Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 23 Mei 2013

Info Kedah : "Pencemaran Virus Kencing Tikus" Dua Pusat Peranginan Di Baling Di Tutup


Kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Baling
menyembur racun di kawasan air terjun Lata Bayu ,
semalam. - Foto Sharul Hafiz Zam

Baling: Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di sini, ditutup sementara bermula hari ini kerana disyaki tercemar virus kencing tikus (leptospirosis) yang dipercayai menyebabkan kematian seorangnlelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini.

Semalam, lebih 50 petugas membabitkan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Baling, Majlis Daerah Baling (MDB), Jabatan Perhutanan, Syarikat E-Idaman, pengendali kebersihan pusat peranginan itu dan penduduk kampung, bergotong-royong
membersih kawasan yang dikenal pasti sebagai tempat tikus bersarang.

Kerja pembersihan Pegawai Kesihatan Daerah Baling, Dr Delima Kalsom Abdul Wahab, berkata kawasan itu terpaksa ditutup sementara kerja pembersihan dijalankan dan ia akan dibuka semula selepas benar-benar selamat dikunjungi.

“Kita terpaksa menutup sementara pusat peranginan itu dan akan membukanya semula selepas mendapat pengesahan dan kebenaran Pengarah Kesihatan Negeri.

“Orang ramai dinasihatkan supaya akur dan tidak berkunjung untuk sementara waktu ke kawasan terbabit kerana dibimbangi akan terkena jangkitan.

“Selain itu, peniaga yang menjalankan perniagaan di situ juga terpaksa menutup gerai mereka buat sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat,” katanya, di sini, semalam. Berita Harian

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog