Menurut Mirror Online, berdasarkan sumber dari China, tiket tersebut dibeli melalui China Southern Airlines menggunakan mata wang Thailand, Baht.
Nombor tiket adalah berturut-turut menandakan bahawa ia dikeluarkan bersama.
Dua tiket yang ditempah melalui China Southern Airlines itu kedua-duanya dari KLIA menuju ke Beijing dan seterusnya ke Amsterdam.
Kemudian, pemegang pasport Itali menuju ke Copenhagen, Denmark mana kala pasport Austria ke Frankfurt, Jerman.
Namun, masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai kesahihan dakwaan ini.-SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan