Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 7 November 2013

PRK Sg Limau : PAS Patut Muhasabah Diri Sebelum Menyalahkan Pihak Lain


Sudah agak lama Pisau Kedah tak up date blog Pisau Kedah disebabkan sibuk jalankan tugas di PRK Sungai Limau yang berakhir pada 04 November yang lalu.

Tahniah PAS !!!. kerana pada PRK Sungai Limau tempohari, PAS berjaya memenangi undian keseluruhan PRK di kubu kuat sendiri dengan majoriti 1084 undi.

Apa yang Pisau Kedah dapat perkatakan mengenai keputusan PRK Sungai Limau "PAS Hanya Menang Undi Tapi Kalah Moral".

Semua sedia maklum bahawa Sungai Limau merupakan salah satu diantara tiga kubu kuat PAS di Kedah. Dua lagi kubu kuat PAS adalah DUN Tokai dan DUN Bukit Pinang.

Pada PRU13 yang lalu.. Arwah Tan Sri Azizan Razak mampu membawa kemenangan kepada PAS dengan majoriti 2774 walau pun ada pihak dalaman PAS Kedah membuat gerakan mencantas Arwah di DUN Sungai Limau.

Pada PRK Sg Limau yang berakhir 4 November yang lalu... PAS bukan sahaja gagal mempertahkan majoriti yang dimenangi mereka pada PRU13 lalu malahan gagal mempertahankan 13 PDM/UPU yang dimenangi pada PRU13.

PAS Kedah di bawah pengurusan Mahfuz Omar telah hilang lebih kurang 1700 pengundi mereka pada PRU13 yang lalu apabila hanya mampu menang dengan majoriti 1084 sahaja pada PRK Sg Limau.

Dari 19 PDM/UPU yang terdapat di Sg Limau... PAS hanya berjaya menguasai hanya 9 PDM/UPU pada PRK Sg Limau berbanding 13 PDM/UPU yang dimenangi PAS ketika PRU13 yang lalu.

Bukan sahaja PAS gagal mempertahankan 4 PDM/UPU, keseluruhannya PAS juga gagal mempertahankan atau gagal membuat penambahan majoriti undian di PRK Sg Limau. PAS hanya mampu membuat penambahan majoriti undian hanya di satu PDM/UPU sahaja iaitu di Ulu Sedaka.. Itu pun hanya 3 Undi majoriti sahaja (Majoriti Undian PRU13 = 245 Undi Majoriti Undian PRK Sg Limau = 248 Undi )

Boleh dikatakan kesemua (kecuali Ulu Sedaka), BN berjaya mengurangkan majoriti undian PAS dan membuat penambahan majoriti undian BN.

Akibat tidak boleh menerima hakikat PAS kalah dari segi moral, rata-rata penyokong PAS mengatakan kekurangan majoriti yang diperolehi PAS adalah disebabkan tindakkan sabotaj SPR dengan menentukan hari mengundi pada hari berkerja.. Pengundi PAS yang tinggal luar dari Kedah tidak boleh balik mengundi.

Benarkah apa yang berlaku adalah disebabkan sabotaj dari SPR atau pun penolakan penyokong PAS sendiri yang engan balik mengundi ??.

Sebelum PAS menyalahkan SPR, PAS patut cermin dirinya sendiri terlebih dahulu..

Semasa tempoh berkempen, PAS telah membawa calon PAS DUN Sungai Limau, Azam Samad berjumpa dengan pengundi luar PAS Sungai Limau di Taman Melewar. PAS menyasarkan kehadiran lebih kurang 400 orang .. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya apabila yang hadir tidak sampai 200 orang.

Lebih mengejutkan lagi dari maklumat dalaman PAS.. Dari jumlah yang hadir di Taman Melewar ketika program perjumpaan dengan pengundi luar.. Tidak sampai 100 orang yang balik mengundi pada hari mengundi PRK Sungai Limau.

Sekiranya sasaran awal PAS seramai lebih kurang 400 orang balik mengundi sekali pun, ianya tetap menunjukan majoriti undian terhadap PAS tetap kurang dengan begitu ketara berbanding PRU13.

Sepertimana PAS.. BN juga alami permasalahan pengundi luar yang diyakini memberi undi kepada BN tidak balik di hari pengundian.. Namun BN tetap boleh menerima hakikat yang sebenar dan menyedari kelemahan didalam parti sendiri tanpa meletakkan kesalahan 100% kepada pihak luar.








1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benarkah berita ini. bilangan yang mai barong bn lebih tinggi berbanding pas. tapi bila mai undi, bn kalah. maknanya ada orang umno telah pangka pas. mereka main wayang. siapa kepalanya. kj? itu cakap ramai orang. sebab itu, repot awal kata bn menang. aku memang tak percaya kj. sebab dulu dia sabotaj mukhriz kat jerlun. tolong siasat benda ini. umno akan jahanam kalau sikitol ini dibiarkan berterusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog