Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 3 Jun 2013

Hot !!! Kisah Ridhuan Tee Balun PKR Di Sebabkan PAS



MUTAKHIR ini, PKR semakin kurang ajar dengan Pas. Sebaik sahaja PR berjaya menawan Selangor dalam PRU13, Ketua Wanitanya yang menang bertanding di kawasan saya, dengan bongkak berkata kerusi MB hak PKR. Cerminlah diri dahulu sebelum berkata, berapa kerusi Dun dimenangi.

PKR juga marah kepada Pas kerana menyebabkan mereka kehilangan kerusi Dun Kota Damansara dan Semenyih kerana Pas turut bertanding di sana. Jika tidak, PKR kononnya mendakwa, sudah tentu mereka mendapat dua tambahan kerusi menjadi 16, berbanding 14 yang diperoleh sekarang.

Ringkasnya, PR kalah di semua tujuh kerusi yang ditandingi sesama mereka melawan Umno. PKR menyalahkan Pas kerana ‘mengacau’ kerusi mereka.

PKR tidak membuat muhasabah diri, siapakah pemilik asal kerusi Dun tersebut. Kalau boleh, semua kerusi mahu ditandingi bersama ultra kiasu, mengetepikan Pas.

Kadang kala, saya kasihan melihat Pas. Pas terlalu banyak berkorban untuk orang lain, sampai dirinya sendiri terkorban. Pas kelihatan seperti melukut di tepi gantang. Sedangkan, majoriti rakyat tidak sukakan Umno bersama Pas, bukan PKR, kecuali ultra kiasu.

Itupun Pas masih dipersalah oleh parti baru setahun jagung ini yang menyangka dirinya kuat. Tunggulah pemimpin nombor satunya ‘pencen’, kita akan lihat bagaimana rakusnya perebutan kuasa nanti.

Muhasabah untuk Pas, semua berlaku ada hikmahnya. Saya hormati pendirian Pas. Pas tidak mahu bersubahat dengan sosialis sekularis. Mereka ini menjadi duri dalam daging, menentang agenda Pas tegakkan negara Islam. Mereka tidak faham, jahil Islam, dan cuba berlagak hebat. Sebab itu PKR tidak ada majlis ulama, berbanding Pas. Jika adapun ulama PKR, mereka berada dalam dilema untuk jatuhkan hukum.

Saya memuji Pemuda Pas Selangor yang berani menempelak PKR, kerana kecabulan mulut pemimpin mereka menghina pemimpin Pas di khalayak ekoran ‘kehilangan’ dua kerusi tersebut.

Menurut Pas, PKR tidak seharusnya membuat kenyataan seumpama itu jika PKR tidak faham makna tahaluf siyasi. Memang PKR jahil soal selok-belok Islam. Mereka sanggup melakukan matlamat menghalalkan cara dengan memberikan laluan kepada calon sosialis sekularis.

Sosialis sekularis sukar memahami istilah ini kerana mereka tidak pernah terlibat dalam gerakan Islam. Mereka bekas ahli Umno yang kecewa dan ingin membalas dendam terhadap Umno. Mereka biasa hidup selesa. Mereka lebih selesa bersama ultra kiasu DAP daripada Pas. Pas mesti berhati-hati agar tidak diperalatkan dalam usaha tahaluf siyasi.

Untuk makluman pembaca, tahaluf siyasi merupakan konsep atau perjanjian dua pihak atau lebih untuk menjalin kerjasama menghadapi lawan, yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi dalam beberapa bidang yang dipersetujui, untuk menghadapi ‘musuh atau lawannya’. Misalnya, kerjasama Pas dengan PKR dan DAP (walaupun menentang Islam) untuk melawan Umno. Sudah tentu ada ahli Pas berbelah bahagi dalam isu ini. Umno juga orang Islam dan mahukan Islam, cuma cara berbeza.

Sebahagian ulama seperti Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah, dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama dengan mereka yang menentang Islam. Mereka hukumkan kerjasama ini haram. Ada juga ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi, Dr Mustoffa al-Tohhan dan sebagainya.

Justeru, pelaksanaan tahaluf siyasi perlu dibuat secara berhati-hati, bukan semberono, sebab rakan dalam PR menentang agenda Islam Pas. Lagipun, Pas adalah parti jauh lebih senior daripada lain. Rata-rata kerusi dimenangi oleh PKR hari ini adalah milik Pas dahulunya. Pas serahkan kepada ultra kiasu Melayu atas dasar tahaluf siyasi.

PKR tidak ada apa-apa jika Pas tidak membantu dan menyokong mereka. Pas berdiri selama ini pun tanpa bantuan PKR, walaupun banyak kali kalah. Justeru, janganlah PKR terlalu takbur. Pas yang mematangkan PKR. Sebenarnya, PKR hidup atas belas ehsan Pas.

Sama juga seperti kedudukan MCA. MCA dapat bertahan sehingga ke hari ini kerana sokongan orang Melayu (Umno).

Kesimpulannya, Pas perjuangkan Islam. Sudah tentu lebih baik daripada PKR. Saya pasti memilih Pas jika bertembung dengan PKR. Memangkah PKR belum tentu dapat pahala kerana mereka tidak memperjuangkan Islam malah bersekongkol dengan ultra kiasu berpandu kepada sosialis sekularis.- Ridhuan Tee Abdullah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog