Harap semua dengar dengan jelas dan berfikir secara rasional apa yang di perkatakan Adam Adli, anak muda penjilat Anwar Ibrahim ini yang menghasut rakyat supaya turun ke jalan raya supaya melakukan kekecohan untuk menumbangkan Kerajaan Malaysia bawah pimpinan Barisan Nasional yang di pilih rakyat.
Sudah jelas niat Pakatan Haram terutamanya Anwar Ibrahim hanya mahu mencetuskan huru hara di Malaysia dengan mengajak rakyat ke jalan raya.. Apabila huru hara berlaku, maka mudah la bagi tangan-tangan asing yang cenderung kepada Anwar Ibrahim menyampuri urusan Malaysia.
Jadikan lah Iraq sebagai iktibar sekiranya tangan-tangan asing menyampuri urusan dalam Negara.. Walaupun kerajaan yang kononnya di dakwa penduduk Iraq sebagai zalim sudah tumbang tetapi huru hara tetap berlaku sehingga sekarang.
Adakah semua rakyat Malaysia yang mempunyai pandangan politik berbeza atau golongan yang tidak cenderong kemana-mana pihak parti politik mahukan huru hara berlaku di Malaysia yang sekarang ini kebanyakkan mampu hidup dengan selesa ?
Sekiranya huru hara berlaku di Malaysia.. bukan saja setakat penyokong BN saja yang menanggung akibatnya. Malahan penyokong-penyokong Pakatan Haram juga terpaksa tanggung akibat dari kekecohan yang berlaku.
Masa itu " barulah padan muka kita semua rakyat Malaysia "..
Memang patut pun tindakan tegas yang di ambil pihak Polis menahan mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya menimbulkan huru hara di Malaysia sepertimana tindakan yang telah di ambil pihak Polis terhadap budak hingusan penjilat Anwar Ibrahim, si Adam Adli kelmarin.
Di harapkan pihak Polis serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus bertindak tegas bagi memastikan keamanan Malaysia terjamin untuk generasi akan datang.
Selain itu.. Pihak Kerajaan Malaysia perlu memastikan Peguam Negara berani di dalam membuat dakwaan.. Tak guna juga kalau pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas tetapi Peguam Negara bacul tak ada teloq untuk mendakwa pihak yang cuba menggugat keamanan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan