Suminah Saidi yang kini berusia 110 tahun, membuat 'ikrar' tersebut tatkala menerima kehadiran Mei Fun dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke kediamannya, di Kampung Sungai Kantan Kajang, hari ini.
Suminah yang kelihatan masih 'perkasa' berkata , dia tidak pernah ketinggalan mengundi sejak zaman dahulu dan tidak sabar menunggu Ahad ini untuk menunaikan tanggungjawabnya.
Dia yang tidak lagi boleh bercakap memberitahu melalui anaknya Alias Othman, 60, bahawa Mei Fun paling layak untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.
"Ini adalah kerana BN, terbukti membawa pembangunan sejak dari zaman dahulu lagi.
"Saya hanya yakin kepada kemampuan BN, prestasi mereka tidak dapat disangkal.
"Kenapa kita hendak beri kepada PKR yang belum pasti lagi, kalau kita lihat janji mereka untuk pembangunan di Selangor (Kajang) masih belum tertunai, lihatlah di kawasan kampung saya ini (Sungai Kantan) jalan masih teruk (sempit, berlubang), lebih baik undi BN," katanya ketika ditemui media, hari ini.
PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara, iaitu Mei Fun yang mewakili BN dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan