Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 29 Ogos 2013

Panas !!! Rahsia Kenapa Pemain Bola Kedah 2007/08 Lari Tinggalkan #KedahAmanMakmur Terbongkar


Masih ingatkah kita kejayaan pasukan bola sepak Kedah pada tahun 2007 dan 2008. Di mana pasukan bola sepak Kedah berjaya memenangi tiga piala berturut- turut. Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia. Tidak dinafikan nama 'sang kenari' hijau kuning amat digeruni oleh kawan atau lawan.

Tiada pasukan yang mampu 'mengalahkan' pasukan hijau kuning ini dengan mudah. Jikalau Kedah kalah pun, ianya hanya 1 dari 20 perlawanan. Kiranya pasukan bola sepak Kedah memang berada disatu tahap yang lebih tinggi.

Tapi selepas pada tahun 2008, pasukan Kedah jatuh merudum. Tentu ada sebabnya. Apakah pemain tak kualiti? Tak, pemain tetap sama. Apakah jurulatihnya orang lain? Tak.. jurulatihnya tetap sama. Cuma dibawah pemerintahan Kerajaan yang berbeza.



Bukan pihak TMK nak tuduh Kerajaan Pas tidak pandai menguruskan sebuah pasukan bola sepak. Tapi itulah hakikatnya. Sikap tidak mengambil berat menyebabkan sebuah pasukan yang amat hebat berpecah, hancur dan akhirnya Kedah tersungkur hinggalah sekarang.

Salah Pas kerana mereka tidak mempedulikan pemain. Mereka terlalu percaya dan banyak membiarkan 'golongan' terlalu pandai dalam KFA mencaturkan segala.

Bila ada manusia 'terlalu' pandai, ia akan merosakan segalanya, sebab 'terlalu pandai' tu membuktikan dirinya tu kosong dan syok sendiri.

Dalam KFA juga ada politik yang tersembunyi, dalam KFA juga ada 'warload' yang hanya mahu cakapnya saja perlu di dengar. Manusia ini yang mengatur gaji, pemain hingga melebihi kuasa yang ada pada pengurus dan jurulatih... Baca Seterusnya ...

Terpanas !!! PAS Sapu Lebih RM 2 Juta Duit GLC Untuk Dana PRU13 #KedahAmanMakmur


Akhirnya terbongkar juga rahsia Kerajaan Negeri Kedah dibawah pentadbiran PAS sebelum ini apabila sebuah syarikat GLC milik Kerajaan Negeri telah di siasat oleh pihak SPRM berhubung kes pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM 2 Juta untuk menaja dana politik PAS pada PRU13 lalu.

Memang dasyat puak PAS ni.. Nama saja parti Islam tapi langsung tak amanah. Guna duit Kerajaan Negeri untuk kepentingan parti. 

Menurut Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah.. Siasatan terhadap syarikat berkenaan dibuat berhubung aktiviti rasuah, kes pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Nampak sangat la PAS menggunakam imej Islam untuk melakukan kerja terkutuk mereka.

Selain dari isu Pecah Amanah lebih RM 2 Juta membabitkan syarikat GLC.. Isu penyelewengan berkaitan projek pembalakan di Papua New Guinea yang di lakukan di zaman pentadbiran PAS juga kini dalam siasatan SPRM.

Dalam isu projek Papua New Guinea ni.. Pisau Kedah yakin ianya telah berlaku penyelewengan membabitkan wang yang bernilai jutaan ringgit.. Lepas ni kita tengok sapa yang akan mengedik-ngedik kepanasan.

Ketika sidang media yang di lakukan Menteri Besar Kedah, YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir berkenaan  isu di atas.. Mukhriz Mahathir menyatakan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya telah melanggar undang-undang..

Panas !!! Kenapa Guan Eng Meroyan Dengan Filem #TandaPutra Yang Ditayangkan ??


Setelah agak lama filem yang di adaptasi dari tragedi berdarah 13 Mei 1969 "Tanda Putra" yang di arahkan pengarah terkenal, Datin Paduka Shuhaimi Baba menjadi kontroversi... akhirnya filem berkenaan telah berjaya mendapat kelulusan untuk di tayang di pawagam seluruh negara.pada 29 Ogos 2013.

Sebelum ini filem berkenaan menjadi kontroversi kerana mendapat tentangan hebat dari beberapa pemimpin DAPigs yang kononnya filem berkenaan merupakan filem rasis yang memperburukan kaum cina.

Adakah benar filem terbabit rasis atau pemimpin DAPigs bimbangkan kebiadap pemimpin mereka di ketahui umum ?

Semua sedia maklum bahawa dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969, bapak rasis DAPigs, Lim Kit Siang merupakan salah seorang diantara individu yang bertanggungjawab menjadi punca tercetusnya tragedi berdarah tersebut dengan mengapi-apikan kaum Cina supaya menghalau kaum Melayu dari kawasan yang di menangi mereka dalam Pilihanraya 1969.

Akibat bimbangkan sikap biadab Lim Kit Siang terhadap kaum Melayu yang dilakonkan semula dalam filem Tanda Putra di tontoni umum.. Lim Guan Eng anak kepada Lim Kit Siang telah bertindak menghalang dan melarang filem berkenaan ditayangkan di pawagam yang terdapat di Pulau Pinang.

Ternyata Lim Guan Eng terlalu takutkan akan fakta sejarah yang di pertontonkan kepada umum.

Bagi pendapat peribadi Pisau Kedah.. Orang ramai patut menonton filem ini kerana ianya menceritakan kisah sebenar dengan berfakta apa yang berlaku dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969. Orang ramai boleh melihat lakonan bagaimana Lim Kit Siang meniup api perkauman kepada kaum Cina.


Rabu, 28 Ogos 2013

Panas !!! ADUN PAS Kedah Menyokong Fahaman Syiah Tersebar Di Kedah @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur



Pisau Kedah Agak pelik apabila dalam sidang DUN Kedah yang ke-13 yang berakhir hari ini, pembangkang yang terdiri daripada ADUN PAS telah menolak enakmen baru untuk menguatkuasa undang-undang membanteras gejala fahaman Syiah di Kedah.

Kalau pembangkang yang menolak enakmen tersebut bukan beragama Islam boleh la Pisau Kedah faham bahawa puak tu tak tau pasal Islam... Tetapi kalau dah parti PAS  yang kononnya memperjuangkan Islam dan Sunnah Wal Jemaah menolak enekmen tersebut, Pisau Kedah rasa agak pelik la.

Sepatutnya PAS patut menyokong enakmen undang-undang baru yang di bentangkan setelah dilihat fahaman Syiah kian mengancam Kedah.. Itupun sekiranya benar-benar memperjuangkan Islam berlandaskan Sunnah Wal Jamaah.

Mengapa PAS Kedah begitu takut untuk menyokong enekmen baru berkenaan.. ?.. Apakah PAS Kedah bimbang akan kehilangan sokongan politik dari pengikut fahaman Syiah yang kini sedang menular didalam PAS ?..

Bukankah PAS melalui ketua penerangan PAS pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS akan tidak sekali-kali menyokong fahaman syiah dan akan meyingkirkan ahli PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah ?.

Dalam undian untuk mengwujudkan enakmen baru itu, seramai 21 Adun yang terdiri dari Adun BN telah meyokong enakmen baru berkenaan di luluskan, 9 Adun yang terdiri dari Adun PAS membantah enakmen itu, 4 Adun (Adun bukan Islam) membuat undian berkecuali, manakala 2 Adun tidak mengundi.

Walau bagaimana pun, Pisau Kedah bersyukur kerana enakmen baru bagi membanteras gejala fahaman Syiah yang tidak di sokong Adun PAS tetap diluluskan kerana majoriti Adun telah mengundi meyokong enakmen baru itu di luluskan. Sekarang setelah mempunyai enakmen baru, pihak berkuasa sudah ada kuasa menguatkuasa undang-undang untuk membanteras penularan fahaman Syiah di Kedah.

Panas !!! ADUN PAS Gelabah Bewak Bila Rahsia KUIN Di Dedahkan Dalam Sidang DUN #KedahAmanMakmur



Boleh dikatakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali pertama setelah BN menawan kembali Kedah pada PRU13 yang lalu banyak berbahas tentang KUIN yang kononnya bagi pembangkang banyak masalah yang sedang melanda.

Hummmpp... Baru sekarang puak PAS baru nak sedaq yang KUIN mempunyai masalah.. Dulu kalau kakitangan KUIN melakukan demo menuntut pembayaran gaji yang gagal di bayar itu bukan masalah kot bagi PAS ?? . Bekas Rektor KUIN merosakkan KUIN dengan membawa masuk syarikat Insaniah Holding Sdn Bhd bukan satu masalah kot ?.. Kontraktor menyaman KUIN kerana gagal melunaskan hutang, itu bukan satu masalah kot ?.. Kampus di bina tanpa ada Masjid dan Asrama seperti di dalam plan asal pembinaan itu bukan satu masalah kot ?..


Cuba bayangkan dalam syarikat Insaniah Holding Sdn Bhd yang di tubuhkan ketika era pentadbiran Pakatan Haram di Kedah mempunyai LIMA anak syarikat dan setiap ceo-ceo di bayar gaji serendah RM10,000 sehingga RM35,000 dengan menggunakan duit Kerajaan negeri yang di peruntukan kepada KUIN.

Di dalam Sidang DUN yang berlangsung kelmarin berkenaan isu KUIN, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain (BN-Tanjong Dawai) telah mengemukakan bukti dan fakta tentang KUIN berdasarkan siasatan dan audit dalaman ketika menggulung perbahasan berkenaan KUIN.

Di sebabkan pendedahan tersebut, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (ADUN PAS Pengkalan Kundur) menunjukkan reaksi terkejut dengan pendedahan Datuk Tajul Urus dan bangun mencelah mengatakan apa yang di dakwa itu di luar pengetahuan barisan EXCO ketika pentadbiran Kedah di bawah Pakatan Haram.

Tajul Urus berkata pembayaran gaji yang tinggi kepada ketua pegawai Eksekutif IHSB sehingga RM35,000 sebulan selain tindakan IHSB menubuhkan anak-anak syarikat yang tidak perlu menyebabkan berlaku pertindihan fungsi sedangkan ia boleh laksanakan sendiri oleh KUIN.

Menurutnya anak-anak syarikat tersebut menjalankan operasi akademik yang menelan kos tinggi seperti Insan Maya Sdn Bhd menguruskan Kuliah Multimedia, Insan Hospitality Sdn Bhd menguruskan Kuliah Hospitaliti dan perkhidmatan halal, Insan Fasih Sdn Bhd dan Insan Medic Sdn Bhd bagi Kuliah Perubatan.

“Kesemua program akademik ini boleh dijalankan di bawah Hal Ehwal Akademik (HEA) Kuin dengan kos lebih rendah,” kata Tajul Urus.

Beliau berkata unit penyelenggaraan melibatkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan juga diserahkan kepada IHSB dan kos untuk kerja-kerja itu bagaimanapun dibayar oleh KUIN.

Pelantikan kakitangan juga tidak mengikut prosedur dan kelayakan serta terdapat pensyarah dilantik tanpa temuduga, ada yang diberikan kerja dahulu dan temuduga kemudian, tambahnya.

“Bayaran gaji tidak mengikut skim gaji dan pelantikan pensyarah tidak berdasarkan kelayakan MQA.

Pensyarah Kreatif Thinking berkelayakan bidang Ijazah ICT. Pensyarah Bahasa Arab tetapi kelayakan bidang Ijazah Usuluddin,” katanya.

Tajul Urus berkata kebanyakan keputusan dan tindakan IHSB bercanggah dengan syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau turut menyenaraikan penyelewengan, pembaziran kewangan besar termasuk kompaun oleh KPT serta tindakan mahkamah terhadap KUIN.

@NajibRazak Perlu Berhati-Hati Dengan Individu Mahu Mengkeparatkan UMNO


Dalam peperangan alam maya membabitkan pemilihan UMNO yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Pisau Kedah sebenarnya malas nak masuk campur sangat.. Lantak la siapa nak sokong siapa pun asalkan yang di sokong tidak membawa rebah kepada masa depan UMNO.

Sejak beberapa hari ini.. Pisau Kedah melihat kerusi Naib Ketua Pemuda (NKP) UMNO Malaysia agak panas apabila satu pendedahan tentang seorang Ketua Pemuda UMNO Negeri (KPUN) di sebuah negeri tanah air yang berstatus koperat memegang berpuluh syarikat hendak bertanding sebagai NKP (Klik Di Sini)


Pisau Kedah tidak kisah sekiranya KPUN tersebut yang juga merangkap ahli keparat... oppps silap !!!.. ahli koperat hendak bertanding sebagai NKP.. Tapi KPUN tu pasti ka imejnya sebagai ahli koperat memiliki mampu menarik sokongan dari golongan pemuda ??.

Harus di ingat.. Pada PRU 13 yang lalu sokongan pemuda di Malaysia tidak memihak kepada BN atas kelemahan Pemuda Parti. Ada segelintir Ketua Pemuda UMNO di peringkat bahagian gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda sehingga menyebabkan UMNO gagal mendapat sokongan dari golongan Pemuda pada PRU13 yang lalu.

Bagaimana Ketua Pemuda UMNO Bahagian hendak mendapat sokongan golongan pemuda sekiranya sebulan sekali nak jumpa di bahagian agak susah . Bila di tanya dikatakan asyik sibuk dengan bisnes atau asyik sibuk dengan  menjaga pak-pak menteri di Pusat.

Tolong la.. Kepada ahli koperat yang merasakan dirinya mampu membahagikan masa kepada tanggungjawab kepada jawatan dalam UMNO dan bisnes tak apalah untuk bertanding apa-apa pun jawatan .. Tapi kalau merasakan memegang jawatan dalam UMNO merupakan jalan mudah untuk mengKAYAkan diri atau menambah koleksi syarikat.. Baik tak payah la bertanding.. UMNO bukan untuk di keparatkan.

Kepimpinan tertinggi UMNO perlu serius dalam menentukan hala tuju UMNO sekarang kerana PRU14 merupakan tali pengukur kepada masa hadapan UMNO yang merupakan sebuah parti keramat. Sekiranya Pemuda UMNO Malaysia masih lagi gagal menarik perhatian golongan pemuda di Malaysia.. UMNO boleh say hai... hai.. Bye... Bye kepada Putrajaya selepas ini.


Selasa, 27 Ogos 2013

Panas !!! ADUN PAS Bergelar Ostaz Kantoi Fitnah @Mukhriz Mahathir #KedahAmanMakmur


Tak sangka juga dengan SEEKOQ (Oppppsss silap panggil) , SEORANG Ostaz PAS yang pertama kali jadi ADUN di Kedah.. Harap nama saja Ostaz tapi suka pembohong dan kaki fitnah.

Hendak di jadikan cerita.. Kelmarin merupakan hari kedua sidang DUN Kedah yang bermula pada hari Ahad lalu. Untuk menjatuhkan imej Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran BN pada mata rakyat Kedah... Puak mangkaq PAS telah mengarahkan penyokongnya dan Kakitangan Insaniah Holding Sdn Bhd (IHSB) mengadakan demo diluar perkarangan Wisma Darulaman.

Selepas demo tersebut.. Puak mangkaq PAS telah merancang mengarahkan kakitangan IHSB menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Kedah, YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir dengan harapan Menteri Besar Kedah enggan berjumpa dengan kakitangan IHSB untuk menerima memorandum tersebut.

Sekiranya Menteri Besar Kedah enggan berjumpa dengan Kakitangan IHSB untuk menerima memorandum.. Maka mereka akan terus memperburukan imej Menteri Besar Kedah dan parti BN di mata rakyat Kedah dengan mengatakan Menteri Besar Kedah ZALIM.

Modus operandi yang telah diaturkan mangkaq PAS tersebut tidak menjadi apabila Menteri Besar Kedah dengan sendirinya telah menerima memorandum tersebut dari kakitangan IHSB didalam wisma.

Yab Dato'Paduka Mukhriz Mahathir ketika berjuma
dengan kakitangan IHSB untuk menerima memorandom.

Selepas itu tanpa diduga pembantu kepada seorang Ostaz PAS yang baru kali pertama menjadi ADUN (ADUN Alor Mengkudu)  dan merangkap Ketua Pemuda PAS Kedah telah melakukan satu pembohongan dengan memfitnah Menteri Besar Kedah yang konon enggan berjumpa kakitangan IHSB... pembohongan itu di lakukan pembantu ADUN terbabit melalui akaun facebook rasmi kedua ADUN Alor Mengkudu berkenaan.


Setelah pembantu ADUN terbabit memuat naik cerita yang ternyata satu pembohongan.. ADUN Ostaz PAS terbabit menggunakan akaun rasmi pertamanya telah menyebarkan cerita fitnah terbabit kepada orang ramai untuk dibaca.

ADUN terbabit ingat YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir ni macam Tan Sri Azizan Razak kot yang langsung enggan berjumpa kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang menuntut gaji yang gagal dibayar walaupun kakitangan KUIN merupakan kakitangan dibawah tanggungjawab Kerajaan Negeri.

Walaupun kakitangan IHSB bukan dibawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah. YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir tetap juga menerima memorandum dari kakitangan syarikat swasta terbabit dengan sendirinya.

ADUN PAS terbabit yang bergelar Ostaz adakah rasa tidak bersalah menyebarkan cerita fitnah yang di muat naik pembantunya melalui akaun rasmi facebook keduanya.

Ternyata setelah terbukti cerita yang di sebarkan ADUN terbabit, ADUN terbabit sememangnya tidak layak di gelar seorang Ostaz kerana sikap munafiknya.
















Pendedahan Panas !!! Yuran KUIN Bakal Di Naikan 200% Sekiranya PAS Masih Berkuasa #KedahAmanMakmur


Tak sangka juga apa yang bakal di lakukan PAS terhadap pelajar KUIN sekiranya masih lagi menjadi pentadbir Kerajaan Negeri Kedah selepas PRU13.

Dalam pendedahan terbaru Team Media Kedah (TMK) tentang KUIN, bekas Rektor KUIN, Jamil Osman (Rektor kesayangan Parti PAS) bersama Ahli Lembaga Pengarah telah membuat pemohonan kepada KPT untuk menaikkan Yuran Pengajian sebanyak 200% dan ianya telah di luluskan oleh KPT.

Untuk pengetahuan semua. Yuran yang di naikkan 200% akan di kenakan kepada pelajar KUIN sekiranya PAS masih lagi menjadi pentadbir Kerajaan Negeri Kedah.

Pemohonan tersebut telah dilakukan pada 13 Julai 2012 untuk dikenakan pada kemasukan pelajar bulan September 2013 dan pihak KPT telah meluluskan pemohonan tersebut pada 10 Ogos 2012.

Pehh.... Dasyat !!! kenaikan sebanyak 200%  tuuu... Apakah tak zalim ka namanya tu ?

Kalau yuran pengajian sebelum ini di kenakan RM 5,000 kepada pelajar KUIN.. Kemasukan pelajar pada September 2013 ianya akan meningkat kepada RM 15,000.

Kalau tak percaya kenaikan yuran 200% yang di pohon bekas Rektor KUIN kesayangan PAS, Jamil Osman.. Mai tengok dokumen yang di dedah salah seorang sahabat Pisau Kedah dalam TMK (Medan Tempur Kedah).

Dokumen pemohonan menaikkan yuran




Dokumen kelulusan kenaikkan yuran yang di pohon bekas 
rektor kesayangan parti PAS.






Pisau Kedah tertanya-tanya... Apakah kenaikan yuran yang di pohon bekas rektor KUIN kesayangan PAS adalah untuk menampung kos operasi syarikat Insaniah Hoding Sdn Bhd yang banyak sapu duit peruntukan Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN.?

Apabila ketidak mampuan menanggung kos operasi Insaniah Holding Sdn Bhd... Maka kos yuran pengajian terpaksa di naikkan kepada 200%..

Biaq Betul !! KOS Perpindahan Pelajar KUIN Sejauh 60KM RM 8,000 Seorang #KedahAmanMakmur


Nampaknya adun-adun Pas Kedah, sudah tersilap langkah,n hasrat depa nak serang Kerajaan BN sekarang dalam isu KUIN nampaknya hancur lebur apabila peluru yang mereka lancarkan pagi tadi sudah terkena kepala sendiri. 
Ada adun Pas mempertikaikan kenapa pembinaan asrama di Kuala Ketil dihentikan. Menjawab soalan demikian, Adun Tanjung Dawai kata, kontraktor yang hentikan pembinaan tu sendiri kerana mengikut kronologi, pada zaman Pas tandatangan kontrak dulu, yang luluskan kontrak hanyalah mantan MB, mantan CEO KUIN dan Pengarah KBSB Sdn Bhd. 
Kontrak ditamatkan selepas KUIN tidak menandatangani perjanjian PFI yang telah didesak oleh KBSB kepada KUIN dulu. Mereka hanya menerima perjanjian seperti mana dipersetujui secara bersama semasa pemerintahan Azizan. Bermakna pembinaan bermula tanpa apa-apa perjanjian dan hanya dua orang saja yang tahu. 
Tiba-tiba bila Kerajaan negeri baru, KBSB mendesak untuk membuat perjanjian, sedangkan kerajaan sekarang tidak tahu apa-apa kerana tiada perjanjian yang sah! 
Sebab tu kontrak dihentikan! Teruknya Pas buat kerja dulu, buat bangunan tanpa perjanjian dan detail kontrak, kalau runtuh bangunan tu, nak salah siapa? 
Pas pertikaikan kenapa Kerajaan BN Kedah sekarang memindahkan pelajar balik ke Mergong dari Kuala Ketil, kerana ia melibatkan kos yang tinggi! 
Adun Tanjung Dawai jawab,Kos penempatan dan pemindahan yang dilakukan oleh Kerajaan BN sekarang masih kecil jika nak dibandingkan dengan Pas dulu, sebab Pas dulu membelanjakan RM12.5 juta hanya untuk memindah 1500 pelajar KUIN ke Kuala Ketil. 
Pehh.. mahainya kos pindah, sampai juta-juta. Kalau 12.5 juta tu dibahagikan kepada 1500 pelajar KUIN. Bermakna seorang pelajar KUIN yang dipindahkan tu, boleh dapat RM8000 seorang! 
Perghh.. kos pindah zaman Pas dulu, hanya nak ke Kuala Ketil saja sampai RM8000 seorang ?

RM8000 tu boleh beli tiket flight ke London tauu!
Patut la zaman Pas dulu takdak duit, rupanya depa dok buat kerja rembat duit macam ni!!  
Sumber :- Kedah Ke KL

Selalunya puak PAS menuduh BN ni satu parti yang "KORUPSI".
La ni dah terang-terang parti PAS satu parti yang betul-betul korupsi semasa menjadi pentadbir Kerajaan Negeri Kedah ... Awat yang puak-puak PAS tak bising ..?

Khamis, 22 Ogos 2013

"Ancaman Fahaman Syiah" PAS Hanya Bersikap Retorik Untuk Menentang #KedahAmanMakmur



Dalam isu fahaman Syiah yang telah menular ke dalam PAS, mengapa sehingga sekarang PAS masih lagi berdiam diri ?.

Berkenaan isu fahaman Syiah yang telah menular ke dalam PAS, Pisau Kedah tertarik dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuan Sunni (GIPTIS), Ashiq Elahi yang juga merupakan ahli PAS seumur hidup mengatakan "Ahli parti PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah akan tersingkir secara automatik hanyalah retorik" .

Ashiq Elahi (Tenggah) bersama Prof Dr Abd Aziz Hanafi (Kiri), Dekan Fakulti Syariah KUIN dan Mohd Shahrilazrie Mustaffa (Kanan), Timbalan Pengerusi 2 GIPTIS

Untuk pengetahuan semua.. Maklumat dalam PAS yang Pisau Kedah perolehi amat mengejutkan. Fahaman Syiah sememangnya sedang bermaharaja lela di dalam parti PAS terutamanya PAS di Kedah. Pemimpin parti berkenaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang hilang sokongan politik.

Pernah terjadi satu kes baru-baru ini apabila seorang ahli PAS yang memegang jawatan sebagai Setiausaha (SU) parti berkenaan (tidak pasti di peringkat mana) di Kuala Kedah telah meninggal dunia. Di fahamkan SU terbabit merupakan penyokong kuat seorang Adun di Kuala Kedah yang juga merupakan salah seorang pemimpin PAS yang mahu menjatuhkan Ustaz Azizan Razak semasa PRU13 yang lalu.

Adun PAS terbabit Pisau Kedah tidak pasti adakah seorang yang berfahaman Syiah atau Sunnah Wal Jemaah (Sunni). Tapi yang pastinya Adun PAS terbabit menggunakan khidmat SU PAS terbabit untuk mendapat sokongan dari pengikut-pengikut Syiah di kawasannya bagi memenangi kerusi yang di tandinginya semasa PRU13 yang lalu.

Berbalik kepada cerita SU PAS seorang yang berfahaman Syiah. Sebelum meninggal dunia, SU PAS terbabit telah mewasiatkan agar mayatnya di simpan mengikut fahaman Syiah. Setelah kematiannya pengikut-pengikut Syiah telah menguruskan mayat berkenaan dan di mandikan secara mendirikan mayat secara menegak dan mengebumikan mengikut amalan fahaman Syiah. Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila beberapa pemimpin PAS Kedah dan turut menyaksikan mayat yang di mandikan mengikut fahaman Syiah dan mengetahui akan hal itu, namun perkara terbabit di sembunyikan dari pengetahuan umum demi kepentingan politik PAS.

Ternyata PAS menghalalkan apa saja demi keuntungan politik dan matlamat memperolehi kuasa. Bagi PAS  "politik" dan "matlamat" adalah penghalal cara walaupun terpaksa mengetepikan tuntutan Islam.

Selain itu, menurut maklumat yang Pisau Kedah perolehi dari pihak dalaman, kepimpinan PAS sendiri mengetahui kewujudan ramai ahli PAS yang menganut fahaman Syiah sudah begitu lama, namun tiada sebarang tindakan yang di ambil parti itu walaupun PAS melalui ketua penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan akan menyingkirkan ahli PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah.

Apa yang di perkatakan Ashiq Elahi, Timbalan Pengerusi GIPTIS sememangnya berasas. PAS hanya bersikap retorik di dalam menentang fahaman Syiah yang sudah menular ke dalam PAS.

Mana mungkin untuk PAS hendak menentang fahaman Syiah di dalam PAS sekirannya PAS sendiri bersikap terbuka menerima Syiah di dalam PAS. Kalau semua tak percaya.. Cuba dengar betul-betul kenyataan dari Ketua Pemuda PAS di bawah ni.

Alhamdulillah : Mahkamah Menolak Pemohonan Gereja Roman Katolik Menggunakan Kalimah Allah


Alhamdulillah.. Mahkamah hari ini telah membuat keputusan menolak pemohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan Kerajaan Malaysia dan Majlis Agama Islam berhubung kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan itu di buat oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin dan bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusof.

Panas !!! Utusan Di Jadikan Kambing Hitam Untuk Alihkan Isu CEC DAPigs


KUALA LUMPUR 21 Ogos - Tindakan saman yang hendak diambil oleh DAP terhadap akhbar Utusan Malaysia dalam isu buku Laporan Ekuiti oleh Father Augustus Chen dilihat sebagai cubaan untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, Utusan Malaysia tidak wajar dijadikan 'kambing hitam' kerana buku Laporan Ekuiti itu terlebih dahulu telah tersebar di cawangan-cawangan DAP di seluruh negara.

"Banyak perkara dalam Laporan Ekuiti itu menimbulkan persoalan, namun mereka tidak patut menggunakan isu daripada buku itu dan Utusan Malaysia untuk mengalih perhatian umum tentang CEC parti DAP yang perlu diadakan.


"Mereka patut sedar bahawa keputusan akur kepada arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pemilihan semula CEC diadakan telah menunjukkan secara tidak langsung mereka mengakui terdapat kepincangan dalam pemilihan sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh dalam beberapa portal hari ini bahawa beliau telah mengemukakan surat tuntutan yang perlu dijawab Utusan Malaysia tentang dua artikel berkenaan Laporan Ekuiti sebelum tindakan saman diambil.

Menurut David, DAP akan menggunakan apa jua cara untuk mengelirukan rakyat termasuk menyatakan parti itu akan diharamkan oleh ROS jika pemilihan semula CEC tidak diadakan dan mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemelut parti itu.

Katanya, segala tindak-tanduk DAP adalah bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap kepincangan yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu sehingga ROS mengarahkan pemilihan semula diadakan.

Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, DAP tidak sewajarnya menyalahkan Father Augustus dan Utusan Malaysia terhadap segala kemelut yang berlaku di dalam parti.

"Mereka hendak kata Father Augustus tidak wujud tetapi ada juga berkata Father Augustus pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum berpisah kerana mengamalkan nepotisme parti," katanya.

Katanya, masyarakat tidak akan mudah terpedaya dengan helah licik DAP kerana isu kepincangan dalam pemilihan CEC itu serta arahan ROS telah dibuat sebelum pendedahan Father Augustus.- Utusan

Penentangan Akta ISA Membuktikan Pakatan Haram Lebih Zalim Dari @PDRMsia


Tahniah pihak Polis kerana telah bertindak tegas dengan memberi amaran kepada kumpulan kongsi gelap Geng 04 yang cuba cetuskan ketegangan semasa upacara pengkebumian salah seorang dari lima ahli kumpulan terbabit yang di tembak mati Isnin lalu.

Mungkin ramai yang akan mempertikai tindakan pihak polis yang hanya mampu memberi amaran kepada kumpulan kongsi gelap Geng 04 terbabit tanpa melakukan tangkapan. Namun apakan daya hanya itu saja mampu di lakukan pihak Polis yang tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk membuat penangkapan  setelah akta ISA telah di mansuhkan atas desakan Pakatan Haram.



Pihak Polis nak menahan kumpulan kongsi gelap terbabit pun agak sukar la sekiranya tak cukup bukti. Kalau dulu akta ISA masih berkuat kuasa dah tentu ahli kumpulan kongsi gelap yang cuba mencetuskan ketegangan dah kena tangkap awal-awal lagi walau pun tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

Sekarang ni setelah akta ISA di mansuhkankan atas desakan Pakatan Haram.. Penjenayah-penjenayah berat sudah tidak lagi merasa takut untuk melakukan jenayah.. Ye la kalau kena tangkap pun boleh gunakan peguam yang hebat-hebat untuk lawan kes di Mahkamah. Kalau peguam pandai putar belit bukti yang di perolehi pihak polis maka terlepas la penjenayah terbabit.

Lebih malang sekiranya tindakan yang di lakukan pihak Polis sekarang ni sehingga membawa maut kepada penjenayah.. Maka berduyun-duyun la ahli politik dari Pakatan Haram, NGO-NGO yang di ternak Pakatan Haram mengambil kesempatan menyalahkan pihak Polis dan Kerajaan Malaysia.

Sebagai contoh... Dalam kes kematian 5 penjenayah yang BERSENJATA di tembak mati pihak Polis pada Isnin yang lalu telah membuatkan beberapa orang ahli politik dari DAP menentang tindakan yang di ambil pihak Polis dengan mendakwa pihak Polis bertindak " BELEBIH-LEBIHAN " di dalam melepaskan tembakan.

Tahniah laa... Pakatan Haram yang berjaya mendesak kerajaan Malaysia menghapuskan akta ISA demi mendapat keuntungan politik di sebalik nyawa orang awam terancam. Tahniah laa.... Pakatan Haram membela nasib penjenayah di sebalik nyawa orang awam terancam.

Nampak gayanya tindakan Pakatan Haram mendesak akta ISA di hapuskan lebih ZALIM dari tindakan ISA yang diambil terhadap penjenayah.




INFO !!! Video Dan Gambar Tragedi Kemalangan Ngeri Bas Ekspres Jatuh Gaung



Dalam kejadian kemalangan ngeri sebuah bas ekspres terbabas kedalam gaung sedalam 200 kaki di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands - Kuala Lumpur kelmarin, seramai 53 mangsa telah di sahkan terbabit dalam kemalangan tersebut.

Dari jumlah 53 mangsa kemalangan terbabit. 35 adalah lelaki dan 18 adalah wanita. Kesemuanya di percayai  warga negara Malaysia.

Sejumlah 37 dari 53 mangsa yang terbabit dengan kemalangan berkenaan telah di sahkan meninggal dunia. Dari jumlah 37 yang meninggal dunia, 27 adalah lelaki dan 10 wanita, 2 orang berbangsa Melayu, 32 orang berbangsa Cina dan 3 orang berbangsa India.









Rabu, 21 Ogos 2013

Panas !!! Video Ostaz Gila Nak Hapuskan Sistem Raja Berpelembagaan @PDRMsia Perlu Ambil Tindakan



Semalam tersebar satu klip video seorang pemuda sedang 'mengajar' bagaimana untuk menghapuskan sistem diraja di Malaysia. Kononnya dengan cara tersebut, Malaysia akan jadi Republik pada tahun 2030.

Dalam klip video itu juga, pemuda tersebut menghina Sultan dengan memanggil Sultan dengan panggilan syaitan.

Disebabkan perkara tersebut, satu laporan Polis telah dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terhadap seorang ahli serta penyokong Pas yang bernama Wan Ji wan hussin.

Laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala lumpur berikutan tersebarnya satu video yang dianggap menghina Sultan.

Selain dari penghinaan ia juga dianggap sebagai ancaman untuk menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Apakah hanya Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang memandang perkara ini sebagai serius? 


Dimana NGO Melayu Islam lain? Taknak buat laporan polis ke? Tangkap si Wan Ji tu, bawa ke balai. Kalau tidak, akan ramai anak melayu yang jadi serupa Wan Ji ni. Melayu tak sedar diri!

Kalau tak percaya, boleh tengok video kat bawah ni..

Sumber :- Kedah Ke KL


Pisau Kedah :-

Setahu Pisau Kedah, Ostaz Wan Ji mangkuk ayun ni pernah membela Nurul Izzah di dalam isu Kebebasan Beragama pada tahun lepas. 


Maklumat Terkini : Mangsa Kemalangan Ngeri Bas Ekspres Meningkat Kepada 53 Orang


Sebelum ini pihak bomba menjangkakan hanya 49 mangsa yang terbabit dengan kemalangan ngeri sebuah bas ekspres terjunam di dalam gaung sedalam 200 kaki di kilometer 3.6 jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur. Namun maklumat terbaru mengatakan 4 lagi mangsa (Meninggal Dunia) berjaya di temui pihak polis di tempat kejadian.

Jumlah keseluruhan mangsa kemalangan ngeri bas ekspres menjunam ke dalam gaung buat ketika ini adalah 53 orang.

Dari jumlah 53 mangsa yang terbabit dalam kemalangan tersebut, 35 adalah lelaki dan 18 adalah wanita. Kesemuanya di percayai warga negara Malaysia.

Sejumlah 37 mangsa yang terbabit dengan kemalangan berkenaan telah meninggal dunia. Dari jumlah 37 yang meninggal dunia, 2 orang berbangsa Melayu, 32 orang berbangsa Cina dan 3 orang berbangsa India.

Sehingga kini kerja-kerja menyelamat masih di teruskan.






Berita Yang Boleh Membuatkan Musuh Ustaz Azizan Razak Dalam PAS Kedah Sakit Hati #KedahAmanMakmur


ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurut bekas Setiausaha Akhbar beliau, Helmi Khalid, rombongan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Md Rozai Safian tiba di wad hospital berkenaan kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi untuk proses angkat sumpah itu.

"Proses berkenaan mengambil masa kira-kira 15 minit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Antara yang hadir semasa proses angkat sumpah itu ialah Timbalan Speaker Datuk Azmi Che Husain, Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Syed Isa Syed Ibrahim, Penasihat Undang-undang negeri Datuk Anas Ahmad Zakie dan Adun Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Difahamkan proses angkat sumpah berkenaan berjalan lancar dan Azizan tidak menandatangani, sebaliknya hanya menggunakan cap jari sebagai pengesahan diri.

Azizan dipotong kedua-dua belah kakinya kerana mengalami komplikasi diabetes yang kronik 10 Mei lalu dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira tiga bulan sebelum dipindahkan ke HSB minggu lepas. - Bernama

Laporan Terkini : 10 Maut Kemalangan Ngeri Bas Terjatuh Gaung Di Lebuhraya Karak



Satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah bas ekspres yang terjatuh gaung sedalam 200 kaki di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur.  Sehingga kini telah di laporkan 10 mayat telah di temui dari bas yang terjatuh gaung itu. Manakala 15 mangsa yang cedera, kini telah di rawat di hospital Selayang.

Pihak bomba menjangkakan seramai 49 orang berada di dalam bas berkenaan .  Kini kerja menyelamat sedang giat di jalankan


Selasa, 20 Ogos 2013

#HariKoperasi13 Merupakan Satu Pengiktirafan Buat Negeri Kedah


Bertemakan "Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat", Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun ini telah memilih Kedah sebagai negeri pilihan untuk diadakan Hari Koperasi Negara 2013.

Program tahunan SKM itu yang berlangsung selama tiga hari itu akan berlangsung di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah bermula dari 23 Sehingga 25 Ogos ini. Orang ramai turut dijemput hadir ke program berkenaan bagi memeriahkan lagi acara program tahunan itu.

Pada sambutan kali yang ke 12 ini, pelbagai acara menarik yang akan disediakan pihak SKM kepada pengunjung yang hadir. Antara acara menarik adalah, Ekspo dan Pameran untuk dilawati pengunjung, TV Game Show, Pertandingan Tomoi, Forum Perdana, Bersama Selibriti tanah air, Auto Show bagi peminat-peminat kereta dan pelbagai lagi acara yang menarik menanti pengunjung.

Menurut pengerusi SKM, Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata Sambutan Hari Koperasi Negara 2013 yang berlangsung di Kedah turut juga di sertakan dengan Majlis Sambutan Adilfitri dan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Lebih 40,000 koperasi di seluruh negara akan menyertai program ini yang juga turut di sertai juga koperasi dari luar negara bagi mempromosikan produk koperasi masing-masing.

Antara koperasi dari luar negara yang mengesahkan akan menyertai Hari Koperasi Negara 2013 adalah koperasi dari negara Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Dijangkakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan Hari Koperasi Negara 2013 pada 24 Ogos.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog