Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 3 September 2013

Awas !!! Ada Individu Di Sekeliling @NajibRazak Jadi Barua Pembangkang



Hairan bin ajaib apabila kekecohan kenaikan harga minyak RON95 yang berkuat kuasa hari ini menjadi satu tanda tanya bagi Pisau Kedah petang kelmarin apabila kenaikan harga minyak berkenaan sebanyak RM 0.20, ianya lebih awal di ketahui oleh pihak pembangkang berbanding kementerian yang berkaitan.

Petang kelmarin semasa kekecohan kenaikan harga minyak petrol RON95 yang telah dimainkan pihak pembangkang. Ada di kalangan sahabat Pisau Kedah yang mahukan kepastian telah menghubungi HOTLINE KPDNKK Putrajaya dan juga talian 1Malaysia One Call Centre (1MDCC). Pihak KPDNKK dan 1MDCC memaklumkan bahawa .. "Tidak ada sebarang makluman dari pihak atasan berhubung kenaikan harga petrol RON95 sebanyak RM 0.20 dan apa yang di sebarkan adalah khabar angin".

Namun berita yang di katakan khabar angin itu menjadi satu berita yang benar apabila portal akhbar telah mengesahkan kenaikan harga minyak petrol RON95 pada lewat petang.

Pisau Kedah dapat memahami dan dapat menerima hakikat bahawa harga petrol RON95 terpaksa dinaikan sebanyak RM0.20 diatas faktor tertentu seperti pengurangan kos subsidi yang tinggi terpaksa ditanggung kerajaan, nilai mata wang RM jatuh menjunam berbanding dolar, harga minyak di pasaran dunia naik mendadak di atas faktor tertentu.

Sekiranya pihak Pembangkang mentadbir Malaysia.. Pisau Kedah yakin mereka juga akan mengikut jejak langkah yang sama dengan menaikkan harga minyak di ketika kos subsidi minyak yang terpaksa di tanggung kerajaan berlipat kali ganda.

Namun apa yang menjadi persoalan dan tanya bagi Pisau Kedah.. Mengapa dalam isu kenaikan harga minyak petrol RON95 di Malaysia, pihak pembangkang mengetahui lebih awal maklumat dari pihak atasan berkenaan kenaikan harga minyak berbanding Kementerian yang berkaitan ?

Apakah ada dari pihak atasan (Individu Di Keliling Perdana Menteri) telah menjadi tali barut kepada pihak pembangkang dengan menjadi mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat kepada pihak pembangkang ??

Sekiranya YAB DS Najib Razak tidak memandang serius berkenaan individu yang menjadi mata dan telinga pembangkang di sekeliling beliau.. Pisau Kedah yakin ianya akan menyebabkan banyak musibah yang terpaksa ditanggung BN sebagai pentadbir kerajaan Malaysia.

Pihak Pembangkang akan memutar belit fakta terlebih dahulu sekiranya pihak Pembangkang menjuarai maklumat.....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog