Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 6 Februari 2016

Sandiwara Apakah Cuba Dimainkan Terhadap @MukhrizMahathir ? @NajibRazak


Setelah kemelut politik UMNO di Kedah mengambil masa 12 hari untuk mencapai maksud, pelbagai persoalan bermain difikiran aku setelah aku membaca penjelasan demi penjelasan dari Menteri Besar Kedah yang baru, YAB Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Jelas apa yang berlaku hanyalah satu sandiwara yang diadakan semata-mata untuk menjatuhkan YB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang cukup berpengaruh.

Semua kita mengetahui bahawa desakan dan tekanan yang diberi ke atas YB DS Mukhriz datangnya dari Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Najib Razak disebabkan kelantangan YB DS Mukhriz mengkritik krebilti beliau yang begitu banyak terpalit dengan pelbagai skandal serta sering diberi tekanan oleh YB DS Mukhriz mengenai keluh kesah rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat tinggi secara mendadak.

Bagi aku, YAB DS Ahmad Bashah hanyalah seorang penjilat yang dijadikan seekor kambing hitam tua bagi menjayakan agenda YAB DS Najib Razak dan penjilat yang lain hanya mendapat arahan menyokong (secara rela dan terpaksa) apa yang dilakukan YAB DS Ahmad Bashah.

Berbalik kita pada hari pertama tercetusnya kemelut politik UMNO Kedah pada 20 Jan 2016 di Hotel Grand Alora, Alor Setar, dimana pada hari tersebut si kambing hitam tua telah mengetuai angkatan pengkhianat UMNO untuk menggulingkan YB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir dengan menggunakan alasan kononnya :-

1 - Kegagalan YB DS Mukhriz dalam menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti disemua peringkat di Negeri Kedah.

2 - Tiada sebarang perancangan strategik parti bagi menghadapi PRU14.

3 - YB DS Mukhriz gagal dalam mengetuai dan menggerakan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan parti di Negeri Kedah.

4 - Sebagai Menteri Besar Kedah, kononnya YB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir juga gagal mengurus tadbir Kerajaan Negeri secara berkesan.


Dari empat alasan, tiga alasan yang diberi ianya membabitkan politik dan hanya satu membabitkan pentadbiran Kerajaan Negeri. Namun kesemua alasan tersebut langsung tidak disokong dengan fakta-fakta yang kukuh bagi membuktikan kebenarannya sehingga ke hari ini.


Apakah benar YB DS Mukhriz gagal dalam mentadbir kerajaan negeri sebagai Menteri Besar ?

Aku tak mahu menjelas secara panjang lebar kejayaan YB DS Mukhriz dalam mentadbir kerajaan negeri Kedah. Cukup sekadar aku bagi tahu bahawa YAB DS Ahmad Bashah sendiri menyatakan dalam sidang medianya selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru, bahawa beliau akan meneruskan projek yang telah dirancang YB DS Mukhriz.


Sekiranya YB DS Mukhriz seorang Menteri Besar Kedah yang gagal mentadbir, mengapa Menteri Besar Kedah yang baru tetap meneruskan apa yang dirancang Menteri Besar yang lama ? .

Untuk pengetahuan semua, YB DS Mukhriz pada awal tahun ini dalam sidang media beliau telah menyatakan bahawa tahun 2016 dan 2017 merupakan tahun perlaksanaan bagi projek yang telah dirancang di negeri Kedah. Ini bermakna YAB DS Ahmad Bashah hanya perlu cuci kaki mengantikan YB DS Mukhriz kerana segalanya telah diatur dan menunggu masa untuk dilaksanakan.


Dalam Sidang Media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang pertama untuk tahun 2016, YAB MB...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on 6hb Januari 2016


Apakah YB DS Mukhriz menjadi penyebab kegagalan UMNO Kedah berfungsi ?

YB DS Mukhriz selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah telah lakukan banyak perkara untuk UMNO Kedah.

Sejak beliau mengambil alih tugas tersebut, perkara pertama yang beliau lakukan ialah menjaga kebajikan staff iaitu melaksanakan gaji minimum. Menaikkan gaji dan elaun untuk semua SUK sayap.

YB DS Mukhriz telah membuat Konvensyen UMNO Kedah dimana perjumpaan terbesar melibatkan semua jentera akar umbi. Kesemua peserta dikehendaki membentangkan pandangan serta strategi untuk hadapi PRU14.

Bagi Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri, suku daripada 15 Ketua UMNO Bahagian adalah yang berjawatan di pusat. Bila Pengerusi BPUNK meletak tarikh untuk adakan mesyuarat, ada diantara mereka memberi pelbagai alasan untuk tidak hadir. Ada yang ada program dan ada juga yang tidak memberi apa-apa jawapan sebaliknya hanya menghantar wakil.

Bagaimana YB DS Mukhriz membuat perancangan strategik bagi parti menghadapi PRU 14 sekiranya gagal mendapat kerjasama dari Ketua UMNO Bahagian untuk hadir bermesyuarat walau telah diberitahu dua minggu lebih awal.

YB DS Mukhriz yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO (lantikan) tidak pernah gagal untuk hadir mesyuarat MKT UMNO biarpun tarikh mesyuarat sering berubah-ubah dimana notis yang diberi disaat akhir, beliau tetap memberi komitmen untuk hadir. Itulah beza antara Ketua UMNO Bahagian di kedah dengan YB DS Mukhriz.

Bagi YB DS Mukhriz, mesyuarat UMNOlah sangat penting kerana disitu tempat untuk membincang perihal UMNO dan mendapat maklum balas keluh resah rakyat bawahan dari Ketua UMNO Bahagian di Kedah.

Kenapa Ketua UMNO Bahagian tidak boleh memberi komitmen untuk hadir mesyuarat?

Apakah mereka tidak pedulikan nasib UMNO serta akar umbi UMNO dibahagian masing?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...