Lagi cerita menarik dari geng Kedah Times, cerita virus besar dalam Kulim Hi-Tech yang perlu MB Kedah singkirkan. Bahaya untuk masa depan KHTP untuk jika dibiarkan lama-lama.
Lima tahun lamanya Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Sungai Petani diletakkan sebagai "profesional" bagi menerajui KHTP, dengan slogan kerja itu ibadah dan semua orang perlu terima perubahan.
Lima tahun lamanya Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Sungai Petani diletakkan sebagai "profesional" bagi menerajui KHTP, dengan slogan kerja itu ibadah dan semua orang perlu terima perubahan.
Hj Sobri, Presiden KHTP
Itulah falsafah perubahan yang dibawa apabila mentadbir KHTP, dimana kakitangan Melayu dipecat sesuka hati, malah di bulan Ramadhan pun mereka dipecat tanpa mempedulikan apakah yang akan dimakan dibulan Ramadhan dan apakah persediaan hari raya aidilfitri anak-anak mereka yang dipecat serta merta tersebut.
Tidak mahu menerima perubahan dijadikan alasan untuk setiap langkah menindas mengikut kemahuan politik kepartian yang sempit pentadbiran PAS di KHTP.
Malah, lantikan politik dibuat secara berterusan, dimana CEO-CEO dan pengurus-pengurus anak-anak syarikat dilantik dari kalangan PAS yang berjiran dengan YDP PAS Sungai Petani. Asalkan kroni mereka, bekas penjaga cafe siber pun dilantik sebagai pengurus dan berpeluang lawatan percuma ke Amerika Syarikat.
Malah ada yang dilantik sebagai naib presiden kewangan dengan hanya berbekalkan pengalaman sebagai juruwang kaunter bank dan tiada kelulusan langsung.
Kroni yang dilantik inilah yang menjalankan aktiviti memecat, memindah dan membekukan kakitangan KHTP sesuka hati. Di depan rakyat, mereka berbicara tentang Islam dan amanah kepada rakyat, di dalam organisasi pula mereka memenuhkan poket sendiri dan menganiaya kakitangan.
Perjalanan ke luar negara dibuat pada kadar hampir setiap bulan dan kroni mereka sahajalah yang ke sana sini dibiayai dengan wang rakyat dengan elaun yang lumayan, malah Naib Presiden Kewangan, Awang Hashim membeli barangan peribadi seperti IPad dan membayar cukai barang peribadi menggunakan kad kredit syarikat yang sentiasa dipoket beliau. Malah, kroni yang tidak layak pun menggunakan kereta syarikat seolah-olah milik peribadi.
Di pejabat, mereka menggambarkan diri mereka sebagai penjuang Islam, malah gambar-gambar mereka dan pembodek mereka sentiasa berjubah malah ada yang bergambar dengan pakaian ihram dalam profil Facebook mereka. Namun, apabila keluar negara, imej mereka berubah sama sekali.
Hj. Sobri, Tak Mengaku Ahli Politik
Tetapi, kini setelah rakyat Kedah mahu mereka diubah, mereka tiba-tiba bertukar watak, sudah memakai tali leher dan pakaian ala koporat. Rupanya, mereka tidak mahu diubah, malah tidak mengaku bahawa kemasukan mereka adalah diatas tiket politik, sebaliknya mengaku bahawa mereka adalah lantikan profesional. Mereka bukan ahli politik.
Profesional yang tiada ijazah memegang jawatan Naib Presiden? Profesional yang tidak boleh berbahasa Inggeris untuk menarik pelabur di Eropah dan Amerika?
Profesional apa, jika berkerja hanya sehari dalam seminggu, sementara empat hari lagi tidak datang bekerja, malah dibohongnya kononnya mesyuarat di Kementerian seolah-olah mereka boleh memperbodohkan semua orang.
Hari ini, selepas 5 Mei 2013, mereka baru mula bekerja ikut hari bekerja syarikat.
Hari ini, mereka tidak lagi berani bercakap tentang perubahan. Hari ini mereka juga tidak berani bercakap tentang anti bermewah lagi. Kerana apa? Kerana jika perubahan yang dilaungkan, merekalah yang patut diubah. Jika kemewahan yang dicakapkan, merekalah yang menggunakan segala peluang untuk membeli kereta mewah dan membahagi-bahagikan harta rakyat kepada kroni-kroni mereka. Dalam masa 5 tahun sahaja, rumah mereka semakin besar dan bertambah bilangannya.
Hari ini mereka mahu mereka dianggap sebagai sebahagian daripada kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, walaupun sewaktu mereka memecat kakitangan KHTP dulu, itu tidak mereka pertimbangkan. Walaupun penyelewengan mereka sangat besar (baca disini), mereka masih berlagak profesional. Mereka bukan ahli politik.
Inilah hipokrasi tahap tertinggi pemimpin PAS di KHTP, dan pendedahan ini hanyalah sebuah permulaan kepada siri pendedahan hipokrasi hijau PAS semasa menjadi kerajaan. Tidak seperti blogger PAS yang meraba-raba dalam kegelapan apabila membuat fitnah terhadap YAB Menteri Besar, kami akan bentangkan lengkap dengan perincian dakwaan kami ini, ianya hanya berlandaskan fakta..
Hari ini, jika berdepan pemimpin Umno, merekalah yang lebih Umno dari orang Umno itu sendiri. Itulah mereka.....
1 ulasan:
golden goose outlet
jordan retro
cheap jordans
yeezy boost 350 v2
nike sneakers for women
chrome hearts outlet
christian louboutin outlet
hermes birkin
ultra boost
kyrie 5 spongebob
Catat Ulasan