Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 23 Mac 2014

Laporan Terkini Di Sekitar Hari Mengundian PRK Kajang #PRKKajang #KajangMove

Live Update dari :- klxpress.com


banner
FAKTA KAJANG
Kajang 1: PRK N.25 Kajang diadakan ekoran perletakan jawanan YB Lee Chin Cheh, ADUN Kajang/ Bendahari AMK PKR pd 27 Januari 2014 lalu. SPR tetapkan 08 Feb 14 – Hari Penamaan Calon & 23 Mac 14 – Hari Pembuangan Undi.
Kajang 2: Pengundi berdaftar n.25 Kajang semasa PRU 13, 2013 seramai 38,965 pengundi berdaftar. Pecahan: Melayu – 48%, Cina – 41%, India – 10%.
Kajang 3: 6 PENJURU. PRU 13, 2013 lalu, N.25 Kajang berkesudahan; Lee Chin Cheh – 19,571, Lee Ban Seng – 12,747, Mohamad Ismail – 1,014, Mohd Iwan Jefry Abd Majid – 249, Ong Yan Foo – 85, Mohd Khalid Kassim – 83.
Kajang 4: AWAL DAN AKHIR. Stadium Mpkj, Pesiaran Pekeliling, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor sbg Pusat Penamaan Calon pd 8 Mac dan Pusat Penjumlahan Undi pd 23 Mac ini.
Kajang 5: DUN KAJANG – 16 Daerah Mengundi (DM). 84 saluran berbanding 65 semasa PRU 13 lalu. Pusat Pengundian dibuka di 15 pusat pembuangan undi sekitar DUN tersebut.
LIVE UPDATE! (Click Refresh untuk update terkini!)
11.57 pg – PDM paling tinggi keluar mengundi ialah Bandar Kajang denganperatusan 57% dan terendah ialah PDM Sg. Chua Satu dengan peratusan 23.94%
11.56 pg -  Jumlah keluar mengundi terkini sehingga jam 11.00 pagi mengikut PDM! Taman Kota Cheras – 1,785/3,147, Sungai Sekamat 1,341/4,708, Saujana Impian 645/2,014, Taman Mesra 501/1,289, Sungai Kantan 779/2,487, Taman Kajang Baharu 986/3,782, Kajang 831/2,181, Sg Chua Satu 1,134/4,736, Sg Chua Dua 1,395/2,600, Sg. Chua Tiga 225/684, Sg Chua Empat 311/805, Sg Chua Lima 839/1,830, Taman Delima 588/1,689, Kantan Permai 928/3,308, Bandar Kajang 696/1,221, Batu 10 Cheras 552/1,574.
11.48 pg - Kehadiran pengundi semakin berkurangan. Cuaca panas dan keadaan sesak menyebabkan ramai tidak keluar mengundi pada waktu sebegini.
IMG_3161
11.41 pg – SAMM di bawah pimpinan Chegu Bard berarak masuk ke PDM Sg. Kantan sambil melaungkan ‘Hancur UMNO’. Kemasukan SAMM cuba dihalang Pemuda BN tetapi dihalang oleh anggota FRU. Suasana semakin tegang.
IMG_3165
11.38 pg – PDM Sg. Kantan juga mulai kecoh dengan laungan provokasi PKR “Hancur UMNO’, ‘Hancur MCA’, ‘Undi Melayu’. Terdapat 3 kenderaan konvoi PKR mengibarkan sayur kangkung.
11.35 pg – Jumlah keluar mengundi setakat jam 11.00 pg tadi adalah 13,341 @ 35.06%
IMG_3159
11.20 pg – Calon BN Chew Mei Fun tiba di PDM Kajang, SMK Convent dengan disambut laungan penyokong  BN “Hidup Che Mei Fun, 1 Malaysia!”
IMG_3104
11.04 pg – Petugas PKR menyediakan cecair pencuci dan berusaha untuk mencuci jari pengundi untuk menghilangkan dakwat kekal di PDM Sg. Chua 1 dan 2.
IMG_3124
11.00 pg – PDM Taman Kajang Baharu menjadi semakin panas apabila penyokong PKR menawarkan RM1 kepada penyokokng BN. Dua orang penyokong PKR kaum India duduk di atas jalan melakonkan aksi Bomoh Bubu dengan membawa kangkung.
10.57 pg – Suasana PDM Bandar Kajang kelihatan semakin rancak. BN memberi sorakan “Sokong BN”, “Kunyit Bang Non”, “Masuk Hospital Kerajaan Tapi Sokong Pakatan” dan “Main Belakang”. Penyokong PKR pula melaungkan “Kangkung”, “Sokong BN Barang Naik”, “UMNO LEMBU” sambil membawa sepanduk “Dari Kajang Ke Putrajaya.” Dari segi moral kelihatan penyokong BN lebih bersemangat.
10.51 pg – PDM Taman Kajang Baharu melaporkan lalulintas semakin sesak. Penyokong BN melaungkan lagu ‘Inilah Barisan Kita.’ Setiap kali laungan reformasi kedengaran, penyokong BN disambut dengan ‘sudah mati’ menyebabkan suasana semakin gamat.
10.50 pg – Jumlah keluar mengundi tidak rasmi pada jam 10.00 pg adalah sebanyak 10,093 @ 26.52%
10.47 pg – FRU mula campur tangan di PDM Sg Chua 4. Di PDM Bandar Kajang pula penyokong BN kelihatan lebih ramai berbanding PKR. 70% yang turun membuang undi terdiri daripada bangsa Cina. Terbaru, seramai hampir 30 sekumpulan India tiba dengan laungan ‘reformasi!’
10.34 pg – Zuraida Kamaruddin mengadu kepada pihak polis yang berkawal bahawa ada pihak tertentu yang cuba merayu undi. Namun apabila disiasat, mereka yang dikatakan merayu undi adalah enumerator kajian sikap.
IMG_3084
10.29 pg – Presiden MCA dijumpai bermesra dengan pengundi OKU di Sg. Chua Tiga.
10.27 pg – Penyokong PR melakonkan bomoh dan memakai baju 1 Malaysia  sambil membawa kelapa sebagai provokasi kepada penyokong BN.
IMG_3055
10.15 pg – Penyokong PAS dari Kedah kelihatan menunaikan solat hajat memohon kemenangan & keselamatan PR di PDM Taman Mesra.
IMG_3027
10.10 pg – Khalid Ibrahim kelihatan bermesra dengan penyokong dan jentera BN di PDM Sg. Chua Empat.
IMG_3021
10.05 pg – Provokasi melampau di PDM Sg Kantan dengan menayangkan duit RM1 simbolik kepada BR1M yang dikatakan merasuah rakyat.
10.01 pg – Tengku Adnan, Ahmad Maslan dan Khalid Ibrahim ditemui di PDM Taman Kota Cheras. Manakala Shafei Apdal ditemui di PDM Taman Mesra.
IMG_3009
10.00 pg – Pengundi warga emas dibantu oleh petugas BN untuk menunaikan kewajipan membuang undi. Jarak antara sekatan dan pusat pembuangan undi dikatakan terlalu jauh oleh warga emas ini.
9.55 pg - Provokasi melampau di PDM Sg Chua Empat apabila penyokong PKR membawa kangkung itu mengatakan harga kangkungnya mahal kerana harga kangkung Najib murah untuk makan babi.
9.52 pg – Jumlah mengundi terkini adalah 5,273 pengundi dengan peratus keluar mengundi 13.86%.
9.50 pg -  Jumlah keluar mengundi terkini! Taman Kota Cheras – 361/3,147, Sungai Sekamat 520/4,708, Saujana Impian 285/2,014, Taman Mesra 206/1,289, Sungai Kantan 430/2,487, Taman Kajang Baharu 627/3,782, Kajang 280/2,181, Sg Chua Satu 582/4,736, Sg Chua Dua 291/2,600, Sg. Chua Tiga 88/684, Sg Chua Empat 114/805, Sg Chua Lima 235/1,830, Taman Delima 186/1,689, Kantan Permai 470/3,308, Bandar Kajang 225/1,221, Batu 10 Cheras 197/1,574.
9.42 pg – Wan Azizah kelihatan di PDM Bandar Kajang dan disambut dengan laungan reformasi.
IMG_2955
9.37 pg – Penyokong PR di PDM Sungai Chua melakukan provokasi dengan membawa kangkung.
9.36 pg – Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Ho dijumpai melawat PDM Kajang.
9.29 pg – Calon BN Chew Mei Fun kelihatan keluar daripada PDM Sungai Chua 3 dan Sungai Chua 4.
9.27 pg - PDM Taman Kota Cheras jumlah keluar mengundi sebanyak 361 orang dengan peratusan 11.47%.
9.25 pg – Jumlah yang telah keluar terkini adalah 3,794 orang dengan peratusan keluar mengundi 9.97%.
9.05 pg - PDM Sungai Chua 4 Kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pengundi setempat. Calon BN Chew Mei Fun memasuki ke Pusat Mengundi.
8.45 pg - PDM Sungai Chua 4  Terdapat seorang petugas jentera PKR membuat bising di sekitar kawasan pengundian kerana di dakwa penyokong BN duduk di kawasan larangan SPR.
 7.30 pg – PDM Kajang di dalam keadaan baik. Polis sedang melakukan taklimat dan ramai wartawan sudah tiba menunggu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita semua tahu bhw Wan Azizah akan menang.
90% kaum Cina akan mengikut arahan Lim Kit Siang utk mengundi PKR. Kaum Cina sedar hanya ada satu jalan shj utk mereka merebut kuasa politik dan memerintah secara mutlak di Republic of Malaysia - iaitu dgn memperkudakan orang2 Melayu PKR dan PAS. Melayu PKR dan PAS ini adalah bodoh sangat yg akan berpuas hati dgn sedikit pemberian kuasa oleh Cina DAP. Lihat sahajalah kedudukan bilangan PAS dlm Majlis2 Tempatan di Selangor yg dikuasai oleh Cina DAP dan PKR. Itulah sebabnya peniaga2 kecil Melayu dgn mudah boleh dihalau dpd berniaga tetapi peniaga2 Cina tidak terusik langsung.
Wan Azizah yg begitu lembik akan dgn mudah diperkotak-katikkan oleh Cina DAP.
Dgn keadaan Najib yg begitu telah hilang arah spt orang bodoh maka dgn mudah shj Cina DAP akan merampas Putrajaya di PRU14 nanti. Barisan Nasional akan jadi Pembangkang yg akan terkangkang shj. Setelah Pakatan Rakyat berkuasa, maka Cina DAP akan menjemput sekutunya iaitu Cina PAP dari Singapura utk menyertai Malaysia. Dgn Ahli Parliamen Cina yg sudah ada melebihi dari 2/3, mereka dgn mudah akan mengubah Perlembagaan Malaysia dgn menghapuskan Keistimewaan Kaum Bumiputera, menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu dan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah Republik - the Republic of Malaysia.
Orang Melayu akan mengemis di negara sendiri. Menangis air mata darah pun sudah tidak bermakna lagi. Anak cucu-cicit kita akan kencing di atas kubur ibubapa dan nenek moyang mereka yg begitu alpa akan nasib dan masa depan mereka.
Begitulah jadinya dgn kehendak nafsu kita, insyaallah...........
Melayu mudah lupa ..............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog