Pakatan Rakyat semalam mengesahkan bahawa semua harga minyak akan
diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua pusat jualan minyak yang
terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Negeri
negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.
Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor,
selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang
berlangsung di Shah Alam malam tadi.
Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang semalam sebulat suara
bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis
syarikat minyak, dengan itu harga minyak mampu diturunkan sebanyak 35
peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam
semalam.
Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat
dinikmati oleh semua orang yang membeli minyak di stesen tersebut
walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat.
Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,
1.Minyak Angin
2.Minyak Senyonyong
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu
5.Minyak Pengasih.
6.Minyak Pelincir KY JELLY..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan