Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 23 Mei 2013

Syabas @PDRMsia @Zahid_Hamidi !!! Tiga Lagi Dari Pakatan Haram Di Tahan Mengikut Akta Hasutan. #TolakPR





Terbaru... Tiga lagi dari Pakatan Haram di tahan mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) hari ini setelah Adam Adli di tahan minggu lalu di bawah akta yang sama.

Tiga individu terbabit merupakan Ahli Palimen Batu, Tian Chua.. Tamrin Tun Ghafar dan seorang pemimpin NGO pro Pakatan Haram, Haris M Ibrahim.

Tian Chua di tahan di Lapangan Terbang LCCT  tengahari tadi sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan. Selepas itu Tian Chua di bawa ke balai Polis Jinjang.

Tamrin Tun Ghafar pulak di tahan tengahari tadi juga di restoran kawasan Bangsar (Restoran Chawan)  ketika lepas makan tengahari dan di bawa ke balai polis yang sama.

Manakala Haris M Ibrahim pulak di tahan di Segambut selepas makan tengahari.

Sebelum di tahan.. Haris di percayai telah membuat onak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menyokong Adam Adli yang di bicarakan pagi tadi.

Adam Adli mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang di baca dan di kenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan kes Adam Adli akan di sebut semula pada 2 Julai ini.

Tahniah !!! Kepada Pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana membuktikan ketegasan yang akan di kenakan terhadap individu yang cuba menghasut rakyat supaya menghuru harakan keamanan Malaysia..

Di harapkan ketegasan ini akan di kekalkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog