Disebabkan mahukan Wan Azizah menang di PRK Kajang, Anwar mula mencipta pelbagai cerita untuk menunjuk keburukkan kepada pemimpin BN dan mengharap rakyat percaya dengan apa yang diceritanya.
Dalam ketaksuban Anwar mencipta pelbagai cerita untuk menyalahkan pemimpin BN, terkadang tu cerita yang di ciptakannya itu hanya menunjukkan kebodohannya yang mahu memperbodohkan penyokongnya yang mudah diperbodohkan sahaja. Sebagai contohnya kebodohan Anwar adalah dalam isu pesawat MH370. Anwar mengkritik Najib Razak terlalu lemah untuk menyelesaikan masalah pesawat MH370 berbanding bapa Najib Razak, Allahyarham Tun Razak yang menyelesaikan masalah ancaman Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 yang menawan bangunan American International Assurance (AIA).
Tentunya penyokong Anwar yang mudah diperbodoh akan menerima bulat-bulat apa yang di ceritakan Anwar tanpa berfikir sedalam-dalamnya apakah benar yang di perkatakan Anwar.
Bagi yang ingin mengetahui perbezaan antara tragedi ancaman JRA dan tragedi pesawat MH370 hilang.. Mari lihat video apa yang di perkatakan Dato' Fuad Hassan dibawah ini.
Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370?
Dimasa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat prihatin mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.
Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:
1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.
2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.
3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.
4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.
5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.
Persoalannya :
Siapa yang tahu dimana MH370 ?
Dengan siapa kita nak berunding ?
Siapa yang tahu apa kehendaknya ?
Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?
Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?
Kalau Anwar boleh jawab soalan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak. Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan