Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 4 Jun 2013

Ustaz Azizan Di Hargai DYMM Yang Di-Pertuan Agong Di Sambutan Jubli Emas 50 Tahun #HanyaDiKedah


Tahniah Pisau Kedah ucapkan kepada Ustaz Azizan kerana di anugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Semoga Allah S.W.T memberi rahmat kepada Ustaz Azizan dan memberi kesihatan yang baik setelah di uji dengan penyakit Kencing Manis yang kritikal..

Akibat penyakit Kencing Manis yang agak kritikal.. Doktor terpaksa memotong kedua-dua belah kaki Ustaz Azizan.

Dikhabarkan kesihatan Ustaz Azizan semakin beransur pulih setelah Doktor membuang kedua-dua belah kaki Ustaz Azizan yang di jangkiti kuman akibat penyakit yang di hidapi Ustaz Azizan.. Kini Ustaz Azizan sudah bernafas tanpa menggunakan alat bantuan penafasan.

Ustaz Azizan buat ketika ini masih lagi tidak boleh makan dengan sendiri dan memerlukan bantuan tiub untuk menyalurkan makanan.

Pisau Kedah juga berbangga dengan kesetian yang di tunjukan isteri-isteri serta anak-anak Ustaz Azizan yang menjaga Ustaz Azizan siang dan malam secara bergilir-gilir walaupun di khabarkan semakin ramai penyokong PAS yang sudah tidak pedulikan Ustaz Azizan..

Di harapkan Ustaz Azizan dan keluarga tabah di dalam menghadapi dugaan dari Allah S.W.T


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog