Wan Tom merupakan ibu kepada seorang pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Sofuan Ibrahim yang merupakan salah seorang penumpang pesawat MH370 yang masih hilang.
Menurut Wan Tom, selepas dimaklumkan mengenai insiden kehilangan pesawat itu, beliau memberitahu sehingga kini masih belum dapat melelapkan mata.
"Mak cik langsung tidak boleh tidur, kepala mak cik serabut fikir apa yang berlaku dengan dia.
"Mak cik sekarang hanya tunggu berita mengenai dia, " katanya yang ditemani suami, Ibrahim Abdul Razak, 76.
Katanya, beliau dan keluarga tidak pernah putus harapan dan mengharapkan anaknya selamat.
"Setiap kali solat, mak cik, anak-anak dan saudara mara membaca surah Yassin dan solat hajat.
"Gerak hati mak cik tetap mengatakan anak mak cik masih selamat," ujarnya.
Sementara itu, Wan Tom turut memberitahu beliau langsung tidak menjangkakan perkara buruk berlaku kepada anaknya kerana Sofuan sering kali ke luar negara atas urusan kerja.
"Sebelum kerja dengan Miti, dia kerja di Istana Negara, selalu ke luar negara.
"Mak cik sendiri pun tidak ada rasa bimbang masa dia ke Beijing, cuma mak cik pesan kerja elok-elok dan jangan tinggal solat," katanya.- SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan