Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 9 November 2013

Sah !!! Seorang Lagi Pemimpin PKR Letak Jawatan Selepas ADUN Kadamaian


KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong, Datuk Jelani Hamdan mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai naib pengerusi PKR Sabah, berkuat kuasa serta merta hari ini.

Jelani berkata beliau secara moral mengambil keputusan itu kerana tidak berpuas hati dengan cara pelantikan barisan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau memberi alasan tidak boleh bekerjasama dengan kepimpinan MPN terutama Lajim dan kegagalan parti itu berhubung hak-hak Sabah dan autonomi seperti dijanjikan sebelum ini.  

Bercakap pada sidang media di sini, beliau mempersoalkan pemilihan Lajim sebagai pengerusi MPN Sabah yang disifatkan tidak dibuat secara konsensus serta kaum Kadazandusun Murut (KDM) dalam PKR negeri tidak diberi kedudukan sewajarnya.

Beliau menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah atas kehendak sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak termasuk Barisan Nasional (BN).

"Saya belum menentukan sama ada akan menyokong kerajaan atau sebaliknya selepas ini," katanya.

Mengenai keahliannya dalam PKR, Jelani berkata, beliau sendiri tidak pasti sama ada beliau ahli parti itu atau sebaliknya kerana sejak mengemukakan permohonan menjadi ahli pada 2010, beliau tidak pernah menerima surat pengesahan bahawa beliau diterima sebagai ahli.

"Sehingga saya jadi calon, malah sehingga ke hari ini saya tidak tahu sama ada saya ahli PKR atau tidak. Saya anggap saya bukan ahli PKR sebab saya tidak pernah menerima surat pengesahan penerimaan dari ibu pejabat PKR," katanya.

Pada PRU13, 5 Mei lepas, Jelani yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Dun Matunggong dengan majoriti 320 undi.

Beliau memperoleh undi sebanyak 6,947 berbanding pencabar  terdekatnya Sarapin Magana daripada BN yang mendapat 6,627.  - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog