Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 26 Mei 2013

Hot !!! Terbukti PAS Dan PKR Menjual Maruah Islam Demi Himpunan #BlackOut505


Mengikut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 02 Oktober 2009.. Hukum penglibatan orang Islam dalam aktiviti "Candlelight Vigil" adalah di larang sama sekali kerana ianya mengandungi unsur-unsur "Tasyabbuh" dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah Umat Islam.

Namun dalam himpunan Black Out 505 yang di adakan Pakatan Haram di serata negeri dan terbaru di Amcorp Mall, Selangor.. Upacara "Candlelight Vigil" yang mereka namakan nyalaan "Demokrasi Mati" telah menjadi upacara wajib didalam mengisi program berkenaan selain program ceramah menghasut rakyat untuk menumbangkan Kerajaan yang di pilih melalui sistem pengundian.

Yang menyedihnya.. Umat Islam yang menyokong PKR dan PAS turut melakukan upacara tersebut seolah-olah ianya tidak menjadi satu kesalahan bagi Agama Islam kerana ianya di benarkan oleh PAS.

Apa-apa pun yang haram itu tetap haram.. PAS tiada hak menghalalkan perkara yang di tegah dalam Islam.

Pisau Kedah percaya... PAS dan PKR terpaksa bergantung harap kepada DAP.. Setiap arahan DAP, umat Islam yang menyokong PAS dan PKR terpaksa akur walau pun ianya bertentangan dengan cara Islam.

Bagi pemimpin PAS dan PKR yang beragama Islam " Matlamat Politik Menghalalkan segala-galanya" .

Sebenarnya dakwaan penyokong Pakatan Haram yang di hasut oleh pemimpin mereka bahawa demokrasi di Malaysia sudah mati.. Ianya tidak benar sama sekali.

Sehingga ke hari ini tidak pun seorang dari pemimpin Pakatan Haram boleh membuktikan bahawa Pilihanraya yang ke 13 ianya tidak demokrasi kerana SPR telah menipu untuk membantu kemenangan BN.

Sekiranya sistem pilihanraya tidak demokrasi..  Sudah pasti Pakatan Haram tidak mampu mengekal mentadbir negeri Kelantan, Negeri Selangor dan Negeri Pulau Pinang yang menunjukan BN kalah teruk .

Apakah bagi tempat BN menang ianya tidak demokrasi dan tempat yang Pakatan Haram menang barulah demokrasi ?? .

Majoriti bangsa Cina mengundi BN ianya tidak demokrasi dan Majoriti bangsa Cina mengundi Pakatan Haram sepertimana dalam PRU13 yang lalu adalah benar-benar demokrasi ??.

Sedar la dan berfikirlah secara rasional... Dakwaan pemimpin Pakatan Haram bahawa sistem Pilihanraya di Malaysia tidak demokrasi hanyalah fitnah semata-mata.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog