Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 11 Mac 2014

Interpol Mengesahkan Telah Mempunyai Data Dua Pasport Curi Yang Di Gunakan #PrayForMH370


Kuala Lumpur: Interpol mengesahkan pihaknya mempunyai data dua pasport milik warga Austria dan Itali yang dilaporkan dicuri sebelum dokumen itu digunakan dua penumpang ‘hantu’ dalam penerbangan MAS MH370 yang hilang selepas pesawat berkenaan terputus hubungan dengan menara kawalan jam 2.40 pagi, Sabtu lalu.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan laman web Interpol, data dua pasport berkenaan disimpan di dalam Pangkalan Data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol.


Interpol memberitahu, semakan melalui SLTD mendapati dua pasport milik warga Austria dan Itali itu dilaporkan dicuri di Thailand pada 2012 dan 2013.


Kenyataan itu berkata, Interpol kini sedang giat menjalankan pemeriksaan ke atas semua pasport penumpang yang menaiki penerbangan MH370 kerana terdapat kemungkinan pasport lain juga dilaporkan dicuri.

“Interpol kini sedang berhubung dengan Biro Pusat Kebangsaan negara masing-masing (Austria dan Itali) yang bagi mengenal pasti identiti sebenar penumpang yang menggunakan pasport curi berkenaan ketika menaiki pesawat MH370,” menurut kenyataan itu.

Setiausaha Agung Interpol Ronald K Noble berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai kaitan antara pasport curi dan misteri kehilangan pesawat berkenaan, bagaimanapun ia sesuatu yang membimbangkan jika ada antara penumpang menaiki penerbangan antarabangsa menggunakan pasport curi.

Sumber memberitahu Harian Metro, Interpol kini turut menyemak semua pasport penumpang dan mengakses sistem Imigresen Malaysia berkaitan pasport kerana dikhuatiri terdapat individu lain menggunakan pasport curi.

Dalam perkembangan membabitkan kes curi identiti dua individu yang menaiki pesawat MH370, sumber berkata, pasukan keselamatan Malaysia yang dibantu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kini sedang menyiasat sindiket mencuri dan menjual pasport yang dipercayai beroperasi dan berpangkalan di Thailand.

“Sindiket yang beroperasi di Thailand itu dilapor menyasarkan warga asing seperti pelancong sebelum mencuri pasport milik mereka. Ia (mencuri) dilakukan sama ada kaedah samun ataupun seluk saku.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog