Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 14 November 2013

Khyril Muhymeen Sudah Membuat Keputusan Sama Ada Mahu Meninggalkan Kedah Atau Sebaliknya #KedahDarulAman


TEKA teki masa depan Khyril Muhymeen Zambri nampaknya terus menambahkan kerisauan penyokong setia Kedah apabila terbaru, Johor Darul Takzim (JDT) dikatakan menawarkan tawaran gaji lumayan  terhadapnya.

JDT dikatakan membuat tiga tawaran mega kepada pemain berusia 25 tahun tersebut dan dimaklumkan Khyril Muhymeen  telah membuat perbincangan yang mendalam  sekali gus dari hati ke hati bersama keluarganya di dalam menentukan hala tujunya pada musim hadapan.

Sumber terdekat menyatakan penyerang berkenaan telah mencapai keputusan yang muktamad  dan  bakal  mendedahkannya di dalam tempoh terdekat ini.

Sebelum ini laporan akbar mendedahkan bahawa Penasihat pasukan Kelantan, Tan Sri Annuar Musa telah mendapat persetujuan dari pada pihak Khyril Muhymeen  untuk menyarung jersi pasukan The Red Warriors musim depan.

Bagaimanapun,  pada waktu yang sama pula, penolong pengurus Kedah, Amirul Nizam Mahdzir mendedahkan bahawa pemain kelahiran Alor Setar tersebut dikatakan akan terus kekal setia bersama pasukan berkenaan.

Bersama Hijau Kuning sejak 2005 lagi, sudah tentu sukar buat Khyril Muhymeen untuk menolak tawaran menarik dari pasukan berpengaruh seperti Kelantan dan JDT yang  terkenal menghimpunkan pemain-pemain terbaik di negara ini.

Menurut sumber tersebut, pemain berkenaan yang kini bersama skuad kebangsaan untuk tugasan Kelayakan Piala Asia 2015 akan mengumumkan sama ada bakal berhijrah atau terus setia bersama Kedah musim depan.

“Khyril Muhymeen sudah membuat keputusannya selepas berbincang secara mendalam bersama keluarganya dan dia akan mengumumkan paling lewat sekitar minggu ini jika tidak ada sebarang perubahan berlaku,” katanya.

Bagi rekod, dia pernah membawa pasukannya menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia untuk dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog