Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 22 Ogos 2013

Penentangan Akta ISA Membuktikan Pakatan Haram Lebih Zalim Dari @PDRMsia


Tahniah pihak Polis kerana telah bertindak tegas dengan memberi amaran kepada kumpulan kongsi gelap Geng 04 yang cuba cetuskan ketegangan semasa upacara pengkebumian salah seorang dari lima ahli kumpulan terbabit yang di tembak mati Isnin lalu.

Mungkin ramai yang akan mempertikai tindakan pihak polis yang hanya mampu memberi amaran kepada kumpulan kongsi gelap Geng 04 terbabit tanpa melakukan tangkapan. Namun apakan daya hanya itu saja mampu di lakukan pihak Polis yang tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk membuat penangkapan  setelah akta ISA telah di mansuhkan atas desakan Pakatan Haram.



Pihak Polis nak menahan kumpulan kongsi gelap terbabit pun agak sukar la sekiranya tak cukup bukti. Kalau dulu akta ISA masih berkuat kuasa dah tentu ahli kumpulan kongsi gelap yang cuba mencetuskan ketegangan dah kena tangkap awal-awal lagi walau pun tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

Sekarang ni setelah akta ISA di mansuhkankan atas desakan Pakatan Haram.. Penjenayah-penjenayah berat sudah tidak lagi merasa takut untuk melakukan jenayah.. Ye la kalau kena tangkap pun boleh gunakan peguam yang hebat-hebat untuk lawan kes di Mahkamah. Kalau peguam pandai putar belit bukti yang di perolehi pihak polis maka terlepas la penjenayah terbabit.

Lebih malang sekiranya tindakan yang di lakukan pihak Polis sekarang ni sehingga membawa maut kepada penjenayah.. Maka berduyun-duyun la ahli politik dari Pakatan Haram, NGO-NGO yang di ternak Pakatan Haram mengambil kesempatan menyalahkan pihak Polis dan Kerajaan Malaysia.

Sebagai contoh... Dalam kes kematian 5 penjenayah yang BERSENJATA di tembak mati pihak Polis pada Isnin yang lalu telah membuatkan beberapa orang ahli politik dari DAP menentang tindakan yang di ambil pihak Polis dengan mendakwa pihak Polis bertindak " BELEBIH-LEBIHAN " di dalam melepaskan tembakan.

Tahniah laa... Pakatan Haram yang berjaya mendesak kerajaan Malaysia menghapuskan akta ISA demi mendapat keuntungan politik di sebalik nyawa orang awam terancam. Tahniah laa.... Pakatan Haram membela nasib penjenayah di sebalik nyawa orang awam terancam.

Nampak gayanya tindakan Pakatan Haram mendesak akta ISA di hapuskan lebih ZALIM dari tindakan ISA yang diambil terhadap penjenayah.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog