layak di pilih berdasarkan kemampuan, pengalaman, semanggat dan keberanian "Berani Berubah" untuk memertabatkan Puteri UMNO Malaysia.

"Saya bertanding atas kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Jika terpilih saya berjanji akan meneruskan usaha mengangkat martabat Puteri"- Norsabrina Mohd Noor

Apa-apa pun Pisau Kedah berharap pewakilan mampu membuat penilaian yang sewajarnya demi masa hadapan Puteri UMNO Malaysia.. Jangan gadaikan maruah perjuangan Puteri dalam UMNO.


Terkini !!! Jenazah Arwah Tan Sri Azizan Razak Akan Dikebumikan Di Muassah Darul Ulum


Di maklumkan Jenazah Tan Sri Azizan Razak akan dikebumikan di perkuburan Muassah Darul Ulum, Pokok Sena bersebelahan pusara Allahyarham Ustaz Fadhil Noor pada petang ini.

Semoga rohnya di rahmati Allah S.W.T  dan di tempatkan dikalangan umat-umat Islam yang beriman.

Marilah kita semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Tan Sri Azizan Razak serta arwah umat-umat Islam yang lain.

Al-Fatihah : Mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak Telah Kembali Ke Rahmatullah



Di Laporkan bahawa Mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 11.10 Pagi ini di ICU Hospital Sultanah Bahyiah, Alor Setar setelah mengalami komplikasi jantung kelmarin.

Semoga Allah S.W.T merahmati Arwah Tan Sri Azizan Razak dan meletakkan dikalangan orang-orang beriman.

"TPP" @MukhrizMahathir Mahu Kerajaan Fikirkan Nasib Industri Tempatan #BeraniBerubah


SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berpendapat, perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bakal membuat negeri Kedah hilang punca.

Beliau berkata demikian ketika sesi Dialog Bersama Pemimpin anjuran Sinar Harian yang mengupas tajuk Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia, semalam.

Merujuk Kedah sebagai periuk nasi negara dengan hasil pertaniannya, beliau akui bimbang jika TPP itu ditandatangani.

"Kedah merupakan periuk nasi negara. Walaupun begitu, apa yang kita keluarkan kadang-kadang tidak mencukupi untuk permintaan dalam negara.

"...industri pertanian khususnya padi satu-satunya sumber hasil Kedah. Kalau TPP membuka peluang untuk negara kita mengimport segala-galanya, maka, Kedah tiba-tiba bakal kehilangan punca. Yang ini menimbulkan kebimbangan," katanya.

Beliau juga telah memanjangkan kebimbangan itu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Saya sendiri ada timbulkan kebimbangan soal pertanian, IKS, hak intelek dan beliau memberi jaminan bahawa sebelum dokumen-dokumen dipersetujui, kita akan dapat lihat dulu sama ada ini (perjanjian) boleh kita tandatangan atau tidak," katanya.

Selain itu, beliau juga menekankan soal Industri Kecil Sederhana (IKS) yang bakal terjejas.

"Kebanyakan produk dari luar negara yang masuk ke dalam pasaran kita, akan didapati di Tesco, Jusco dan sebagainya. Berderet-deret produk import.

"Mungkin boleh dibuat oleh syarikat tempatan tapi tak boleh bersaing dari segi kualiti dan harga.

"Jadi, kalau perjanjian TPP ini ditandatangani dan membenarkan pembukaan pasaran sebegitu, maka dibimbangi IKS kita akan terjejas," katanya.

Mengulas lanjut soal itu, beliau memberitahu, produk tempatan tidak akan dapat dijual pada pasaran tempatan sendiri.

"Syarikat-syarikat kita sekarang ini banyak yang berinovasi, tetapi kalau syarikat daripada luar untuk menembusi pasaran kita, maksudnya, produk yang kita buat sendiri pun tak boleh dijual kepada pasaran tempatan, jauh sekali untuk dieksport.

"Contoh produk klinikal. Tetapi tak boleh dijual kepada hospital tempatan," katanya. :- Sinar Harian

Apa Komen @ustazfathulbari Apabila @MukrizMahathir Kata "UMNO Memang Kekurangan Ulama" #BeraniBerubah



SHAH ALAM – Golongan ulama dipelawa menyertai Umno bagi membantu memperkasakan imej Islam dalam parti itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, ketika ini, imej Umno itu sendiri tidak mempotretkan Umno sebagai parti Islam.

Perkara itu katanya secara tidak langsung telah menyebabkan golongan ulama tidak berani menghampiri Umno.

"Saya setuju seperti yang dikatakan Datuk Mukhriz (Mahathir) Umno memang kekurangan ulama.

“Golongan ulama perlu membantu Umno untuk mengubah persepsi masyarakat yang kononnya Umno tidak memperjuangkan Islam.

“Sedangkan Umno telah memperjuangkan Islam sejak sekian lama," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, adalah wajar perkara itu dilaksanakan supaya Umno tidak dilihat membelakangkan agamawan dalam parti itu.

“Ini yang kita perlu ubah. Umno daripada dulu ada tokoh-tokoh agama hebat seperti Tan Sri Wan Mokhtar (Ahmad), Tan Sri Yusof Noor, (Allahyarham) Tan Sri Abdul Hamid Osman. Biasanya, mereka ini, kalau bertanding (dalam Majlis Tertinggi), akan dapat nombor satu atau dua.

“Sekarang ini tokoh-tokoh agama tetap ada, cuma tidak dapat markah tinggi dalam parti,” kata Mukhriz.

Sementara itu, Fathul Bari berkata, disebabkan imej Umno itu, golongan ini merasakan mereka tidak mempunyai ruang untuk berada di dalam Umno.

Katanya, ulama dan agamawan perlu mengambil peluang tersebut untuk memperkasakan Islam dalam apa jua bidang termasuk soal kewangan, sosial, pentadbiran dan sebaginya.

"Sekarang ini Umno telah buka ruang secara jelas, kita (agamawan) telah ada paltform.

"Inilah antara salah satu cara untuk kita lakukan perubahan, jadi sangat rugi kalau kita tak manfaatkan peluang ini untuk melakukan perubahan," tegasnya.

Dalam pada itu, Fathul Bari menambah, usaha Umno untuk meramaikan ulama dalam parti itu sangat dialukan.


Rabu, 25 September 2013

Al-Fatihah : Pelumba Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS) Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR - Pelumba Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS) 2013, Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini, lima hari selepas terbabit dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama berkata pelumba berusia 17 tahun itu meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Dalam insiden Sabtu lepas, Muhammad Izzat, yang beraksi dalam kelas 250cc, dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan S. Satish, 44, pada pukul 12.30 tengah hari sebelum berakhirnya sesi latihan.

Satish meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada hari yang sama selepas mengalami kecederaan serius di kepala manakala Muhammad Izzat, yang turut mengalami kecederaan parah, dihantar ke HKL.

Berikutan kemalangan itu, perlumbaan pusingan keempat MSS 2013 ditangguhkan.

Sementara itu, SIC ketika mengucapkan takziah, berkata pemergian Muhammad Izaat adalah satu kehilangan besar kepada sukan permotoran negara kerana anak muda itu menunjukkan potensi yang besar untuk menjadi pelumba hebat di masa depan.

"SIC berkongsi berita kesedihan mendalam ini dengan pemergian pelumba Piala Ninja SIC ini dan kami akan membantu urusan penghantaran jenazah melalui penerbangan ke kampung halamannya di Kuala Terengganu," kata SIC dalam kenyataan di sini.

Muhammad Izzat mengikuti Program 250 Piala Ninja SIC tahun ini dan berlumba secara aktif sejak 2006.

Program itu dimiliki oleh SIC dan disokong oleh Kawasaki.

Kejadian itu merupakan kali kedua berlaku di Litar SIC selepas pelumba MotoGP, Marco Simoncelli, 24, terbunuh semasa perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia pada 23 Oktober, 2011. - Bernama
Semoga Allah S.W.T merahmati arwah adik Muhammad Izzat..

Kantoi !!! Lagi Pendedahan Panas Yang Memalukan @cmlimguaneng Dan DAP


Pendedahan demi pendedahan telah membuktikan bahawa tiada amalan demokrasi didalam kepimpinan DAP.

Sebelum ini Pisau Kedah ada menceritakan tindakkan orang suruhan Guan Eng mewujudkan "Kongres Khas" bagi mengekalkan Dinasti LIM dalam CEC yang bakal di lakukan semula Ahad ini.(Klik Sini)

Pemilihan CEC DAP terpaksa dilakukan semula setelah keputusan CEC DAP pada Disember tahun lepas terdapat unsur-unsur penipuan.

Terbaru pulak.. Satu pendedahan telah di lakukan Bekas Pengerusi DAP Kedah bahawa terdapat perancangan dalam DAP Pusat untuk menyekat amalan demokrasi dalam DAP..

ALOR SETAR - DAP pusat memang mempunyai perancangan menjatuhkan bekas kepimpinan parti itu di Kedah.

Bekas pengerusinya, Lee Guan Aik mendakwa mengetahui perkara itu dalam perjumpaan dengan Thomas Su, yang dilantik penasihat dari Pusat bagi DAP Kedah.

“Dalam perjumpaan itu, beliau secara terang mengakui mahu mengambil alih jawatankuasa negeri ini sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) berlangsung.

“Dia menyebut bahawa jika tidak berbuat demikian, sudah tentu kumpulan saya akan menang dalam pemilihan kelak. Saya ada semua bukti percakapannya yang dirakam semasa perjumpaan itu berlangsung,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, rakaman suara berdurasi lebih 40 minit itu akan disimpan sebagai bukti bahawa ada usaha untuk menyekat amalan demokrasi dalam DAP.

“Rakaman suara ini berbahasa Cina. Buat masa ini, saya tak boleh dedahkan mengenai kandungannya,” katanya.

Guan Aik berkata, ia jelas menunjukkan bahawa ada pihak cuba menyekat demokrasi dalam DAP dengan tindakan yang tidak mengikut perlembagaan parti.

Menurutnya, tindakan DAP Pusat mengambil alih pentadbiran DAP Kedah dengan melantik jawatankuasa interim pada Jun lalu adalah tidak wajar.

Katanya, jawatankuasa interim DAP Kedah yang dipengerusikan Zairil Khir Johari Abdullah melantik beberapa individu tanpa mengikut perlembagaan parti.

Pada dasarnya, mereka boleh melantik individu itu jika menjadi ahli sekurang-kurangnya dua tahun.

“Tetapi pelantikan itu tidak ikut saluran. Pada saya, DAP sekarang dicemari dengan orang yang suka meracuni antara satu sama lain,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog