Jadi ramai ahli UMNO serta golongan orang muda atas pagar melihat tindakkan Mukhriz Mahathir yang bertanding sebagai Naib Presiden UMNO dengan membawa agenda "Berani Berubah" di lihat sebagai ubat untuk meremajakan UMNO.
Apa yang dapat aku lihat tindakkan UMNO membuka ruang seluas-luasnya pada pemilihan UMNO kali ini menunjukkan UMNO lebih demokrasi. UMNO sudah mula sedar akan sakit tuanya itu dan dapat menerima golongan muda yang bakal menjadi pewaris kepada parti yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Aku tak mahu la kata Mahfuz Omar ni "Bodoh" disebabkan kenyataan Tun Dr Mahathir "UMNO mengidap penyakit tua dan bakal mati", Mahfuz Omar suruh orang ramai menjauhi UMNO.. Aku faham setinggi mana taraf pemikiran Mahfuz Omar ketika membuat kenyataan tersebut.
Mahfuz Omar patut sedar yang dia pun akan sakit tua macam Nik Aziz juga nanti dan bakal mati bila-bila masa saja. Tentunya ketika sakit tua, Mahfuz Omar akan BERUSAHA berubat dirinya dan mengharap orang kelilingnya membantunya untuk berubat
Dalam Islam.. Umat Islam dituntut BERUSAHA berubat ketika sedang sakit walau pun sakit muda atau tua dan beringat-ingat akan kematian kerana takdir setiap manusia di tentukan Allah S.W.T . Allah S.W.T sesekali tidak akan zalim terhadap makhluk ciptaannya yang sentiasa berusaha ke arah kebaikkan
Itu adalah ketentuan Allah S.W.T kepada makhluk ciptaannya yang tetap akan mati tanpa mengira sakit muda atau sakit tua. Manakala bagi orang disekeliling individu yang sakit pulak di tuntut berusaha membantu individu yang sakit itu.
Bezannya sekarang Mahfuz Omar harus tahu bahawa UMNO ni sebuah parti seperti mana-mana parti lain juga yang bila-bila masa boleh jadi tua untuk mati atau boleh kembali muda remaja sekirannya berusaha untuk berubat penyakitnya itu . Orang di sekeliling UMNO yang sayangkan parti keramat itu pastinya berusaha untuk membantu UMNO berubat seperti mana yang dilakukan Mukhriz Mahathir.
4 ulasan:
Haha..×3 Mahpuz sememangnya layak menjadi ikon kebodohan PAS
Memalukan
Nak buat macam mana hanya itu yang trmampu di fikirkan mat put. Taraf pemikirannya seperti mana kelulusan pengajiannya. Orang pas suka kat dia sebab dia pandai jadi badut
Banyak sangat kenyataan fahaman individu oleh orang kenamaan tampa ada sekatan..kebebasan bersuara inikah yang diperjuangkan mereka...
Catat Ulasan