Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 24 Mac 2014

Gempar !!! Lelaki Kurang Siuman Larikan Jentera Bomba Sejauh 25KM


Teluk Intan: Seorang lelaki bertindak nekad melarikan sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang dengan memandu kenderaan itu sejauh 25 kilometer ke Teluk Intan di Bagan Datoh, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, suspek yang membawa kenderaan secara melulu melanggar beberapa kenderaan termasuk mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera ringan akibat terjatuh.


Ketua Polis Daerah Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek bagaimanapun berjaya ditahan anggota bomba yang mengejar kenderaan yang terbabas di lampu isyarat berhampiran kawasan Batak Rabit menghala Teluk Intan, kira-kira setengah jam kemudian.


Menurutnya, suspek yang disyaki kurang siuman kini ditahan untuk siasatan lanjut.- Harian Metro

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog