Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 21 Mei 2013

Hot !!! Pendedahan Dari Awang Selamat "Iklan Air Asia Lebih Murah Dari Iklan Jamu Dan Rawatan Rambut


Pehh... Kantoi !!! Rupanya selama ini harga yang di bayar Air Asia kepada Utusan untuk memaparkan iklan lebih murah nilainya berbanding iklan Jamu dan Iklan Rawatan Rambut demi mahu membantu syarikat berkenaan.

Tapi sayangnya ianya tidak di kenang CEO Air Asia X, Azran Osman Rani yang menjadi seorang bangsa Melayu yang tak sedar di untung setelah bertindak mempertikai akhbar Utusan yang di katanya akhbar "Rasis" sedangkan akhbar berbahasa Cina yang benar-benar "Rasis" langsung tidak di pertikai.


Bagi yang nak tahu bagaimana Utusan membantu Air Asia., Jom kita baca apa yang di ceritakan Awang Selamat dari Utusan..

Iklan Air Asia
Nampaknya Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman -Rani enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya mencemuh akhbar Utusan Malaysia yang dituduhnya rasis. 
Beliau bukan sahaja gagal membuat tafsiran yang betul daripada laporan yang disiarkan bertajuk Apa Lagi Cina Mahu? pada terbitan 7 Mei lalu malah memperlihatkan sikap angkuh. 
Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam reaksinya pada sidang akhbar, mempertahankan laporan tersebut. ??Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina.” 
Jawapan Najib itu secara spontan mendapat tepukan daripada para wartawan yang hadir. 
Isunya, sampai hari ini, Air Asia yang menaungi Air Asia X apatah lagi Azran tidak ambil sikap tanggungjawab malah lepas tangan kononnya ia pandangan peribadi. 
Awang hairan, Utusan tidak usik Air Asia, tiba-tiba Azran tampil dengan kenyataan bersama ugutan menarik balik iklan. 
Jika pun beliau terdorong untuk menyokong pembangkang, itu bukan caranya. Menuduh Utusan rasis tanpa faham sepenuhnya laporan tersebut selain ugutan berkaitan iklan, adalah keterlaluan. 
Dalam isu tersebut, Awang mengucapkan terima kasih kepada seluruh pembaca, badan-badan bukan kerajaan (NGO) , para pengendali blog dan banyak pihak lagi atas sokongan kepada Utusan. 
Ramai yang marah kepada Azran dan Air Asia dan tidak perlu Awang ulang hujah-hujah mengenainya. 
Awang juga tidak mahu mengungkit betapa Utusan telah banyak memberi bantuan antaranya, dengan tidak menyiarkan banyak perkara negatif berkaitan Air Asia. 
Cuma Awang ingin mencadangkan supaya Kumpulan Utusan tidak lagi menerima iklan Air Asia selagi tiada permohonan maaf . Biarlah iklan syarikat itu ada pada akhbar lain tetapi bukan Utusan. 
Tanpa iklan Air Asia, Utusan tidak akan hadapi masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut. 
Ingatlah Air Asia bukan satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia. Kepada yang berbudi, kita berbahasa terutama Penerbangan Malaysia yang servisnya lebih baik dan kental
nasionalismenya. 
Semua orang tahu Air Asia banyak masalah dan isu. Aduan pengguna melambak-lambak.
Jika pun beliau terdorong untuk menyokong pembangkang, itu bukan caranya. Menuduh Utusan rasis tanpa faham sepenuhnya laporan tersebut selain ugutan berkaitan iklan, adalah keterlaluan. 
Dalam isu tersebut, Awang mengucapkan terima kasih kepada seluruh pembaca, badan-badan bukan kerajaan (NGO) , para pengendali blog dan banyak pihak lagi atas sokongan kepada Utusan. 
Ramai yang marah kepada Azran dan Air Asia dan tidak perlu Awang ulang hujah-hujah mengenainya. 
Awang juga tidak mahu mengungkit betapa Utusan telah banyak memberi bantuan antaranya, dengan tidak menyiarkan banyak perkara negatif berkaitan Air Asia. 
Cuma Awang ingin mencadangkan supaya Kumpulan Utusan tidak lagi menerima iklan Air Asia selagi tiada permohonan maaf . Biarlah iklan syarikat itu ada pada akhbar lain tetapi bukan Utusan. 
Tanpa iklan Air Asia, Utusan tidak akan hadapi masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut. 
Ingatlah Air Asia bukan satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia. Kepada yang berbudi, kita berbahasa terutama Penerbangan Malaysia yang servisnya lebih baik dan kental nasionalismenya. 
Semua orang tahu Air Asia banyak masalah dan isu. Aduan pengguna melambak-lambak. 
Opps, kalau ada bantahan terhadap Awang , harap-harap bos besar Utusan akan menjawab bahawa itu pandangan peribadi penulis -sebagaimana reaksi bos Air Asia – lepas tangan. (Petikan rencana Awang Selamat MINGGUAN MALAYSIA)

Syabas Awang Selamat yang berani mengkritik Air Asia demi mempertahankan akhbar Utusan yang menjadi lidah rasmi bagi bangsa Melayu sejak sebelum

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita pakat cari lain kompeni, dh korparat buat aje la cara korparat, dh tentu customer dri pbagai bangsa dn parti, xsalah aku dia ni sorang tokoh kerparat yg berani komen isu bkaitan politik, berat sebelah pulak tu mderhaka pada bangsa, nah amek ko!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog