Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 30 September 2013

Hot !!! Layakkah Tun M Menyiram Air Mawar Di Pusara Allahyarham Tan Sri Azizan Razak @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur


Inilah hakikatnya taraf pemikiran penyokong Pakatan Haram yang hanya tahu mempolitikkan apa-apa saja walaupun ianya membabitkan kematian.

Apa salahnya sekiranya Tun M diberi penghormatan menyiram air mawar di pusara Allahyarham Tan Sri Azizan Razak. Lagi pun Tun M dengan Arwah sememangnya kenalan lama.

Semasa Arwah baru saja mengambil alih tampok pentadbiran kerajaan negeri Kedah daripada BN selepas PRU12, Arwah pernah berjumpa sendiri dengan Tun M selepas beberapa minggu menjawat jawatan Menteri Besar Kedah untuk meminta nasihat Tun M bagi memajukan negeri Kedah.

Arwah merupakan golongan "profesional" . Arwah sanggup ketepikan fahaman politik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai MB membangunkan Kedah.

Pisau Kedah masih ingat lagi bagaimana segelintir penyokong PAS Kedah marahkan Arwah Tan Sri Azizan Razak ketika menyambut kehadiran YAB DS Najib Razak ke Kedah.

Ada penyokong PAS Kedah mengatakan Arwah Tan Sri Azizan Razak ni orang UMNO lah.. Arwah Tan Sri Azizan Razak pengkhianat parti PAS la.. Namun bagi Arwah Tan Sri Azizan Razak yang mempunyai sikap "Profesional" menganggap kehadiran YAB DS Najib Razak sebagai seorang pemimpin yang menjadi Perdana Menteri bagi kesemua rakyat di Malaysia dan Arwah sendiri menganggap dirinya merupakan pemimpin bagi kesemua rakyat di negeri Kedah tanpa mengira fahaman politik. 

Arwah Tan Sri Azizan Razak juga pernah di maki hamun penyokong Pakatan Rakyat sendiri kerana memberi kerjasama menghadiri program peringkat nasional "My Beautyful Malaysia" yang merupakan program di bawah sukarelawan "IM4U".


Selain dari dimaki hamun penyokong Pakatan Rakyat.. Arwah juga pernah dihina oleh kumpulan penyokong kuat seorang YB PAS di Kuala Kedah sehingga sanggup menganggap Arwah Tan Sri Azizan Razak "Kafir" hanya disebabkan memakai baju berlogo "IM4U".. Perbuatan tersebut di lakukan penyokong kuat YB PAS berkenaan didalam saluran aplication "Zello" (Phone Walkie Takie) .. Keyrod@kubangrotan







Berbalik kepada "Apa salahnya Tun M diberi penghormatan menyiram air mawar di pusara Arwah Tan Sri Azizan Razak".

Kenapa marah sangat segelintir penyokong PAS kepada Tun M yang di beri penghormatan oleh segelintir penyokong PAS yang "Profesional" ?

Marah sebab Tun M merupakan bekas pemimpin UMNO dan anaknya Menteri Besar Kedah ??.

Terlupakah rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai fahaman politik akan jasa-jasa Tun M membangunkan Malaysia sehingga sekarang kesemua rakyat dapat menikmatinya ??.

Kalau dulu penyokong PAS mengatakan Tun M gila sebab melakukan sesuatu yang tidak masuk akal untuk membangunkan ekonomi Malaysia.

Sekarang ni.. ada penyokong PAS berterima kasih kepada Tun M dan mempunyai sifat bersyukur kehadrat Allah S.W.T di atas kenikmatan yang di perolehi atas daya usaha Tun M membangunkan ekonomi Malaysia ??..

Sekiranya tidak mempersetujui fahaman politik Tun M sekali pun, apa salahnya kenangkan jasa-jasanya terhadap kesemua rakyat Malaysia.

Tidak salah rasanya Tun M di beri penghormatan oleh segelintir penyokong PAS yang "Profesional" menyiram pusara Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog