Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 1 Julai 2013

Tahniah Datuk Rempit Kerana Di Lantik Sebagai Pengerusi Tabung Haji. #HanyaDiKedah

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2013 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari mengumumkan pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH berkuatkuasa 1 Julai 2013, menggantikan YBhg Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor yang telah berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.

YB Datuk Haji Abdul Azeez, adalah Ahli Parlimen Baling, Kedah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 2008. Beliau juga memegang jawatan sebagai  Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling. YB Datuk Haji Abdul Azeez tidak asing bagi TH, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah TH sejak tahun 2011.

YB Datuk Haji Abdul Azeez telah menubuhkan Kelab Putera 1 Malaysia pada 2010 dan beliau sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO di dalam negara dan luar negara. Beliau terkenal dengan kerja-kerja sukarelawan dan misi-misi kemanusiaan, antara misi yang telah dijayakannya ialah misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Dikenali sebagai seorang yang berwawasan dan mempunyai visi yang luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosio ekonomi komuniti sejagat, pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez sebagai pengerusi TH diyakini mampu untuk meneruskan kesinambungan TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang.

Pisau Kedah :-

Tahniah YB Datuk Azeez Rahim kerana di lantik sebagai Pengerusi Tabung Haji  berkuat kuasa hari ini.. Pisau Kedah yakin YB Datuk Azeez Rahim mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Tabung Haji.

Perlantikan ini mungkin tidak di senangi oleh pihak yang kurang mengenali cara kerja Datuk Azeez Rahim.. Bagi Pisau Kedah yang sekarang ini duduk di Baling, Pisau Kedah tahu bagaimana buat kerja Datuk Azeez ni.

Kalau ada pihak yang mempertikaikan Datuk Azeez Rahim merupakan seorang mamak dan tidak layak menjawat jawatan Pengerusi Tabung Haji, Pisau Kedah rasa itu alasan yang tidak munasabah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...