Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 30 September 2013

Info : BRIM Secara Berperingkat Akan Di Naikkan Melebihi RM500


IPOH – Kerajaan bercadang melaksanakan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat kepada rakyat yang layak untuk pemberian seterusnya selepas pembentangan Bajet 2014.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pemberian itu dilakukan mengikut kesesuaian perbelanjaan rakyat.

Pada masa sama, beliau turut memberi gambaran jumlah BR1M yang diterima rakyat juga lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Kita telah menyediakan draf pertama Bajet 2014 dan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita masih lihat dan memperkukuhkan draf bajet berkenaan namun, jumlah sebenar BR1M masih belum ditentukan tetapi jumlahnya pasti melebihi RM500,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ihsaniah, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, di sini, hari ini.

Ahmad Husni berkata, golongan pertengahan turut diberi perhatian dengan mengambil beberapa pendekatan bagi meringankan beban mereka yang mempunyai pendapatan RM4,000 dan RM5,000.

“Kita akan terus beri bantuan dengan melihat dari semua kemungkinan walaupun pengurangan subsidi minyak dilaksanakan. Model bantuan yang akan dilaksanakan, kita tunggu pembentangan bajet.

“Dari segi jangka panjang, kita tumpu usaha mempertingkatkan pendapatan rakyat termasuk dalam Transformasi Ekonomi Negara yang dilaksanakan,” katanya.- Sinar

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog