Yaa.. Memang sepatutnya Chew Mei Fun tidak perlu merasa gentar berhadapan dengan Wan Azizah walau pun Wan Azizah berstatus Presiden Parti.
Sekiranya di lihat dari track rekod politik diantara Chew Mei Fun dan Wan Azizah ternyata rekod politik Chew Mei Fun lebih cemerlang rekodnya sebagai ahli politik berbanding Wan Azizah.
Ternyata Wan Azizah tidak mempunyai hala tuju dirinya tersendiri yang boleh di banggakan sebagai calon yang mewakili PR.. Wan Azizah hanya menjadi calon Payung Terjun yang semata-mata menyambung kesinambungan suaminya, Anwar yang gagal menjadi calon PRK Kajang di saat-saat akhir. Malahan meletakkan Wan Azizah sebagai calon yang mewakili PR yang mengantikan Anwar dilihat ianya lebih kepada amalan kronisme.
Maaf la kalau Pisau Kedah katakan yang pengundi Kajang tidak patut mengundi Wan Azizah pada 23 Mac ini kerana tiada keikhlas yang dapat dilihat dalam diri Wan Azizah untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan