Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 3 Julai 2014

Benarkah Kerajaan Malaysia Pentadbiran @NajibRazak Zalim Terhadap Penjawat Awam ??


Pisau Kedah sering berbual dengan penjawat awam dan boleh di katakan 70% dari penjawat awam termasuk dikalangan sahabat Pisau Kedah sendiri mengatakan Kerajaan Malaysia pentadbiran YAB Dato' Seri Najib Tun Razak zalim menindas rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam dengan bebanan harga barang naik.

Benarkah Kerajaan Malaysia pentadbiran YAB Dato' Seri Najib Tun Razak zalim ?

Bagi Pisau Kedah sebenarnya penjawat awam yang menyatakan Kerajaan Malaysia zalim terhadap rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam merupakan individu yang tidak tahu erti bersyukur atau kufur nikmat. Mampu membeli motorsikal, kereta baru serta rumah tapi masih menganggap diri masih dalam keadaan susah.

Alangkah bertuahnya penjawat awam di Malaysia yang sering mendapat perhatian Kerajaan Malaysia berbanding rakyat Malaysia yang berkerja sendiri atau berkerja dengan swasta. Penjawat awam yang berkerja dengan Kerajaan Malaysia diberikan pelbagai kemudahan bagi menjaminkan kelangsungan kehidupan harian.

Terbaru, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Manakala 684,000 pesara kerajaan mendapat bantuan sebanyak RM250.



Harus diingat bahawa ini pengumuman bantuan ini bukan bonus yang tiap-tiap tahun penjawat awam dapat. Tapi ianya BANTUAN KHAS yang tidak termasuk atau di tolak dari bonus yang di perolehi penjawat awam tiap-tiap tahun.

Bantuan ini adalah untuk meringgankan bebanan penjawat awam serta pesara kerajaan didalam membuat persiapan menyambut hari raya Aidilfitri pada penghujung bulan ini.

Untuk pengetahuan, sebanyak RM890 juta Kerajaan Malaysia belanjakan bagi memastikan penjawat awam dan pesara kerajaan dapat menikmati sambutan hari raya Adilfitri kali ini.. Apakah ini menunjukan Kerajaan Malaysia zalim lagi terhadap penjawat awam ?

Bagi penjawat awam yang masih merasakan Kerajaan Malaysia zalim walau pun pelbagai inisiatif diberikan Kerajaan Malaysia, Pisau Kedah sarankan lebih baik letak jawatan kerana masih ramai individu yang tahu erti bersyukur mahu menjadi penjawat awam.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu lah sahaja yang Najib pandai buat untuk menolong rakyat. Beri derma!

Dia ingat dengan jumlah wang bantuan setahun sekali itu boleh menolong kehidupan rakyat sepanjang tahun?

Sepatutnya wujudkan iklim ekonomi yang sihat supaya rakyat mudah cari wang!

Beri ikan tidak menyelesaikan masalah. Beri pancing dan ajar rakyat mengail barulah itu dikatakan menolong rakyat!

Macam yang TDM buat.Antaranya rancangan perindustrian negara!

Macam juga idea membuka rancangan tanah felda yang dilakukan Allayarham Tun Abd.Razak.

Amat membantu rakyat miskin yang tidak ada Tanah. Hingga kini terus memberi nikmat kepada peneroka!

Tanpa Nama berkata...

Betulx3
Sepatutnya kerajaan perlu menaik taraf dan mempermodenkan semua kampong2 dengan menjadikan seperti sebuah bandar. Mempertingkatkan pengstrukturan kampong agar lebih tersusun dan sistematik.

Tanpa Nama berkata...

Najib kurang cerdik..
Nak kata bodoh.. teruk sgt

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju pm skang tak pndai. Aku sokong pandagan tun mahathir mgenai BR1M, kerajaan skang mmg tau bg bala saja. Lg 1 adakah betul kerajaan bn amalkn demokrasi yg telus sbb dah 57 thn merdeka kita xprnah skalipn brtukar kerajaan.(bkan niat nk tkar kerajaan tp trtnya-tnya)

Tanpa Nama berkata...

kepada kerajaan malaysia.dan kepada pm kita.terlalu banyak hal berlaku sejak era najib.perlukah pilihan raya nanti rakyat undi pas atau pkr.pertama matawang malaysia jatuh di sebabkan pemimpim kita.brim,pelaburan di pengerang sampai orang felda dah kaya di beri pampasan sbyk 4juta disebabkan projek empangan.kalo 400,000 orang felda dapat sudah berapa.bukankah ini pembaziran,gst menimbulkan kesan perkauman.sudah ramai mengatakan bahawa kaum melayu bebas gst.harga barang semakin naik setiap minggu.apakah ini gst.pemimpin yg pandai putar belit.tidak pandai menyelesaikan masalah.makin membebankan rakyat.najib makin bantu golongan felda dan kerajaan shaja.bagaimana nasib melayu yg lain.patutkah berlaku perkara sebegini.adilkah pemimpin kita skarang

Tanpa Nama berkata...

SAYA PUN SOKONG NAJIB MEMANG TAK GUNA LANGSUNG CEKIK KEDARAH DUIT RAKYAT MALAYSIA DENGAN ADANYA GST.INI LAMAN WEB SAYA WWW.CINRAI.BLOGSPOT.COM.

Tanpa Nama berkata...

SELAMAT DATANG KE BLOG CINRAI.INI LAMAN WEB SAYA WWW.CINRAI.BLOGSPOT.COM JIKA BOLEH BLOG CINRAI DI SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA DAPAT MEMBACA BLOG CINRAI INI SEMOGA BLOG CINRAI DAPAT DI BACA OLEH SEMUA PIHAK.SAYA JUGA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA KERANA SUDI MEMBACA BLOG CINRAI INI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...