Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 26 September 2013

"TPP" @MukhrizMahathir Mahu Kerajaan Fikirkan Nasib Industri Tempatan #BeraniBerubah


SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berpendapat, perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bakal membuat negeri Kedah hilang punca.

Beliau berkata demikian ketika sesi Dialog Bersama Pemimpin anjuran Sinar Harian yang mengupas tajuk Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia, semalam.

Merujuk Kedah sebagai periuk nasi negara dengan hasil pertaniannya, beliau akui bimbang jika TPP itu ditandatangani.

"Kedah merupakan periuk nasi negara. Walaupun begitu, apa yang kita keluarkan kadang-kadang tidak mencukupi untuk permintaan dalam negara.

"...industri pertanian khususnya padi satu-satunya sumber hasil Kedah. Kalau TPP membuka peluang untuk negara kita mengimport segala-galanya, maka, Kedah tiba-tiba bakal kehilangan punca. Yang ini menimbulkan kebimbangan," katanya.

Beliau juga telah memanjangkan kebimbangan itu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Saya sendiri ada timbulkan kebimbangan soal pertanian, IKS, hak intelek dan beliau memberi jaminan bahawa sebelum dokumen-dokumen dipersetujui, kita akan dapat lihat dulu sama ada ini (perjanjian) boleh kita tandatangan atau tidak," katanya.

Selain itu, beliau juga menekankan soal Industri Kecil Sederhana (IKS) yang bakal terjejas.

"Kebanyakan produk dari luar negara yang masuk ke dalam pasaran kita, akan didapati di Tesco, Jusco dan sebagainya. Berderet-deret produk import.

"Mungkin boleh dibuat oleh syarikat tempatan tapi tak boleh bersaing dari segi kualiti dan harga.

"Jadi, kalau perjanjian TPP ini ditandatangani dan membenarkan pembukaan pasaran sebegitu, maka dibimbangi IKS kita akan terjejas," katanya.

Mengulas lanjut soal itu, beliau memberitahu, produk tempatan tidak akan dapat dijual pada pasaran tempatan sendiri.

"Syarikat-syarikat kita sekarang ini banyak yang berinovasi, tetapi kalau syarikat daripada luar untuk menembusi pasaran kita, maksudnya, produk yang kita buat sendiri pun tak boleh dijual kepada pasaran tempatan, jauh sekali untuk dieksport.

"Contoh produk klinikal. Tetapi tak boleh dijual kepada hospital tempatan," katanya. :- Sinar Harian

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog