Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 4 Mei 2013

Panas !!! Ahli PKR Bersama SUK PKR Kedah Keluar Parti Di Sebabkan Saiful Bukhari #TukarKedah #SaveKedah



Di Sebabkan menyaksikan video Sumpah Laknat Saiful Bukhari ketika di hadapan Kaabah di dalam You Tube, seorang Setiausaha Kerja PKR Kedah, Mohd Muhaimin Hassan bertindak keluar parti kelmarin bersama-sama 200 orang pengikutnya dan mereka yakin bahawa Anwar Ibrahim mempunyai masalah moral yang kritikal.

Apabia Mohd Muhaimin melihat video Sumpah Laknat Saiful Bukhari yang di muatkan di dalam You Tube, beliau merasa insaf dan memikirkan kebenaran bahawa Saiful Bukhari benar-benar di liwat oleh Anwar Ibrahim.

Bagi Mohd Muhaimin, sekiranya seseorang individu yang berniat jahat bersumpah di hadapan Kaabah pastinya Allah S.W.T akan menurunkan bala bencana kepadanya bagi memberi pertunjuk yang sebenar.

Sekiranya kita hendak membandingkan Saiful Bukhari dengan Anwar Ibrahim dalam isu liwat. Ternyata Saiful Bukhari mempunyai alasan yang kukuh dari segi Islam bagi menyatakan dia pernah di liwat Anwar Ibrahim dengan melakukan Sumpah Laknat.

Manakala Anwar Ibrahim pulak, sehingga ke hari ini masih lagi gagal melakukan Sumpah Laknat bagi menafikan bahawa dia pernah meliwat Saiful Buhari.

Apakah Sumpah Laknat terlalu berat bagi Anwar Ibrahim untuk membersihkan namanya ?

Apa yang perlu Anwar Ibrahim takut untuk Sumpah Laknat sekiranya dia benar-benar tidak melakukannya ?

Jangan di ingat Anwar Ibrahim akan terlepas dari hukuman dunia kerana dalam kes liwat Saiful Bukhari masih lagi di dalam peringkat rayuan..

Orang yang melakukan kesalahan.. Pisau Kedah yakin Allah S.W.T akan memberi petunjuk kebenaran.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog