Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 4 Mei 2013

Hakikat Sebenar Puak PAS Kedah Perlu Tahu Walaupun Pahit Untuk Di Telan #TukarKedah



Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menawan semula Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini. Beliau berkata ini berikutan kegagalan pakatan pembangkang mentadbir negeri itu dengan baik walaupun lima tahun diberi peluang oleh rakyat.

Daim berkata apa yang penting sekarang ialah semua anggota BN perlu mengetepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan perpaduan serta kerjasama dalam parti komponen.

"Saya percaya pakatan (pembangkang) tidak akan menang di Kedah...BN sekarang saya nampak bersatu padu kerana kegagalan lalu telah memberi pengajaran," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan bersama Pemuda dan Puteri Umno, di sini hari ini.

Terdahulu, ketika berucap beliau turut mengingatkan rakyat Kedah supaya tidak melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kerana ia boleh mendatangkan masalah besar kepada negara. Katanya, rakyat perlu memilih sebuah kerajaan yang mampu melaksanakan dasar-dasarnya seperti dilakukan kepimpinan BN selama ini berbanding pembangkang yang hanya membuat dasar tanpa merealisasikannya.- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog