Bercakap dalam program Dialog Bersama Pemimpin anjuran Sinar Harian hari ini, Mukhriz berkata, beliau terpaksa melalui perjalanan berliku dan turun naik ketika awal penyertaannya dalam Umno termasuk ketika usianya masih muda.
"Nasib badan saya juga kerana mempunyai seorang ayah hendak saya dicabar dulu," katanya dalam program Dialog Bersama Pemimpin, “Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia” di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Mukhriz yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah ditanya oleh moderator program, bagaimana beliau hendak menghakis tanggapan umum yang menggelarkan beliau 'anak bapak' kerana mempunyai seorang ayah yang sudah lama bergelumang dalam dunia politik sebelum pembabitannya.
"Kali pertama saya tawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Kubang Pasu di mana kawasan yang dia (Mahathir) jadi ketua bahagian 35 tahun. Tetapi saya kalah dengan beberapa undi.
"Jadi nampaknya tak ada langsunglah aura Tun Mahathir dalam hal hendak bertanding... kalaulah betul saya ini anak bapak, diberi laluan yang mudah, sepatutnya zaman dia presiden parti, zaman dia perdana menteri, saya diberikan laluan.
"Tetapi saya rasa sangat bertuah, saya sampai ke destinasi dalam keadaan yang tercalar, tetapi itulah yang memberi kematangan kepada diri saya," katanya lagi.- Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan