Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 16 Jun 2013

Gambar Menggoda Muslimah PAS Yang Mampu Menaikkan Nafsu Sahwat Ustaz PAS


Tak sangka juga sekarang ni Muslimah PAS pun dah ikut peredaran semasa fesyen alaf baru.. Kalau dulu bila di sebut mulimah PAS pasti kita akan terbayang seorang wanita yang bertudung labuh dan berbaju besar .

Apa pun ianya itu penampilan muslimah PAS dulu di zaman muslimah PAS berfikiran kolot.. Sekarang ni semenjak PAS menjadi rakan sebantal dengan PKR dan DAP... Cara keislaman PAS pun turut berubah. PAS sudah tidak kisah muslimahnya berpakaian yang mampu menaikkan nafsu syahwat lelaki.

Lagi pun kalau muslimah PAS berpakaian macam mana pun tak apa, tak di kira bersalah sebab menjadi penyokong PAS. Tapi kalau wanita Muslim yang menyokong UMNO atau wanita Muslim yang berada atas pagar berpakaian sendat atau menggoda akan di kira bersalah dan berdosa.. Al-Maklum la tiket ke syurga di pegang PAS. PAS boleh memberi tiket ke syurga kepada siapa-siapa yang mereka suka asalkan seseorang itu mengundi PAS.

Lepas ni jangan terkejut pulak kalau Ostazah Mee Segera A.K.A Abby Abadi akan di angkat menjadi ketua muslimah PAS dengan hanya berkelebihan penampilan yang mampu menggoda ustaz-ustaz PAS..





Panas !!! #BlackOut505 Hanya Sia-Sia Setelah Azmin Ali Iktiraf Keputusan PRU13


Ehh.. biaq betul !!! ... PKR tidak berhasrat memboikot majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat ??.. Ini bermakna PKR telah mengiktiraf keputusan PRU13 yang di umumkan oleh SPR la ??

Kalau macam tu sia-sia la penyokong Pakatan Haram dok pulun turun ke Himpunan Black Out 505 yang di lakukan untuk memprotes keputusan PRU13 yang kononnya telah berlakunya penipuan dalam PRU13 yang telah di lakukan BN dan telah mendapat kerjasama dari SPR.

Ha..ha..ha.. Dah sah penyokong Pakatan Haram dah kena perbodoh dengan pemimpin-pemimpin mereka yang kononnya SPR telah berkomplot membantu kemenangan BN dan mereka tidak akan mengiktiraf keputusan PRU13.

Sebelum ini Pakatan Haram telah mendakwa kononnya kemenangan BN telah di bantu oleh 40,000 pengundi mat-mat Bangla yang telah di import.. Namun tidak ada pulak petisyen yang di failkan dalam Mahkamah oleh Pakatan Haram tentang undi 40,000 dari mat-mat Bangla..

Selain itu sebelum ini Pakatan Haram telah mendakwa telah berlaku Black Out yang sengaja di lakukan di tempat pengiraan undi .. Namun tak ada juga petisyen yang di failkan Pakatan Haram di mahkamah bagi membantah keputusan pengiraan undi di sebabkan berlakunya Black Out.

Dalam 39 petisyen yang di failkan Pakatan Haram membabitkan keputusan di 25 kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN.. Tak ada satu pun petisyen yang di failkan di mahkmah tentang pengundi Bangla dan kejadian Black Out.

Nampak sangat dakwaan 40,000 pengundi Bangla dan Black Out hanya saja-saja di adakan Pakatan Haram bagi meracuni pemikiran penyokong Pakatan Haram supaya lebih agresif menentang keputusan PRU13.


#Pisau Kedah :- 
Agak-agaknya majoriti orang cina tidak undi BN pada PRU13 yang lalu pun merupakan penipuan Pilihanraya yang di lakukan BN kot ??

Sabtu, 15 Jun 2013

Hot !!! Kedah Patut Bertegas Di Dalam Isu Air Dengan Pulau Pinang !!! #HanyaDiKedah


Selama berpuluh-puluh tahun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengemis belas daripada Kerajaan Negeri Kedah agar menyalurkan air mentah kepada negeri berkenaan. Ketika Pulau Pinang berada di bawah Barisan Nasional, masalah tidak banyak timbul ekoran negeri Kedah juga ditadbir oleh Barisan Nasional dan persefahaman mudah dicapai. 

Namun apabila Pulau Pinang berada di bawah Lim Guan Eng dan DAP, lain pula ceritanya. Lim Guan Eng yang diketahui sangat gemar bercakap besar dan berlagak seolah-olah dia seorang Ketua Menteri yang sangat hebat, pernah berkonfrontasi dengan bekas Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berhubung isu air mentah. 

Lim Guan Eng berkeras enggan membayar walau satu sen pun kepada Kerajaan Negeri Kedah walaupun pada masa yang sama, amat berharap Kedah tidak menyekat bekalan air mentah kepada Pulau Pinang. Apabila Azizan berkeras dan mengancam untuk memanjangkan kes berkenaan ke mahkamah menerusi proses undang-undang, Lim Guan Eng dengan segera mendapatkan Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim agar mereka bertiga berunding bagi pihaknya dan bagi membolehkan Pulau Pinang terus menikmati air percuma dari Kedah tetapi mengenakan bayaran yang tinggi kepada penduduk Pulau Pinang. 

Memandangkan pentadbiran negeri Kedah sudah berubah, manakala Lim Guan Eng pula masih kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, maka sudah sewajarnya Kerajaan Negeri Kedah memperbetulkan semula segala kesilapan sebelum ini. Tiada yang percuma perlu diberikan kepada sebuah negeri di mana Ketua Menterinya cukup sombong dan angkuh. 

Pemberian secara percuma tidak pernah dihargai oleh Lim Guan Eng mahupun DAP. Bahkan mereka beranggapan ia adalah kewajipan Kedah untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. 

Kedah sudah kalah kepada Pulau Pinang dalam beberapa hal dan kes. Tuntutan Kedah untuk mengembalikan semula Pulau Pinang sebagai salah sebuah daerahnya, nampaknya semakin kelam dan tidak berpenghujung. Sudah tidak kedengaran lagi suara-suara yang mahu menuntut Pulau Pinang agar dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Kedah. Sebaliknya, Pulau Pinang dibiarkan terus menjadi sebuah negeri sekalipun sebenarnya Kerajaan Persekutuan sendiri terikat dengan perjanjian menerusi Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. 

Sudahlah kehilangan dua buah daerah, nampaknya Kedah juga bakal kehilangan air mentah tanpa mendapat sebarang pampasan daripada Pulau Pinang. Lim Guan Eng mungkin berasakan dia seorang Ketua Menteri yang bijak kerana berjaya menakut-nakutkan Kedah dan pentadbiran negeri. Kali pertama dia berjaya menggertak dan memperdayakan pentadbiran Kedah yang diterajui Azizan Abdul Razak. 

Adakah kali ini, ketika Kedah di bawah pentadbiran Mukhriz Mahathir, dia juga akan berjaya melakukannya?

Adakah Kedah akan terus memberikan khidmat percuma kepada Pulau Pinang, atau barangkali Kedah sudah mula memikirkan kaedah untuk mendapatkan pampasan atau bayaran daripada Pulau Pinang setelah sekian lama Kedah bertindak sebagai badan kebajikan untuk Pulau Pinang?

Kedahan69

Hot !!! Pembongkaran Teknik Propaganda Red Bean Army Yang Mampu Memperbodohkan Orang Bodoh #TolakPR




Pisau Kedah tertarik dengan satu posting dalam blog Tun Faisal berkenaan pembongkaran teknik-teknik propaganda Red Beab Army yang hanya mampu memperbodohkan orang yang bodoh sahaja..




Salah satu kaedah penipuan Red Bean Army

Taktik mudah

1) Buat fake account

2) Update info jadi Puteri UMNO atau apa-apa yang melibatkan UMNO

3) Update status mengarut yang menghina agama seperti gambar diatas

4) Cybertroop PR print screen

5) Post dalam group-group Pro PR

6) Orang bodoh tak tau apa akan komen tanpa menilai

Ingat,dalam propaganda penipuan yang diulang-ulang akan menyebabkan orang percaya.Ini salah satu modus operandinya.Selamat memfitnah!

P/S : Hye Red Bean Army!

Jom tengok lagi penipuan Red Bean Army dan yang setaraf dengannya di bawah. Kabarnya ada kajian yang menunjukkan bahawa bahan-bahan ini memang direka khas untuk kerangka akal orang yang tolol. 

Tidak semestinya kalau anda berijazah atau seorang profesional, anda tidak tolol. Walaupun anda berijazah dan dari golongan profesional, asalkan anda tolol, bahan-bahan yang direka khas ini pasti membuatkan anda percaya. 

Kalau anda bijak sedikit saja, bahan ini tidak mungkin dapat menipu anda dan anda akan terselamat dari penipuan PR. 



Contoh 1 - bahan yang sangat bodoh, tak ada nilai estetik, tapi macam saya cakap ia berkesan untuk kerangka akal orang yang tolol.



Contoh 2 - ish3 kalau anda percaya ia daripada BN, anda memang tolol




Contoh 3 - errk? tampal cerita lain, sebelah gambar bangla yang masuk untuk bekerja dah menjadikan cerita ni benar? Betul tak ia untuk mereka yang tolol?



Contoh 4 - yang ni kalau percaya memang confirm IQ rendah


Jika kita lihat bahan-bahan yang dihasilkan oleh cybertrooper BN pula. Hmm.. sekali pandang pun tahu bahan-bahan ini hanya untuk mereka yang bijak je. Kena berfikir. Kalau tak fikir, confirm tak percaya. Bahan ini terlalu susah untuk difahami oleh manusia-manusia yang tolol,



Contoh 1 - ramai penyokong PR tak faham gambar di atas. Selepas diketuk kepala 11 kali baru mereka nampak apa yang hendak diceritakan



Contoh 2 - Fuhhh, ini lagi susah. Nak kena baca-baca la pulak.... malas arr, pun nak kena bijak juga kalau nak faham..



Contoh 3 - confirm yang tak bijak, tak faham sebutir habuk pasal poster ni. Apa yang nak disampaikan, apa motif dan jalan ceritanya.

Yang herannya, banyak pula stok budak-budak pembangkang yang senang ditipu ni. Mana diaorang jumpa stok budak-budak macam ni tak tahulah.

1998 dulu, ada stok budak-budak pembangkang yang kena tipu pasal Anwar kena racun arsenik dan suntikan HIV.

2004, ada stok budak-budak PR yang kena tipu pasal kononnya  Anwar sakit tengkuk dan belakang macam dah nazak sangat dah, tak boleh operate dengan pakar-pakar di Malaysia di hospital yang serba serbi lengkap; tapi hanya boleh diubati oleh Tabib Ajaib di Jerman yang hanya ada klinik kecil.

2008, ada juga stok budak-budak PR yang kena tipu pasal 16 September, beriya-iya buat banner, turun himpunan sana sini dengan 4-5 kali, ada pemimpin PR sampai pergi ke Taiwan kejar Ahli Parlimen BN ... last-last penipuan rupanya

2013, macam tak percaya, ada stok budak PR yang percaya dongeng 40,000 rakyat Bangladesh akan di bawa untuk undi BN. Fuh, kena guna 100 buah Jumbo Jet, kena buat 40,000 pasport, kena buat 40,000 IC alamat lain-lain di seluruh negara, kena landing time wartawan dan cybertroopers PR tak ada, kena ambik 10,000 bas untuk bawa mereka mengundi, kena cari bilik hotel untuk mereka menginap dan mandi-mandi, kena ajar 40,000 orang ni cara-cara mengundi, nak kena pakat dengan pegawai SPR nak bagi lepas 40,000 orang ni mengundi, nak kena pakat dengan polling agen dari kedua-dua parti pula... wah bodohnya sapa percaya


But it works - ONLY for the gullibles...


Ada je stok yang senang kena tipu di kalangan budak PR ni. sampai menyebabkan saya tertanya-tanya, yang mereka senang sangat kena tipu ni memang semula jadi ke, genetik ke, apa ke?  Bila ada lawyer, doktor, akauntan, lecturer yang boleh secara tololnya mempercayai penipuan PR dan Anwar ni, rasa macam Malaysia ni dah tak de harapan lagi je dah...

Hot !!! Puak Perut Hijau PAS Yang Patut @MukhrizMahathir Tendang Keluar Dari Kulim Hi-Tech #HanyaDiKedah




Lagi cerita menarik dari geng Kedah Times, cerita virus besar dalam Kulim Hi-Tech yang perlu MB Kedah singkirkan. Bahaya untuk masa depan KHTP untuk jika dibiarkan lama-lama.

Lima tahun lamanya Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Sungai Petani diletakkan sebagai "profesional" bagi menerajui KHTP, dengan slogan kerja itu ibadah dan semua orang perlu terima perubahan.
Hj Sobri, Presiden KHTP

Itulah falsafah perubahan yang dibawa apabila mentadbir KHTP, dimana kakitangan Melayu dipecat sesuka hati, malah di bulan Ramadhan pun mereka dipecat tanpa mempedulikan apakah yang akan dimakan dibulan Ramadhan dan apakah persediaan hari raya aidilfitri anak-anak mereka yang dipecat serta merta tersebut. 

Tidak mahu menerima perubahan dijadikan alasan untuk setiap langkah menindas mengikut kemahuan politik kepartian yang sempit pentadbiran PAS di KHTP. 

Malah, lantikan politik dibuat secara berterusan, dimana CEO-CEO dan pengurus-pengurus anak-anak syarikat dilantik dari kalangan PAS yang berjiran dengan YDP PAS Sungai Petani. Asalkan kroni mereka, bekas penjaga cafe siber pun dilantik sebagai pengurus dan berpeluang lawatan percuma ke Amerika Syarikat. 

Malah ada yang dilantik sebagai naib presiden kewangan dengan hanya berbekalkan pengalaman sebagai juruwang kaunter bank dan tiada kelulusan langsung. 

Kroni yang dilantik inilah yang menjalankan aktiviti memecat, memindah dan membekukan kakitangan KHTP sesuka hati. Di depan rakyat, mereka berbicara tentang Islam dan amanah kepada rakyat, di dalam organisasi pula mereka memenuhkan poket sendiri dan menganiaya kakitangan. 

Perjalanan ke luar negara dibuat pada kadar hampir setiap bulan dan kroni mereka sahajalah yang ke sana sini dibiayai dengan wang rakyat dengan elaun yang lumayan, malah Naib Presiden Kewangan, Awang Hashim membeli barangan peribadi seperti IPad dan membayar cukai barang peribadi menggunakan kad kredit syarikat yang sentiasa dipoket beliau. Malah, kroni yang tidak layak pun menggunakan kereta syarikat seolah-olah milik peribadi. 

Di pejabat, mereka menggambarkan diri mereka sebagai penjuang Islam, malah gambar-gambar mereka dan pembodek mereka sentiasa berjubah malah ada yang bergambar dengan pakaian ihram dalam profil Facebook mereka. Namun, apabila keluar negara, imej mereka berubah sama sekali. 

Hj. Sobri, Tak Mengaku Ahli Politik

Tetapi, kini setelah rakyat Kedah mahu mereka diubah, mereka tiba-tiba bertukar watak, sudah memakai tali leher dan pakaian ala koporat. Rupanya, mereka tidak mahu diubah, malah tidak mengaku bahawa kemasukan mereka adalah diatas tiket politik, sebaliknya mengaku bahawa mereka adalah lantikan profesional. Mereka bukan ahli politik. 


Profesional yang tiada ijazah memegang jawatan Naib Presiden? Profesional yang tidak boleh berbahasa Inggeris untuk menarik pelabur di Eropah dan Amerika? 

Profesional apa, jika berkerja hanya sehari dalam seminggu, sementara empat hari lagi tidak datang bekerja, malah dibohongnya kononnya mesyuarat di Kementerian seolah-olah mereka boleh memperbodohkan semua orang. 

Hari ini, selepas 5 Mei 2013, mereka baru mula bekerja ikut hari bekerja syarikat. 

Hari ini, mereka tidak lagi berani bercakap tentang perubahan. Hari ini mereka juga tidak berani bercakap tentang anti bermewah lagi. Kerana apa? Kerana jika perubahan yang dilaungkan, merekalah yang patut diubah. Jika kemewahan yang dicakapkan, merekalah yang menggunakan segala peluang untuk membeli kereta mewah dan membahagi-bahagikan harta rakyat kepada kroni-kroni mereka. Dalam masa 5 tahun sahaja, rumah mereka semakin besar dan bertambah bilangannya. 


Hari ini mereka mahu mereka dianggap sebagai sebahagian daripada kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, walaupun sewaktu mereka memecat kakitangan KHTP dulu, itu tidak mereka pertimbangkan. Walaupun penyelewengan mereka sangat besar (baca disini), mereka masih berlagak profesional. Mereka bukan ahli politik. 

Inilah hipokrasi tahap tertinggi pemimpin PAS di KHTP, dan pendedahan ini hanyalah sebuah permulaan kepada siri pendedahan hipokrasi hijau PAS semasa menjadi kerajaan. Tidak seperti blogger PAS yang meraba-raba dalam kegelapan apabila membuat fitnah terhadap YAB Menteri Besar, kami akan bentangkan lengkap dengan perincian dakwaan kami ini, ianya hanya berlandaskan fakta.. 

Hari ini, jika berdepan pemimpin Umno, merekalah yang lebih Umno dari orang Umno itu sendiri. Itulah mereka..... 

Tu Dia !!! Tak Puas Dengan Memfitnah, La Ni Blogger PAS Kedah Dah Mula Mencarut Pulak Dah...





Sebelum PRU13 yang lalu semasa PAS menjadi pentadbir kerajaan negeri Kedah selama sepenggal, tidak pulak pernah puak-puak PAS Kedah ni dok menyungut pasal jalan berlubang walaupun hakikatnya jalan-jalan di sekitar lebih teruk daripada sekarang ni.

Dapat duit peruntukan penyelenggaraan jalan RM150 juta dari kerajaan pusat pun.. Kerajaan negeri pentadbiran PAS sebelum ni pun cuma guna RM 60 Juta untuk selenggara jalan dan selebihnya di katakan telah di masukkan dalam tabung amanah MB kononnya.

Apabila terus di desak adakah benar duit lebihan penyelenggaraan jalan itu berada dalam tabung amanah MB.. Baru la Puak PAS yang mentadbir kerajaan negeri Kedah mengaku telah menggunakan duit tersebut untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri..

Dah la penipu... lepas tu tidak amanah pulak tu... Kerajaan Pusat bagi duit suruh selenggara jalan di negeri untuk keselesaan rakyat kedah tapi di gunakan kot lain pulak. Sekarang ni bila dah jadi pembangkang tau pulak dok menyungut jalan teruk.

Tapi apa-apa pun Pisau Kedah bersyukur sebab Allah S.W.T telah membuka pancaindera puak-puak PAS ni yang sebelum ini tidak dapat melihat dengan jelas jalan-jalan yang rosak teruk akibat duit yang di amanahkan untuk selenggara jalan telah di gunakan kot lain.

Pisau Kedah berharap selepas ini Allah S.W.T membuka hati puak-puak PAS Kedah ni supaya sedar akan dosa fitnah yang mereka terpaksa tanggung selama ini.

Bab jalan yang teruk dari peninggalan PAS.. Insy'Allah Pisau Kedah yakin Kerajaan Negeri Kedah sekarang ini di bawah pentadbiran BN mampu menyelesaikan.. Harap makluma la.. Bukan senang nak cuci najis-najis yang pemimpin PAS dok berak merata-rata sebelum ini.

Gambar Di Sekitar Program Kuliah Agama Mingguan Di Kediaman Rasmi MB Kedah #HanyaDiKedah


Alhamdulillah.. Lebih kurang 500 muslimin dan muslimat yang hadir mendengar Kuliah Agama yang di sampaikan Prof Madya DR Abd Aziz, Dekan Fakulti Syariah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon.

Bagi yang tidak dapat menghadirkan diri ke Sri Mentaloon untuk mengikuti Kuliah Agama, anda boleh menyaksikan secara siaran langsung dalam video di atas dengan hanya klik to play.

Insyallah.. Kuliah Agama Mingguan di Sri Mentaloon akan di siarkan secara siaran langsung tiap-tiap minggu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...