Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 13 November 2013

Penulisan @ustazfathulbari Yang Telah Membuat Adun-Adun PAS Kedah Meroyan #KedahAmanMakmut


Apabila YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz
Mahathir beserta dengan ahli-ahli Dewan Undangan
Negeri BN bersepakat untuk mewujudkan enakmen anti-Syiah, Alhamdulillah orang BN setuju belaka. Yang membantah adalah 9 ahli Dewan Undangan Negeri PAS. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Beza Syiah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah bukanlah
perbezaan khilaf isu fiqh sahaja. Bukan isu baca qunut atau tak baca qunut, bukan isu buat tahlil atau tidak, bukan isu talqin atau tidak yang ini semua hanya khilaf di kalangan mazhab ahli sunnah yang tidak menggugurkan akidah pun. Imam Ahmad anak murid Imam Syafi’i, Imam Syafi’i anak murid Imam Malik, mereka semua adalah Imam ahli sunnah yang kita ambil ilmu dan pandangan daripada mereka.

Sebaliknya perbezaan Syiah dengan kita adalah pada
prinsip agama dan pendirian akidah. Perkara yang
memisahkan seseorang itu Islam ataupun bukan Islam, sama sekali tidak boleh kita toleransi prinsip dan pegangan agama mereka.

Syiah mengkafirkan sahabat Nabi. Bukan itu saja,
mereka mengkafirkan sahabat Nabi yang telah
dijanjikan Syurga oleh Nabi sendiri. Jika sekarang kita
tidak tahu siapa di antara kita yang ahli syurga, tetapi
pada zaman Nabi, Baginda sendiri telah tunjukkan siapa di kalangan sahabat Baginda yang dijamin Syurga oleh ALLAH SWT. Nabi sendiri yang sebut melalui lisan Baginda sendiri, Nabi sendiri yang tunjuk mereka.

Datang puak syiah, dengan senang mereka mengatakan Abu Bakar, Omar Al-Khattab, Osman bin Affan, Muawiyah bin Abi Sufyan ahli Neraka, na’uzubillah. Syiah menuduh Abu Bakar merancang membunuh Ali bin Abi Talib, menuduh sahabat Nabi menolak wasiat Nabi supaya melantik Ali radhiyallahu ‘anh sebagai khalifah.Mereka bohong, Nabi tidak mewasiatkan sedemikian.

Semua celaan dan hinaan atas sahabat Nabi ini terdapat dalam penulisan-penulisan puak-puak syiah dan kitab karangan ulama-ulama syiah sendiri. Sedangkan sabda Nabi dalam hadis Irbadh bin Sariyah, “Hendaklah kamu lazimi sunnahku dan sunnah Khulafa Al-Rasyidin yang mereka ini diberi petunjuk.” (Sahih, Abu Daud).

Bahkan ALLAH SWT berfirman tentang sahabat
Nabi, “Orang-orang terdahulu yang pertama-tama
(masuk Islam) di antara Muhajirin dan Ansar dan orang- orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada ALLAH, dan ALLAH menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Al-Taubah: 100).

Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu cela sahabatku.
Walaupun seorang kamu menginfaqkan emas sebesar Uhud pun, tidak akan dapat menandingi sedekah sahabatku sebesar mud dan tidak juga separuhnya.” (Bukhari & Muslim).

Sebab itu Imam Al-Syafi’i berkata, “Aku tidak pernah
melihat orang yang lebih kuat bohong daripada (Syiah) Rafidhah.” Imam Syafi’i, Imam Al-Bukhari memfatwakan haram makan sembelihan Syiah, haram beri salam kepada Syiah, haram menikahi mereka. Mereka lebih dahsyat daripada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani).

Maknanya ini bukan benda kecil. Ini perkara yang cukup besar. Semua mazhab dalam Islam sepakat menolak Syiah. Mana mungkin kita berlepas diri dan tidak mahu tolak Syiah? Bagaimana mungkin kita membiarkan sahaja mereka?

Jika kita marah dikatakan membela syiah, jadi buktikanlah pendirian kita terhadap Syiah dengan tegas. Tunjukkan bahawa kita tidak membela Syiah, tunjukkan bahawa kita menolak syiah.

Mungkin ada pihak mengatakan, “syiah nak sokong kami, takkan kami nak halang”. Kita katakan, sokongan yang disusuli dengan penyebaran akidah dan pemikiran, ditulis di banner-banner ‘Ya Zahraa’ (menyeru Fatimah), Ya Ali (menyeru Ali), sedangkan seruan-seruan ini boleh membawa kepada kesyirikan. Kita hanya menyeru dan berdoa kepada Allah semata-mata, bahkan kita tidak berdoa dan menyeru ‘Ya Muhammad’ sekali pun.

Kita minta semua pihak sama ada di pihak kerajaan
mahupun pembangkang memberi pendirian tegas dalambmenyekat usaha penyebaran fahaman Syiah baik melalui poster, iklan-iklan, kempen politik dan sebagainya.

Walaupun kita kata kita tidak boleh halang syiah sokong parti kita, tapi jangan sama sekali kita benarkan ajaran dan fahaman Syiah yang membawa kepada kesyirikan itu disebarkan.

Saya dan sahabat-sahabat telah berkempen anti-Syiah
sejak 2007 sejak mula-mula balik Malaysia setelah
tamat pengajian. Syiah yang mula-mula kita tentang,
kerana kita tahu bahawa Syiah akan membawa
perpecahan, pergaduhan, dan ajaran-ajaran yang
menyelisihi prinsip akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Jadi saya teruja apabila YAB Menteri Besar Kedah
memaklumkan bahawasanya dia akan menghentam dan melawan Syiah habis-habisan dan mengharapkan
sokongan daripada semua dalam Dewan Undangan
Negeri. Usaha mewujudkan enakmen anti-Syiah
sepatutnya disokong penuh oleh orang Islam seluruhnya tanpa mengira parti politik.

Artikel ini disiarkan di akhbar pada Ahad, 10 November 2013


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maka akan dihisab dihadapan Allah barang siapa yg merelakan
beribu-ribu saudara seislam nya disesatkan akidahnya sedangkan ia mempunyai kuasa utk mencegahnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog