Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 30 Mei 2013

Hot !!! Luahan Hati Penyokong BN Kedah Di PRU13 Yang Lalu.. #HanyaDiKedah



Pisau Kedah tertarik apabila membaca satu penulisan yang di hantar seorang pengundi Barisan Nasional di Kedah ke ruangan rencana  dan Forum akhbar Utusan Malaysia.

Artikel penulisan dari Puan Amira dari Alor Setar didalam forum akhbar Utusan Malaysia ini.. Pisau Kedah petik dari blog Kedah Ke KL..

Jom kita baca penulisan tersebut......
SAYA merupakan penggemar ruangan rencana dan juga Forum di akhbar Utusan Malaysia.
Hari ini saya mengambil tindakan untuk menulis di ruangan ini bagi meluahkan apa yang saya rasa sempena PRU-13 ini.
Selepas keputusan PRU-13 disahkan oleh SPR, bahawa BN menang dengan majoriti mudah 112 kerusi, saya melonjak kegembiraan dan suami melakukan sujud syukur.
Betapa bersyukurnya kami, kerana sekali lagi dengan izin Allah, BN dapat mentadbir negara tercinta ini. Kegembiraan kami bertambah setelah negeri kelahiran saya, negeri Kedah berjaya ditawan kembali.
Untuk pengetahuan, semalam sebelum dan semasa hari mengundi saya dan suami keluar meninjau keadaan di sekitar bandar raya Alor Setar.
Pada perkiraan saya, majoriti kenderaan yang mempunyai bendera adalah penyokong pembangkang.
Sekiranya diadakan pertandingan memasang bendera dan sorakan penyokong, sudah pasti kemenangan milik mereka.
Mereka bermaharajalela di jalan raya. Namun begitu, saya optimis majoriti kenderaan lain yang tidak memasang bendera adalah pengundi BN.
Ini kerana, mengambil kira keseluruhan ahli keluarga saya yang merupakan pengundi tegar BN, tiada seorang pun di antara kami yang memasang bendera atas faktor keselamatan.
Kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, saya percaya majoriti rakyat Kedah sungguh gembira di atas perlantikan Datuk Seri sebagai Menteri Besar.
Besar harapan kami agar Datuk Seri dapat membawa perubahan kepada negeri Kedah.
Ramai golongan belia di negeri Kedah yang bersedia untuk dipimpin dan ditunjukkan jalan agar dapat bersama-sama memajukan negeri tercinta ini khususnya dan negara amnya.
Isilah dada mereka dengan ilmu agama dan ilmu dunia yang dapat dimanfaatkan.
Jemputlah penceramah-penceramah yang digemari oleh golongan belia dan jadikan aktiviti mingguan atau bulanan supaya ilmu yang diterima dapat menghindarkan mereka daripada terpesong. Saya yakin Datuk Seri mampu melakukannya.

AMIRA - Alor Setar

Pisau Kedah akui sekiranya dilihat dari jumlah kenderaan yang memasang bendera Pakatan Haram pastinya ianya sudah tentu menyebelahi penyokong Pakatan Haram.

Penyokong Pakatan Haram terutamanya dari parti PAS sememangnya cukup agresif di saat hari pembuangan undi semakin hampir tiba.

Pisau Kedah sendiri alaminya ketika membuat liputan di Kuala Ketil, Baling semasa program YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir turun untuk berkempen.

Pada mulanya konvoi pemuda BN di provok dengan pelbagai perkataan yang menghina Barisan Nasional, namun ianya langsung tidak di hiraukan konvoi pemuda BN walaupun bilangan pemuda BN yang menyertai konvoi berkenaan lebih 3 kali ganda jumlahnya dari penyokong PAS yang membuat provokasi.

Setelah tindakan membuat provokasi kepada konvoi Pemuda BN tidak berhasil.. Mereka mengarahkan pemuda-pemuda penyokong Pakatan Haram yang sebelum itu tidak kelihatan membuat provokasi kepada konvoi Pemuda BN yang berhimpun di hadapan Pejabat Penyelaras BN Dun Kuala Ketil.

Pelbagai aksi agresif di tunjukan pemuda-pemuda penyokong Pakatan Haram yang menaiki motorsikal dan kereta di hadapan konvoi pemuda BN yang berhimpun di Pejabat Penyelaras BN Dun Kuala Ketil,.

Pisau Kedah mula beredar setelah keadaan provokasi dari pemuda-pemuda penyokong Pakatan Haram kian reda..

Selepas keesokkan harinya.. Pisau Kedah cuba menghubungi rakan Pisau Kedah yang menyertai konvoi berkenaan dan bertanya apa yang telah berlaku selepas Pisau Kedah pulang..

Rakan Pisau Kedah memberitahu.. Keadaannya semakin teruk selepas pemuda BN yang menyertai konvoi bergerak untuk pulang ke rumah masing-masing. Ada di kalangan mereka di hujani batu kecil ketika melalui kawasan gelap.

Begitulah yang terpaksa penyokong BN alami di sebalik sikap agresif penyokong Pakatan Haram.. Sebab itulah penyokong-penyokong BN tidak mahu menonjolkan sokongan mereka secara terang kepada BN kerana bimbangkan sikap agresif penyokong Pakatan Haram.

Penyokong Pakatan Haram akan melakukan provokasi sekiranya mereka mengetahui di hadapan mereka merupakan penyokong BN.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog