Makluman
Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.
Live TV
Pengikut
Rabu, 5 Jun 2013
Info : Apa Itu GST ? Adakah Ianya Penambahan Cukai ? @NajibRazak Perlu Kerahkan Penerangan Tentang GST
BERAKHIR sudah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di mana Barisan Nasional (BN) kekal sebagai parti yang mendapat mandat untuk memerintah negara untuk lima tahun lagi. Abaikan tindakan pihak-pihak yang tidak dapat menerima keputusan pilihan raya itu. Rakyat Malaysia seharusnya memberi sokongan kepada pemerintah dalam perkara-perkara makruf sesuai dengan tuntutan agama Islam. Kini BN juga perlu terus fokus untuk melaksanakan 'Aku Janji' mereka semasa
berkempen tempoh hari.
Antara fokus kerajaan dalam 'Aku Janji' berkenaan adalah untuk membina ekonomi mapan, dinamik dan inovatif. Ini termasuklah dengan membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat- peringkat.
Bukan rahsia lagi bahawa kerajaan sejak tahun 90-an telah bercadang untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau Goods & Services Tax (GST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang sedang diguna pakai kini. Walau bagaimanapun, cadangan ini senyap kerana kerajaan pada masa itu menganggap bahawa rakyat belum bersedia.
Begitu juga sekitar beberapa tahun yang lepas, kerajaan telah menguar-uarkan untuk melaksanakan GST dan undang-undang telah pun dibacakan di Parlimen kali pertama pada tahun 2009. Disebabkan cukai adalah isu sensitif kerana melibatkan 'poket' rakyat, maka pelaksanaannya sehingga kini masih lagi tertangguh.
Kini setelah PRU-13, cakap-cakap mengenai GST kembali muncul. Di pihak kerajaan, menteri telah bercakap mengenai manfaatnya. Manakala di pihak pembangkang pula mula memperkatakan keburukan dan bercadang untuk menghapuskannya. Sama ada GST memberi manfaat atau keburukan, maka maklumat yang tepat haruslah disampaikan kepada rakyat.
Rakyat kini masih lagi berada dalam kesamaran tentang GST. Tidak dapat dinafikan bahawa amat kurang penerangan, kajian serta forum berkaitan GST diadakan oleh kerajaan. Ini mengakibatkan rakyat gagal memahami justifikasi pelaksanaan cukai baru ini tanpa menyedari bahawa lebih daripada 140 negara di seluruh dunia telah melaksanakan GST, termasuk jiran-jiran ASEAN kita seperti Singapura, Vietnam dan Indonesia.
Ramai yang masih tidak tahu bahawa GST akan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan sedia ada dan bukan menambah cukai sedia ada.
Ramai yang masih tidak tahu bahawa pada masa kini mereka sedang membayar cukai walaupun ia tidak dipamerkan di dalam resit-resit pembelian. Masih ramai tidak mengetahui bahawa GST bakal menghapuskan cukai berganda yang mengakibatkan harga barangan menjadi lebih tinggi.
Rakyat terbanyak juga keliru dan tidak dapat membezakan antara Service Tax' dan Service Charge.
Ada juga yang keliru apakah Government Service Tax dan GST merupakan cukai yang sama sehingga berlaku 'kekecohan' di laman-laman sosial kerana manipulasi dan kekeliruan maklumat.
Paling merisaukan pengguna adalah kesan pelaksanaan GST ke atas mereka sama ada ia akan menaikkan atau menurunkan harga barang. Di kala kakitangan agensi pelaksana GST diberi kursus bahawa GST bakal dilaksanakan pada kadar permulaan 4%, terdapat pula kenyataan dari menteri yang mengatakan bahawa GST pada kadar 7% bakal memberi impak positif kepada negara. Walaupun saya cenderung mempercayai bahawa beliau mengambil contoh kadar GST di Singapura, tidak dinafikan ia memberi kegusaran kepada rakyat kerana ada yang menganggap kadar itu agak tinggi sebagai permulaan.
Oleh itu, saya menyarankan agar kerajaan melalui agensi-agensi berkenaan menggandakan usaha untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat berkenaan GST seperti rencana, kajian, soal selidik, forum, pengalaman negara-negara yang telah melaksanakan cukai ini. Ini termasuklah manfaat-manfaatnya, kaedah cukai ini dikenakan, barangan serta perkhidmatan yang
dikecualikan dari cukai dan lain-lain lagi.
Ini penting kerana rakyat perlu mempunyai maklumat yang cukup sebelum menerima sesuatu sistem. Inidiburukkan lagi dengan jentera-jentera propaganda pembangkang yang memanipulasi isu ini untuk meningkatkan populariti dengan memberi gambaran salah tentang GST.
Ini menunjukkan sebenarnya isu GST jika diuruskan dengan baik, bakal diterima dengan baik juga oleh rakyat. Ini termasuklah fakta kajian yang dipaparkan di laman sesawang GST bahawa akan berlaku purata penurunan harga barangan keperluan jika GST dilaksanakan. Sebagai langkah tambahan, kerajaan juga harus mengeluarkan harga 'simulasi' barangan
keperluan di Malaysia jika GST dilaksanakan. Ini bakal
meningkatkan kefahaman dan sokongan rakyat terhadap
pelaksanaan GST.
KHAIRUL AZHAR
RUANGAN FORUM UTUSAN ONLINE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
-
▼
2013
(914)
-
▼
Jun
(59)
- Hot !!! Isu Calon PRK Kuala Besut PKR Pandang Hina...
- Video Hot !!! Khabar Gembira Dari Azeez Rahim Kepa...
- Hot !!! Kedah Merupakan Negeri Ke 5 Melaksanakan P...
- Tahniah PAS !!! Perjuangan Islam PAS Menghalalkan ...
- Hot !!! Pembongkaran Penipuan Cybertrooper Dalam #...
- Tahniah PAS !!! @abby_abadi112 Mempertahan Individ...
- #Black505 : Melayu Pakatan Haram Lebih Bengap Dari...
- #HanyaDiKedah : Isu Caj Air Yang Di Tuntut Pulau P...
- Tu Dia !!! Gambar @AnwarIbrahim Di Majlis Angkat S...
- Hot !!! Video Adam Adli Cabut Lari Kena Sergah Den...
- Memalukan !!! Tidak Mengiktirah Keputusan PRU13 Ta...
- #HanyaDariKedah : 35 Dari 36 ADUN Mengangkat Sumpa...
- Video Penguatkuasa DBKL Di Belasah Perserta Himpun...
- Gambar Terkini Di Sekitar Himpunan Haram #BlackOut...
- Gambar Terkini Tempat Himpunan #BlackOut505 Yang M...
- Hot !!! Husam Musa Di Lantik Anwar Ibrahim Sebagai...
- Hot !!! Husam Musa Kena Bidas Dengan Ulama PAS Set...
- Hot #HanyaDiKedah : Surat Dari Kerajaan Negeri Pul...
- HOT #HanyaDiKedah : Enggan Bayar Caj Air, Guan Eng...
- Info : Cengkerang Berusia 260 Juta Tahun Di Temui ...
- PAS Kedah Patut Mengetahui Bahawa Kebodohan Zul Y...
- Hot !!! Parasit PAS Kedah Dalam BDB Buat Muka Tak ...
- Kantoi !!! Individu Berjawatan Tinggi Dalam Keraja...
- Hot !!! Prof Berbangsa Cina Tibai NGO Rasist Pakat...
- Gambar Menggoda Muslimah PAS Yang Mampu Menaikkan ...
- Panas !!! #BlackOut505 Hanya Sia-Sia Setelah Azmin...
- Hot !!! Kedah Patut Bertegas Di Dalam Isu Air Deng...
- Hot !!! Pembongkaran Teknik Propaganda Red Bean Ar...
- Hot !!! Puak Perut Hijau PAS Yang Patut @MukhrizMa...
- Tu Dia !!! Tak Puas Dengan Memfitnah, La Ni Blogge...
- Gambar Di Sekitar Program Kuliah Agama Mingguan Di...
- Hot !!! Berita Yang Buat PAS Kedah Bertambah Meroy...
- Hot !!! Husam Musa Dakwa Tok Guru Harun Din Dan Ni...
- Info : Kuliah Agama Di Kediaman Rasmi MB Kedah @Mu...
- Gambar Dan Video Tragedi Ribut Di Pulau Pinang Kel...
- Terkini !!! Kejadian Ribut Di Pulau Pinang Telah M...
- Tu Dia Kantoi !!! @MukhrizMahathir Ubah Suai Pejab...
- Panas !!! Baru Sebulan Tadbir Kedah @MukhrizMahath...
- Panas !!! @MukhrizMahathir Naik Bot Eksklusif Yang...
- Hot Video !!! Dato Mufti Menjawab Fitnah Yang Di L...
- Panas !!! PAS Kedah Tidak Menghormati Jemaah Peman...
- Hot !!! Demi #BlackOut505 @anwaribrahim Akan Prote...
- Tu Dia !!! Tipu Dan Rembat Duit Rupanya Sinonim De...
- Betul Ka Dakwaan Blogger PAS @MukhrizMahathir Meng...
- Hot Dari Kedah !!! Rupanya PAS Kedah Mewariskan Hu...
- Benarkah Dakwaan Blogger PAS Kedah @MukhrizMahathi...
- Info : Apa Itu GST ? Adakah Ianya Penambahan Cukai...
- Belum Sampai Masanya BN Menjadi Satu Parti Tunggal...
- Hot Info : Azraai Khor Kemungkinan Besar Akan Bers...
- Al-Fatihah : Seniman Terkenal S. Shamsudin Telah K...
- Hot !!! Wanita DAP Yang Menghina Yang Di-Pertuan A...
- Ustaz Azizan Di Hargai DYMM Yang Di-Pertuan Agong ...
- Hot !!! Pakatan Haram Minta Buat Pilihanraya Semul...
- Biaq Betul !!! Dong Zong Mengesahkan Kaum Cina Seb...
- Panas !!! Pendedahan TIGA Perkara Yang Paling Anwa...
- Hot !!! Kisah Ridhuan Tee Balun PKR Di Sebabkan PAS
- Info Semasa : Pasport Menjadi Punca Rombongan Pema...
- Hot Video !!! "Pejanjian Dengan Jusuh Kalla" @Anwa...
- Panas !!! @MukhrizMahathir Buktikan Kemampuan Ment...
-
▼
Jun
(59)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan