Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 11 Mac 2014

"Hasut Hina Sultan" Karpal Singh Dihukum Denda Sebanyak RM4000


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh selepas didapati bersalah mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas selesai mendengar rayuan terhadap keputusan yang dikemukakan oleh peguam Sangeet Kaur dan Gobind Singh  dan Timbalan Pendakwa Raya Norin Badarudin.

Karpal, 74, menghadapi tuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, di antara jam 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari, pada 6 Februari 2009.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara 3 tahun, denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia dituduh mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoalkan di mahkamah.

Pada 21 Februari lalu, Mahkamah Tinggi mendapati Karpal bersalah atas pertuduhan selepas mendapati dia gagal menimbulkan sebarang keraguan dalam pembelaannya.

Mahkamah, bagaimanapun menetapkan semalam untuk menjatuhkan hukuman dan mendengar mitigasi selepas membenarkan permohonan peguam bela, Gobind Singh Deo, yang meminta hukuman ditetapkan pada tarikh lain kerana ayahnya tidak sihat.

 Pada 11 Jun 2010, Karpal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa dipanggil membela diri.

 Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012, memerintahkan Pengerusi DAP itu membela diri atas tuduhan berkenaan.

Hadir sama mengikuti prosiding itu beberapa pemimpin PR, Lim Guan Eng; termasuk Nurul Izzah Anwar; Ronnie Liew, Tian Chua, Mat Sabu; Mustafa Ali dan peguam Datuk S Ambiga.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog