Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 5 Jun 2013

Hot Dari Kedah !!! Rupanya PAS Kedah Mewariskan Hutang RM3 Bilion Kepada @MukhrizMahathir #5Tahun3Bilion


Serius Team Media Kedah (TMK) terkejut dengan maklumat yang TMK dapat dimana hutang tinggalan kerajaan Pas Kedah yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan BN dan rakyat berjumlah 3 bilion..

Memang dasyat kan ?? 5 tahun perintah hutang cecah 3 bilion..Ketika Pas mentadbir Kedah saban hari pemimpin Pas mendabik dada kononnya Pas berjaya membawa untung melimpah ruah di Kedah..Mereka membezakan pendapatan perolehan hasil hutan(balak) di zaman BN dan Zaman Pas..

Tapi anda perlu ingat ketika BN memerintah dulu, hutan hutan tidak digondolkan seperti apa yang Pas lakukan.. Kerajaan BN dulu hanya membenarkan pokok yang terpilih saja untuk di potong.. Di zaman Pas pula mereka mengunakan teknik cuci mangkuk..habis licin dibuatnya..

Berbalik kepada hutang tinggalan kerajaan Pas berjumlah 3 bilion itu, BN terpaksa mencari sumber sumber luar seperti pelaburan dalam bidang perlancongan seperti apa yang diumumkan oleh YAB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dua hari lepas iaitu pembinaan hotel bertaraf 6 bintang dan taman tema di Langkawi bernilai 1.2 bilion.. Selain itu mencari pelabur pelabur baru masuk untuk memajukan kawasan Kulim Hi Tech Park dan meneruskan projek Zippy atau Sulihh yang terbengkalai di zaman kerajaan Pas..Semua itu antara aku janji BN untuk rakyat Kedah.. Untuk keselesaan rakyat, YAB Menteri Besar juga mengarahkan segala jenis projek pembalakkan di Gunung Inas dan Sekitar Tasik Pedu diberhentikan serta merta..

Seperti yang semua sedia maklum, Kerajaan Pas membuat pinjaman bank berjumlah RM 330 juta untuk membina kompleks KUIN dimana tidak mempunyai fasiliti lengkap seperti hostel, masjid, kediaman kakitangan serta beberapa lagi keperluan untuk pelajar dan kakitangan, walhal jumlah kontrak bernilai RM 330juta itu meliputi semuanya..

Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun kepada bank berjumlah RM 42.6 juta bermula dari tahun 2013 hingga 15 tahun seterusnya. Jumlah itu belum termasuk kos pengurusan dianggarkan sebanyak 20juta..

Selepas Pas mentadbir Kedah jumlah pinjaman jangka panjang anak syarikat kerajaan negeri Bina Darul Aman (BDB) sehingga 31 September 2012 mencecah RM 255 juta dengan liabiti RM434 juta.. Sedangkan di zaman kerajaan BN dahulu pinjaman itu hanya sekitar RM 40 juta dengan liabiti RM 185 juta..

Menurut laporan Audit Negara 2011 baki tunai kerajaan negeri hanya tinggal RM 193.22 juta.. Manakala baki hutang awammencecah RM 2.6 bilion.. Selama Pas mentadbir 5 tahun di Kedah, hasil balak merupakan hasil utama kerajaan negeri dan kononnya dengan hasil itu Pas mampu mentadbir dan menjana ekonomi dengan baik.. Walhal projek projek pembalakkan sebenarnya untuk kayakan kroni kroni Pas.. Benarkah Pas mentadbir negeri dengan baik selama sepenggal ?? Jika wang hasil balak diwar-warkan banyak, kenapa Kerajaan Pas Kedah waktu itu terpaksa berhutang untuk membina kampus KUIN ?? Itu persoalannya..

Sekarang ini kerajaan BN terpaksa mencari jalan untuk melunaskan segala hutang hutang tinggalan kerajaan Pas Kedah.. Pertama kali dalam sejarah dimana dalam masa sepenggal hutang kerajaan sebanyak RM 3 bilion.. Tahniah kepada Pas kerana merosakkan ekonomi negeri Kedah dengan beban hutang yang begitu besar..

Bayangkan jumlah RM 3 bilion dimanfaatkan untuk rakyat Kedah seramai 1,910,174 orang (statistik), setiap seorang bakal memperolehi RM 1361 mengikut kiraan tunai .. Tetapi sekarang ini setiap seorang rakyat di Kedah perlu menanggung hutang sebanyak RM 1361, jumlah yang sama untuk lunaskan hutang tinggalan kerajaan Pas.. Adakah ini satu keadilan bagi rakyat Kedah??

Di Kedah, banyak lagi projek projek terbengkalai dibawah kerajaan Pas seperti projek Kedah Agro Hub (pengkalan hasil pertanian) negeri Kedah yang bertempat di Sungai Petani, Projek Keli-K, Sulihh, projek perumahan, projek pembalakkan di PAPUA NEW GUINEA dan pelbagai lagi projek projek tidak dilaksanakan..


Projek Kedah Agro

Projek Keli K

Sebagai contoh Sulihh, Projek yang dianggar melibatkan pelaburan RM35 bilion itu dijangka siap pada 2013 dan apabila beroperasi nanti sepatutnya dapat menjana pendapatan RM400 juta setahun kepada kerajaan dan menjana peluang pekerjaan kepada penduduk. Projek sehingga kini masih belum dapat dilaksanakan walaupun sudah sepenggal Pas memerintah dan
program pecah tanah yang dirancang berapa kali dibatalkan.


Dahulunya Pas ingin menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.. Kerajaan Pas Kedah dulu menghabiskan jutaan ringgit untuk membawa deligasi( Exco, Adun Pas, dan pemimpin pemimpin Pas kawasan) ke luar negara seperti eropah, timur tengah, Australia, China dan negara Asean kononnya atas nama lawatan sambil belajar mencari idea untuk membangunkan Kedah, REALITInya tiada apa teknologi baru yang dibawa, yang ada hanyalah kepuasan senyuman dari pemimpin Pas dapat melancong percuma.. (Bukti gambar ada dalam simpanan TMK).

Untuk pengetahuan semua, apa yang TMK tulis diatas ini
dari kaji selidik yang aku jalankan sendiri mengikut isu-isu yang pernah kami ( bloggers Kedah) bangkitkan sebelum ini.. Masih banyak lagi isu isu agak sulit yang belum dikeluarkan kerana ada beberapa pekara masih dalam siasatan..

Itulah sebanyak banyaknya bangkai busuk yang ditinggalkan oleh kerajaan Pas untuk rakyat Kedah walaupun hanya sepenggal memerintah.. Banyak pekara yang perlu dilakukan oleh YAB Datuk Paduka Mukhriz untuk mencuci bangkai yang ditinggalkan oleh mereka..

Walaupun berat untuk memikul amanah sebagai Menteri Besar, TMK yakin dengan kemampuan YAB Datuk Paduka merealisasikan impian anak Kedah untuk menjadikan Kedah sebagai negeri perindustrian, pelancongan dan pertanian..

Sumber :- Medan Tempur

4 ulasan:

abdul rahman hassan berkata...

Assalammualaikum wmt,
Apabila sesuatu itu diletakkan bukan pada tempatnya, tunggulah kebinasaannya.

Begitulah kira-kiranya.

Orang Pas mana tahu mentadbir negeri. Jauh sekali mentadbir negara.
Banyak bukti telah terdedah.
Nak kata apa lagi?

Tanpa Nama berkata...

Allahu Akbarr!!
Allah bayar cash kt depa org PAS..dlu hingaq kata UMNO hutang banyak.. tp UMNO perintah 55 tahun.. logik la. Ni 5 tahun + balaih balak gila2 sakan punya.. tgk2 3 billion.

ini puak PAS celaka.. kt luaq hebiaq depa duk canang PAS baguih la.. ketua audit puji la.. bangga diri riak.. la jenuhlah MB Mukriz nk pikiaq mcm mana nk langsai Hutang

Aku mintak sgt2 kampus KUIN di kuala Ketil yg jana hutang berkala tu dijual pd kerajaan Pusat utk jadikan UITM. selaras dgn janji BN dulu nk bina UiTm di daerah Baling.

KUIN milik negeri, kembalikan KUIN spt asal. perbelanjaan hemah perlu diutamakan untuk jaga masa depan pendidikan anak2 Islam. Insha Allah moga dimudahkan Allah.

AHMAD PAZIL MD ISA berkata...

Hutang lama BN RM2.1 Billion, PAS tambah jadi RM3 billion disebabkan untuk menguruskan air. Pengurusan air memang banyak sejak zaman BN lagi. Kena ingat, PAS perlukan masa lebih dr 5 tahun utk mengembalikan kembali hutang2 tersebut sebab projek2 yg PAS bangunkan sedang disiapkan. Sebagai contohnya KUIN, mcm mana nak dapat untung lagi kalau KUIN Kuala Ketil pun belum beroperasi sepenuhnya. Jadi, PAS tinggalkan hutang dan dalam masa yg sama sedang menambahkan kewangan, tetapi nak buat mcm mana, dah BN memerintah balik, mana sempat nak dapatkan untung. Lain kali, belajar la sikit pasal ekonomi dan pelaburan

Fazzli Ruddin berkata...

Assalammualaikum..sebarkanlah fitnah ini.. ingat..kalau maklumat yg diterima tak 100%betul..tanggunglah dosa para pembaca post ni..dan tanggunglah dosa kepada org yg percaya bulat2 dan sebar pada orang lain... saya pekerja dalam kerajaan negeri kedah pon terkejut dgn fakta yg amat hebat ni.. cari lah jalan yg diredhai... jgn timbulkan kebencian dalam hati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog