Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 26 Mei 2013

Gila !!! Lepas Musnahkan KUIN, Rektor PAS Nak Cabut Lari Pulak Dah



Ketika kakitangan KUIN mendesak Rektor KUIN si Jamil letak jawatan, Jamil telah mengunakan kuasanya mengeluarkan surat tunjuk sebab gara gara kumpulannini mendedahkan kelahapannya mentadbir KUIN dalam media media utama sehingga isu ini berjaya menarik minat seluruh rakyat Malaysia.

Selepas Kedah berjaya ditawan semula oleh BN, Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz mengarahkan Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah iaitu Datuk Tajul Urus berkerjasama dengan Jamil Rektor untuk mencari jalan penyelesaian dan permasalahan yang dihadapi oleh KUIN dan kakitangannya.

Jamil Osman telah dilantik sebagai Rektor KUIN oleh Azizan ketika Pas menerajui kerajaan negeri bertindak melepaskan jawatan secara mengejut pada beberapa hari yang lalu.

Datuk Tajul Urus melahirkan rasa kecewa dengan tindakkan Jamil yang tidak profesional.. Walaupun berbeza fahaman politik, Jamil perlu memikirkan masalah berbangkit dalam pentadbirannya di KUIN, bukannya melepaskan jawatan secara mengejut..

Ekoran itu, banyak spekulasi boleh ditimbulkan rakyat,
dimana beliau selaku peneraju KUIN dilihat lepas tangan selepas menghancurkan KUIN..Isu penyelewengan adalah isu pokok dibangkitkan dimana pihak pengurusan gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gwaji mereka dan beberapa pekara melibatkan pengurusan kewangan.

Kedua berhubung dengan kelayakan pensyarah dan ketiga kemudahan asrama serta surau yang perlu ditambah baik..

Sekarang ini Kerajaan negeri dan Kuin terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil yang mana Kampus induk itu tidak mempunyai kemudahan asrama dan Masjid walaupun pada kos awalan yang dipinjam ianya meliputi segalanya..

Jumlah bayaran balik pinjaman RM46 juta itu belum termasuk kos pengurusan yang dianggarkan mencecah RM18 juta setahun..Jika dicampur kedua dua jumlah itu, Kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan sebanyak RM64juta setahun dan jika dibahagikan dengan jumlah pelajar seramai 6000 orang dan 200 kakitangan, kerajaan negeri terpaksa belanja sebanyak RM 10,322 bagi setiap seorang..

Benar apa yang Menteri Besar katakan, jumlah hutang sebanyak RM46 juta itu lebih berfaedah jika dibuat rumah mampu milik untuk rakyat.. Memandangkan segala projek penebangan BALAK diberhentikan,Kerajaan negeri sekarang ini sedang berusaha untuk mencari jalan alternatif lain bagi menjana pendapatan TANPA perlu bergantung kepada pengondolan hutan secara besar besaran seperti apa yang diamalkan oleh kerajaan Pas sebelum ini..

Kami yakin dengan pengalaman Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sebagai mantan Timbalan Menteri sebelum ini mampu membawa perubahan yang terbaik buat rakyat Kedah.

Sumber :- Medan Tempur Kedah

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.Admin

Mohon jasa baik tuan linkkan Blog GMC ke laman baru: Http//gmc-gunungmatcincang.blogspot.com.

wassallam

Fauzi Hamid berkata...

Dah link lama dah la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog