Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 26 Mac 2014

Penjelasan Mengapa Pesawat MH370 Di Umumkan Berakhir Di Selatan Lautan Hindi


Setelah YAB Dato ' Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kedudukan terakhir pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi melalui maklumat DATA SATELIT INMARSAT dan KESAN DOPPLER, ada segelintir pihak yang tidak memahami kaedah yang digunakan tersebut untuk mempertikai kesahihan apa yang diumumkan YAB Dato' Seri Najib Razak kerana tidak mempunyai bukti yang jelas.

Bagi yang tidak memahami kaedah maklumat data sateliy Inmarsat dan kesan doppler yang digunakan sehingga dapat mengesan jejak terakhir pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi sila baca penerangan dibawah ini.
KUALA LUMPUR - Kedudukan terakhir pesawat MH370 yang hilang, dikenal pasti melalui penggunaan 'kesan Doppler' oleh Air Accident Investigation Branch (AAIB) United Kingdom dan Satelit Inmarsat.

Pemangku Menteri Pengngkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Inmarsat mencipta kaedah inovatif kedua ini, yang mengambil kira halaju pesawat berkenaan dan kaitannya dengan satelit berkenaan.

Menurut beliau, berdasarkan pergerakan relatif ini, frekuensi yang diterima dan dipancarkan akan berbeza daripada nilai normalnya, sama seperti bunyi sebuah kereta berubah apabila ia semakin dekat dan berlalu.

Ini dikenali sebagai kesan Doppler," katanya pada sidang akhbar mengenai"kemajuan usaha mencari pesawat tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata kaedah Inmarsat itu membuat analisis tentang perbezaan antara frekuensi yang dijangka diterima stesen bumi dengan frekuensi sebenar yang diukur dan perbezaan yang wujud adalah hasil daripada kesan Doppler, yang dikenali sebagai 'Burst Frequency Offset'.

Hishammuddin berkata 'Burst Frequency Offset' berubah mengikut lokasi pesawat terbabit dalam arca yang berkemungkinan menjadi tempatnya berada, arah pergerakan dan kelajuannya.

"Untuk mendapatkan keyakinan terhadap teorinya, Inmarsat menyemak ramalannya itu dengan maklumat yang diperoleh daripada enam pesawat B777 lain yang terbang pada hari sama di pelbagai arah. Terdapat persamaan yang meyakinkan.

"Ketika berada di bumi di lapangan terbang Kuala Lumpur dan pada peringkat awal penerbangannya, MH370 menghantar beberapa mesej.

"Pada peringkat itu, lokasi pesawat berkenaan dan satelit, telah dikenal pasti, maka oleh itu, perkiraan bolehlah dibuat tentang ciri-ciri sistem pesawat terbabit, satelit dan stesen bumi," katanya.

Beliau berkata analisis ini menjadi asas bagi kajian selanjutnya dalam usaha menentukan kedudukan terakhir pesawat MH370."Sejajar dengan itu, pasukan penyiasat Malaysia menubuhkan sebuah kumpulan kerja antarabangsa, yang dianggotai agensi yang memiliki kepakaran dalam bidang komunikasi satelit dan prestasi pesawat, untuk meneruskan tugas berkenaan," katanya.

Beliau berkata walaupun banyak lagi kerja perlu dibuat, kerajaan berterima kasih kepada Inmarsat, AAIB dan pasukan penyiasat antarabangsa, yang sedang meneruskan tugas mereka dengan pihak berkuasa Malaysia.

Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan pesawat berkenaan berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis baharu AAIB dan Inmarsat.

Penerbangan ke Beijing itu hilang pada 8 Mac. Pengumuman Najib itu mengakhiri operasi mencari dan menyelamat yang diadakan selama 17 hari dan disifatkan sebagai operasi terbesar dalam sejarah penerbangan, dengan melibatkan 26 negara.

Bagaimanapun, spekulasi tentang misteri kehilangan pesawat MH370 terus tersebar kerana hingga kini, belum terdapat jawapan konkrit mengenainya. Ia mungkin berakhir setelah kotak hitam dijumpai. - Bernama

Untuk pengetahuan.. Lautan Hindi merupakan lautan yang paling terpencil didunia yang mempunyai kedalaman sedalam 4,500 meter dan sering mengalami cuaca yang buruk. Malahan kebarangkalian untuk pesawat MH370 mendarat dengan selamat adalah sukar kerana di Selatan Lautan Hindi tidak mempunyai daratan.

Serpihan dikatakan milik MH370 yang di temui beberapa hari yang lalu melalui satelit juga akan diambil oleh pihak Kerajaan Australia sekiranya operasi Mencari dan Menyelamat tidak di halang dengan cuaca yang buruk. Serpihan terbabit akan dikaji pihak Kerajaan Australia dan kerjasama Kerajaan Malaysia bagi membuat pegesahan serpihan terbabit milik pesawat MH370.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog