Tiket itu dibeli dengan China Southern Airlines dalam mata wang baht pada harga sama, kata pihak berkuasa sistem e-tiket China Travelsky.
Turutan nombor tiket menunjukkan ia dibeli bersama, lapor CNN.
Maklumat terbaru ini menjadikan kehilangan pesawat MAS MH370 ketika berlepas ke Beijing awal semalam, semakin menjadi tanda tanya.
PELANCONG Itali, Luigi Maraldi, 37, melaporkan pasport miliknya sebelum ini dicuri pada Ogos 2013 dan menunjukkan pasport yang sudah diperbaharui pada sidang akhbar di balai polis di Phuket, selatan Thailand. FOTO EPA
Itali dan Austria menafikan rakyat mereka berada dalam pesawat MH370 dan pihak berkuasa berkenaan mendakwa pasport Luigi Maraldi (Itali) dan Christan Kozel (Austria) telah dicuri di Asia Tenggara beberapa tahun lalu.
Kedua-dua tiket penerbangan itu ditempah bagi destinasi Kuala Lumpur - Beijing sebelum diteruskan ke Amsterdam. Pemegang pasport Itali sepatutnya meneruskan perjalanan ke Copenhagen manakala pemegang pasport Austria akan ke Frankfurt.
Pihak berkuasa berkata, mereka masih menyiasat identiti sebilangan penumpang dalam pesawat itu yang didapati bermasalah dengan pasport mereka.
Ketua Koordinasi Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan CNN mengenai pembelian tiket menggunakan pasport itu.
Bagaimanapun, katanya, tumpuan operasi sekarang adalah untuk mencari pesawat berkenaan berbanding mengesan dua lelaki terbabit.
Katanya, kawasan pencarian juga diperluaskan daripada 20 kepada 50 batu nautika manakala gerakan SAR di Selat Melaka masih belum menghasilkan sebarang tanda positif.
“Pencarian sedang diteruskan tetapi sehingga kini tiada pesawat dikesan,” katanya Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) itu pada sidang media di Hotel Sama Sama di KLIA di sini, malam ini.
Beliau berkata, jumlah pesawat yang terbabit dalam SAR juga meningkat kepada 34 pesawat termasuk dua dari Australia yang dijangka tiba pada lewat malam ini dan pagi esok.- HM
5 ulasan:
Kalau mayat Althantunya boleh diletupkan dengan C4, dan bukti ketibaan Althantunya di Malaysia boleh dipadamkan dari rekod Imigresen.
Boleh tak MH370 diletupkan demi menutup berita dan cerita Anwar Ibrahim dihukum penjara 5 tahun, supaya rakyat tidak tahu dan tidak bertindak.
Cuba fikirkan .. Ada tak kemungkinan ini ....
Kepala hotak ko.... tanpa nama.... x dpat aku nak hujah ngan kata2 bila terbaca statement paling bangang ni...
Simpan la sikit bodoh tu..jgn tunjuk semua..
Manusia paling bangang. Jgn la habiskan...kebangankan ko tu.
Catat Ulasan