Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 10 September 2013

Info : Perbicaraan Isu Kalimah Allah Akan Di Tangguh Sehingga Oktober #KalimahALLAH


Mahkamah Rayuan sebentar tadi menangguhkan perbicaraan berhubung rayuan kerajaan dan Jabatan Agama Islam enam negeri untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar 'The Herald' terbitan Gereja Katolik Malaysia menggunakan kalimah Allah.

Perbicaraan akan disambung semula Oktober depan.

Mahkamah hari ini diberitahu bahawa menteri dalam negeri mengeluarkan arahan pada awal 2009 untuk menghalang akhbar The Herald menggunakan kalimah Allah kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan agama.

Penasihat kanan undang-undang persekutuan Suzana Atan berkata arahan dikeluarkan kerana ia boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan hujah dalam rayuan kerajaan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan bahawa pengharaman kalimah 'Allah' adalah tidak mengikut perlembagaan.

Katanya, menteri bertindak mengikut "budi bicara mutlak" dalam menghalang penerbitan tersebut dari menggunakan kalimah 'Allah'.

"Kuasa yang diberikan kepada menteri tersebut adalah mengikut undang-undang dan mahkamah perlu berhati-hati dalam menyemak keputusan seperti itu," katanya.

"Kalimah 'Allah' dalam Islam merujuk kepada satu Tuhan tetapi orang Kristian mempunyai konsep yang berbeza sama sekali," katanya.

Untuk rekod, Mahkamah Rayuan pada 22 Ogos lalu menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah ilmiah penganut agama Kristian itu.

Barisan hakim itu kemudiannya menetapkan hari ini (Selasa) untuk mendengar rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Untuk rekod, pada 7 Januari 2009 Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang The Herald menggunakan kalimah Allah.

Gereja Katolik kemudiannya memfailkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membatalkan larangan tersebut.

Pada 31 Disember 2009 hakim Lau Bee Lan memutuskan untuk membenarkan majalah mingguan itu menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka - Harapan Esok

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog