Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 16 September 2013

Panas !!! Ulama PAS Di Kecam Ahli Parti Sendiri Disebabkan Mahu Menjilat PKR Dan DAP #KedahAmanMakmur

AMAT menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR.

Hal tahaaluf siyaasi bukan perkara baru dalam Pas. Dan tidak melampau jika dikata, itulah juga perkaranya yang jadi kebimbangan majoriti senyap dalam parti terutama
AMAT menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR.

Hal tahaaluf siyaasi bukan perkara baru dalam Pas. Dan tidak melampau jika dikata, itulah juga perkaranya yang jadi kebimbangan majoriti senyap dalam parti terutama akar umbi yang tidak ada apa-apa kepentingan.

Manakala Datuk Harun Taib pula - yang teruk diserang sesetengah pihak selepas multaqa yang memutuskan resolusi itu - memangnya diketahui sering bersikap lantang terhadap pemimpin DAP, terutama Karpal Singh.

Bukan sekali dua Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menenangkan keadaan dengan memberi alasan bahawa kenyataan Harun semata-mata pendapat peribadinya, bukan pendirian parti selepas ketua ulama itu menegur Karpal terutama dalam isu yang berkaitan dengan negara Islam dan kalimah ALLAH.

Umum mengetahui bahawa hubungan Hadi dengan Harun sangat rapat. Namun demi mengekalkan keyakinan DAP dan PKR terhadap Pas, Hadi terpaksa untuk tidak berpihak kepada Harun. Bukan sekali, bukan dua. Namun Harun tetap tidak berkurang juga lantangnya menegur pemimpin DAP.

Kemuncaknya adalah kelmarin apabila dalam multaqa ulama di Alor Setar, Harun secara berterus terang meminta tahaaluf siyaasi dikaji semula. Pandangannya itu kemudian diangkat menjadi resolusi. Lagi sekali Harun menghantar rakan karibnya, Abdul Hadi ke penjuru dilema!

Soalnya, apakah perkara yang disuarakan Harun itu salah ataupun disuarakan secara salah?

Satu aspek yang penting dalam dunia ilmu cara Islam ialah berhujah di atas fakta. Itulah sebabnya perlu kajian untuk mengenal pasti keberuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku pada Pas dalam perjuangannya mendaulatkan Islam.

Kita tahu bahawa antara keharusan tahaaluf siyaasi ialah Islam mesti dominan, dan mungkin Harun juga kalangan ulama yang bermultaqa di Alor Setar tempoh hari berasa ragu akan hal ini lalu minta dikaji. Harun sebaliknya dihentam dan cara begini tidak mengikut disiplin ilmu apabila berlaku percanggahan pendapat.

Kita bimbang jika itu tandanya bahawa dalam Pas sudah hilang rasa hormat kepada ulama.

Meskipun mungkin mudah bagi mereka yang menentang Harun untuk menjawab bahawa tanggapan itu bukan meliputi semua ulama dalam Pas melainkan hanya yang cuba mengusik hubungan dengan DAP dan PKR sahaja, namun tertanya-tanya juga oleh kita, apa mungkin orang Pas hari ini lebih kasihkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding ulama?

Apakah pengaruh kedua-duanya itu lebih kuat mencengkam dalam Pas berbanding ulama yang pernah ditatang tinggi oleh ahli Pas selama ini?

Pada penghujung 1980-an, seorang pemimpin Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman, pernah dikritik hebat oleh ahli dan pemimpin Pas dari serata negeri hanya kerana aksinya yang mengangkat tangan dan menuding jari ketika membahaskan satu usul dalam muktamar - barang kali disebabkan kebiasaannya sebagai seorang guru - yang menurut para pengkritik adalah peri laku biadab yang tidak seharusnya dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin parti yang rata-ratanya adalah para ulama.

Namun itu dulu. Apakah kini ulama sudah boleh diperlakukan lebih daripada itu? Dikutuk, dimaki sudah tidak jadi kesalahan pada era tahaaluf siyaasi?

Pemuda di bawah kepimpinan Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali) mengetepikan Datuk Asri Muda untuk memberi tempat kepada golongan ulama. Tercatat dalam sejarah bahawa pada muktamar 22 Oktober 1982 itulah, Pemuda Pas telah mengemukakan usul menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Asri) dan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang kemudian diluluskan oleh muktamar.

Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau menyuarakan pendirian daripada persepsinya sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi Pas. Lebih daripada itu, apa yang disuarakannya itu juga adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama Pas sendiri.

Apa mungkin Harun tersilap menilai kedudukan ulama dalam Pas hari ini?

Apakah ini tandanya kesan tarbiyah Anwari lebih kuat dalam kalangan orang muda Pas berbanding tarbiyah tarbawi oleh akademi Pemudanya? Jika demikian, apakah Pas boleh terus menaruh harap kepada generasi mudanya untuk terus memperjuangkan matlamat asasinya?

Barang kali atas sebab inilah Pas ketika era Ustaz Fadzil Noor telah meletakkan garis sempadan yang jelas dalam kerjasama dengan DAP. Pada PRU 1990, Pas secara rasmi bekerjasama dengan parti-parti politik Islam dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Kita bukan mahu menafikan apa yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas isu itu yang berkata, Pas tidak rugi dalam permuafakatan dengan DAP mahupun PKR kerana kerjasama itu membolehkan banyak perkara mengenai Islam diperjelaskan kepada pemimpin bukan Islam daripada kedua-dua parti itu.

Namun untuk menghentam dan mengenepikan ketua ulama hanya kerana beliau minta dikaji semula hubungan dengan DAP dan PKR, sebenarnya ada kerisauan yang lebih besar dalam kepala kita terhadap masa depan Pas!akar umbi yang tidak ada apa-apa kepentingan.

Namun untuk menghentam dan mengenepikan ketua ulama hanya kerana beliau minta dikaji semula hubungan dengan DAP dan PKR, sebenarnya ada kerisauan yang lebih besar dalam kepala kita terhadap masa depan Pas! - sinar
Di sebabkan Kalimah Allah yang pada mulanya dicetuskan PKR dan DAP kini telah menjadi punca perbalahan diantara umat Islam UMNO dan Umat Islam PAS .. Di sebabkan keburukkan yang dibawa PKR dan DAP ke dalam PAS.. Umat Islam PAS bergaduh sesama sendiri.

Ternyata memecahkan belahkan Umat Islam adalah merupakan agenda Anwar dan DAP. 

PAS sememangnya patut mengkaji semula hubungan politik yang mereka jalinkan demi masa hadapan nasib parti.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog