Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 22 Julai 2014

Kedah Akan Bantu Keluarga Mangsa Nahas #MH17 Dari Kedah - @MukhrizMahathir #KedahSerataRata


SUNGAI PETANI - Kerajaan Negeri Kedah akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga kru dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang berasal dari negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, bantuan itu sebagai tanda simpati dan rasa sedih kerajaan negeri terhadap insiden terbabit.

Katanya setakat ini pihaknya mendapat maklumat terdapat dua mangsa insiden itu merupakan anak Kedah.



"Kerajaan negeri merakamkan takziah kepada ahli keluarga mangsa terlibat dan semoga mereka tabah menghadapi ujian yang besar ini. Kita akan menghulurkan bantuan sewajarnya termasuk sokongan moral kepada keluarga terlibat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada ibu tunggal dan anak yatim di sini hari ini.

Seorang daripada mangsa adalah pramugari pesawat MH17 Azrina Yaakob, 41, yang berasal dari Kampung Kelompang, Alor Mengkudu dekat Alor Setar.

Seorang lagi mangsa dari Kedah adalah kru teknikal pesawat tersebut Eugene Choo Jin Leong, 45, yang berasal dari Jalan Kolam Air, di sini.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri juga bersetuju mengibarkan bendera negeri dan Persekutuan separuh tiang di semua bangunan kerajaan selama tiga hari bermula hari ini sebagai tanda penghormatan atas tragedi itu.

Beliau turut meminta agar semua rakyat tanpa mengira fahaman agama dan politik bersatu bagi menuntut keadilan terhadap insiden itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam perutusan Khas-Nahas MH17 malam semalam berkata kerajaan memutuskan agar bendera negara dikibar separuh tiang di seluruh negara mulai malam semalam sehingga Isnin depan (21 Julai) berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine Khamis lalu.

Hadir sama pada majlis hari ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain. - Bernama

1 ulasan:

Audio Hypnosis Tarikan Rezeki berkata...

Tahniah kepada Mukhriz.Selangor pulak sibuk dengan isu pertukaran MB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...