Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 11 September 2013

Hot !!! @DsJamilKhir Buat @Shamsuliskandar a.k.a Sam Ketot Lari Berselindung Dalam Seluar @AnwarIbrahim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung kenyataan berunsur fitnah Ketua Angkatan Muda Keadilan itu terhadapnya membabitkan isu permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamil Khir, menamakan Shamsul Iskandar sebagai defendan, memfailkan pernyataan tuntutan terpinda itu menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai lepas.

Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Shamsul Iskandar, yang juga anggota Parlimen Bukit Katil, untuk membatalkan writ saman tersebut.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Adnan Seman@Abdullah mewakili Jamil Khir dan peguam Fahda Nur Ahmad Kamar, mewakili Shamsul Iskandar.

Ketika ditemui pemberita, Adnan berkata mahkamah menolak permohonan itu dengan alasan ia tidak memprejudiskan defendan dan menetapkan empat hari bermula 4 Februari 2014 untuk perbicaraan selain menetapkan 13 November ini untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Jamil Khir mendakwa Shamsul Iskandar telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya ketika mengulas mengenai isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas ketua pembangkang itu (Anwar) yang ditayangkan secara langsung oleh RTM dalam satu forum bertajuk "Pengurusan Persepsi" pada 30 Mac 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau seorang yang menentang serta menghalang pelaksanaan undang-undang syariah berkaitan qazaf dan juga menyalahgunakan kuasa untuk menghalang pendakwaan qazaf seperti yang dituntut Anwar.

Jamil Khir, dalam pernyataan tuntutannya, juga mendakwa pada 31 Mac 2012 beliau telah membuat kenyataan kepada media bagi menuntut Shamsul Iskandar mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, namun defendan (Shamsul Iskandar) gagal berbuat demikian sebaliknya mencabarnya untuk berdebat.

Baru ada akai Shamsul Ketot, bila orang kata dia bodoh tau pulak nak marah.. kononnya dia seorang yang berakal bijak dan akalnya itu melebihi ketinggian dia.

Tak kebod masa buat fitnah tak ingat dunia dan akhirat.. Bila kena saman baru nak kalut nak memohon Mahkamah membatalkan Writ Saman yang dilakukan Datuk Seri Jamil Khir.

Kalau Shamsul Ketot rasakan apa yang diperkatakan adalah betul.. Kenapa pulak nak mohon Mahkamah membatalkan Writ Saman yang difailkan terhadap dia..? Kenapa tak berani nak lawan ?.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog