Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.
Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark.
Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawan Mynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.
Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.
Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.
Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak hampir 10 minit.
Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.
"Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu 'park' kereta di tempat sepatutnya.
" Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya 'tak guna' sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.
" Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa," jelasnya di sini hari ini.
Selepas insiden tersebut, Azman berkata, pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia cuba berbuat demikian.
"Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.
"Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).
" Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, Azman berkata, dia tidak begitu mengenali lelaki tersebut adalah Mat Yo kerana tidak mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.
Difahamkan kedua-dua pihak yang terlibat telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
"Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.
"Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya," jelasnya lagi.
Menurut Azman, isteri Mat Yo juga mendakwa dirinya seorang kerabat sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya mempunyai lambang kerabat diraja.- My News Hub
Makluman
Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.
Live TV
Pengikut
Rabu, 25 September 2013
Hot !!! Pengakuan Sebenar Dari Pak Guard Yang Di Tendang Isteri Mat Yo
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
-
▼
2013
(914)
-
▼
September
(63)
- Gila !!! Penumpang Kapal Terbang Buka Pintu Kecema...
- Tentera Maya DAP Kantoi Fitnah Syarikat Milik Bumi...
- Hot !!! Layakkah Tun M Menyiram Air Mawar Di Pusar...
- Hot !!! Gambar Mununjukkan @MukhrizMahathir Di Bio...
- Info : BRIM Secara Berperingkat Akan Di Naikkan Me...
- Hot !!! Penyokong Pakatan Haram Dakwa Kematian Tan...
- Panas !!! Ketua Penerangan PAS Pusat "Biadap" Tida...
- Info : Salah Laku Di Bawah Tataetika Pemilihan UMN...
- UMNO Perlu Menimbangkan Rayuan @TunFaisal #TF4MT ....
- Pendedahan !!! Benarkah Dakawaan Akhramsyah Sanusi...
- Info : Ayuh Kita Ke Karnival Jalur Lebar Peringkat...
- Hot !!! RTM Mabuk Ketum Ka Tak Kenal Menteri Multi...
- Gambar-Gambar Terakhir Sebelum Arwah Tan Sri Aziza...
- Tahniah !!! Skuad Hoki Malaysia Menghampiri Slot K...
- Hot !!! Senarai Penuh Nama Calon Yang Bertanding J...
- Terkini !!! Jenazah Arwah Tan Sri Azizan Razak Aka...
- Al-Fatihah : Mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri A...
- "TPP" @MukhrizMahathir Mahu Kerajaan Fikirkan Nasi...
- Apa Komen @ustazfathulbari Apabila @MukrizMahathir...
- Al-Fatihah : Pelumba Kejuaraan Motosikal Super Sir...
- Kantoi !!! Lagi Pendedahan Panas Yang Memalukan @c...
- Hot !!! Ahli Parlimen Pakatan Haram "Bodoh" Tak Ta...
- Terkini !!! Ustaz Azizan Razak Di Laporakan Kritik...
- Hot !!! Pengakuan Sebenar Dari Pak Guard Yang Di T...
- Hot !!! EXCO Kerajaan Negeri Kedah Yang Menternak ...
- Panas !!! @MukhrizMahathir Akui Aura TUN M Tidak M...
- Panas !!! Inikah Kejayaan PAS Bertahaluf Siyasi Un...
- "Kongres Khas" Di Aturkan Supaya @cmlimguaneng Bol...
- Hot !!! PAS Kedah Hantar Wakil Ke Bangkok Demi Men...
- Hot !!! Pendedahan Penipuan Dalam CEC Ke-16 DAP Me...
- Hot !!! @MukhrizMahathir Di Lihat Akar Umbi Sebaga...
- Bahaya !!! EXCO Kerajaan Negeri Kedah Menternak "...
- Apa Sebabnya Calon MT @TunFaisal Kata UMNO Perluka...
- Info : Jom Ramai-Ramai Ke Karnival Jalur Lebar Per...
- Benarkah @MukhrizMahathir Bertanding Naib Presiden...
- Hot !!! Rakan Sefahaman @AnwarIbrahim Di Tahan Pih...
- Panas !!! @MukhrizMahathir Patut Berterima Kasih K...
- Hot !!! Puak Syiah Sesat Semakin Melampau Di Malaysia
- Panas !!! Ulama PAS Di Kecam Ahli Parti Sendiri Di...
- Hot !!! Ulama PAS Jadikan Muktamar Yang Ke 59 Seba...
- Hot !!! Pemilihan CEC DAP Masih Lagi Berlaku Penipuan
- "34 Perkara Memperkasakan Ekonomi Bumiputera" Apa ...
- Hot !!! RTM Buat Lawak Bodoh Dengan Mengatakan Kha...
- Hot !!! PAS Gunakan @MahfuzOmar Untuk Menafikan Ha...
- @MukhrizMahathir Mempertahankan Filem Tanda Putra ...
- Info : YB Sabrina Menawarkan Diri Untuk Bertanding...
- Panas !!! Akhirnya Pok Nik Ajis Akui Dalam UMNO Ba...
- Hot !!! Lagi Bas Ekspres Terlibat Kemalangan Di Le...
- Awas @MukhrizMahathir !!! Hantu Raya Ternakkan PAS...
- Hot !!! @DsJamilKhir Buat @Shamsuliskandar a.k.a S...
- Info : Penjelasan Mengapa Kalimah Allah Tidak Bole...
- Hot !!! Isu #KalimahALLAH "Muslimah PAS Patut Rasa...
- Info : Perbicaraan Isu Kalimah Allah Akan Di Tangg...
- Terkini !!! Gambar Di Perkarangan Mahkmah Putrajay...
- Perhatian !!! Doa Umat Islam Malaysia Di Perlukan ...
- Hot !!! Penyokong Fahaman Nafsu Songsang @AnwarIbr...
- Hot !!! Mempertahankan Kalimah Allah Wajib Bagi Um...
- Info : Lagi 10 Anggota Kongsi Gelap Di Tahan Pihak...
- Hot !!! Zam Maidin Dedahkan Kenapa Kit Siang Dan G...
- Hot !!! @MahfuzOmar Tak Tahu Fakta Tentang KUIN Un...
- Panas !!! Puak PR Malu Sebab Harakah Dapat Menerim...
- Awas !!! Ada Individu Di Sekeliling @NajibRazak Ja...
- Bahaya !!! Di Sekeliling @NajibRazak Ada Tali Baru...
-
▼
September
(63)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan